Wednesday, 12 April 2017

Soya dan Isoflavon

SOYA DAN ISOFLAVON



APA ITU SOYA

Soya merupakan bahan makanan/minuman yang popular di Asia amnya dan Malaysia khususnya.


Soya dapat di ambil dalam dua jenis keadaan :
1. Sudah di tapai (Fermented)
2. Belum di tapai (Unfermented)

Antara contoh fermented soy ialah keju, air soya dan yogurt. Contoh unfermented soy pula ialah serbuk soya dan kacang soya itu sendiri. Rata-rata dari kita sendiri sering dan gemar mengamalkan fermented soy. Dan ada juga yang suka untuk terus mengambil soya yang belum di proses. Lebih sedap. Syaza sendiri pernah amalkan kacang soya dalam diet seharian. Yummy! 

KANDUNGAN UTAMA SOYA

Minat yang mendalam tentang faedah kesihatan makanan bersoya-begitu juga sedikit kontroversi yang melingkari ia-adalah tentang kandungan ISOFLAVON. Kandungan ini adalah sangat unik untuk makanan soya; tiada lagi makanan lain yang mengandungi kandungan isoflavon seperti soya yang memberi impak besar kepada kesihatan. 

Walaupun isoflavon adalah antara kumpulan phytoestrogen (tumbuhan estrogen), ia adalah sangat berbeza daripada hormon estrogen. Secara fakta, isoflavon dikenal pasti sebagai SERMs (selective estrogen receptor modulators). 

Contoh lain SERMs :
1. Tamoxifen (Ubat Kanser Payudara)
2. Raloxifene (Ubat Kanser Payudara dan Osteoporosis)

Kesan SERMs adalah berbeza bergantung kepada keadaan, SERMs seperti isoflavon ada kesan-seperti estrogen tetapi bergantung kepada beberapa faktor dan juga mempunyai kesan berbeza ke atas estrogen atau tidak memberi kesan langsung kepada estrogen.


Fatin Syaza,
Pengedar Shaklee Nilai & USIM,
COD Nilai | USIM | Bangi | Kajang | Putrajaya,
POS Shaklee Seluruh Malaysia,
syazaf92@gmail.com,
0187684817








Continue Reading