Hi Selamat Datang
Hubungi Syaza di talian +60 18 7684817 bagi maklumat lanjut
Get Started

Kisah Si Katak Pekak

Posted On Tuesday, 31 October 2017

[Kisah Si Katak Pekak]

Kat sini, ada sebuah kisah yang Cazaa nak kongsikan. Ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang belum pernah dengar. 

Dalam life kita ni, kadang-kadang terlalu ramai cakap-cakap sekeliling sampai buat kita rimas & letih. Hakikatnya, sekeliling mampu bercakap tapi tak berada dekat tempat kita, hehe

Sesungguhnya, lidah tu tak bertulang. Terutama perempuan, potpetpotpet macam dunia takkan kiamat, hihu 

Ini adalah cabaran dan kita kena tabah. Kehidupan dekat dunia ni umpama pengembara. Hakikatnya kita cuma mengembara ke alam dunia dan berusaha sehabis baik di sini untuk alam akhirat yang kekal :')

Kenapa perlu kisah dengan kata-kata orang lain yang tak pernah membantu walau sedikit pun? Kisahlah kepada mereka yang selalu dan sentiasa sayangi kita dan sokong serta tegur dalam proses kehidupan kita untuk ke arah yang lebih baik! :D

Jom kita baca dan kaitkan dengan kisah si Katak Pekak ni.

------------------------------------------------------
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulai.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan berjaya mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini berjaya melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: mencapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?

kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.

Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan dan kutukan mereka?
------------------------------------------------------

Jalan cerita yang mudah untuk difahami, bukan? Mula-mula agak susah, jadi, tanamkan keyakinan dalam diri dan ajar diri untuk fokus. You will get what you want, inshaaAllah. 

GOODLUCK 😉

Fatin Syaza,
0187684817 (Touch to WhatsApp),
Pengedar Shaklee Malaysia,
COD Shaklee MELAKA,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 
Read More..

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea (Iron Formula)

Posted On Monday, 30 October 2017

KEBAIKAN MULTIVITAMIN VITA-LEA IRON FORMULA


Memiliki 120 tablets dalam sebotol Vita-Lea

Vita-lea yang memiliki 120 tablets ini merupakan multivitamin pertama yang dipatenkan khas dari Shaklee Corp. Pada awalnya ianya berbentuk dalam cecair. Namun setelah melalui inovasi selama hampir 100 tahun bersama pengguna, Shaklee kini menjadikan Vita-Lea ini dalam bentuk tablet dan sangat mudah untuk di telan!
Read More..

Shaklee Baby : Mandian Bayi Organik

Posted On Sunday, 29 October 2017


Mak, ummi, ibu, bonda and ape je la gelaran korang kan, teruja tengok Set Mandian Baby from Shaklee ni! 🌸
Untung siapa pergi talk esok, dekat Sunway!! Dapat rasmikan Shaklee Baby ni. Set mandian bayi dari Shaklee, hehe
Satu (1) ticket, boleh dapatkan satu (1) set. Tunggu masuk Malaysia officially je ni, pastu bolehlah mak mak tu dapatkan hehe
Ni exclusive offer sape g talk esok, dengan satu (1) ticket boleh dapat satu. Dapat dengan diskaun besttt okeh! 😍
And of course main point dia nak sedut ilmu esok. Pasai postnatal & prenatal. Kehamilan & berpantang. Topik feveret perempuan~
Bapak bapak pun kena amek taw sekali, mudahkan keje mak mak 😁
"Talk pasal ape?" Bawah ni details dia, ⤵️
Topic : Holistic postnatal and prenatal care to support your baby's healthy grow

Speaker : Dr Sonhee Park, Senior Research Scientist Shaklee Corporation

Venue : Shaklee Home Office, Sunway 😍

Fatin Syaza, 
0187684817 (Touch to WhatsApp), 
Your Favourite Shaklee Distributor, 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
COD Shaklee MELAKA, 
COD Shaklee Klebang | Malim | Cheng dan kawasan sekitar, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 
Read More..

7 Punca Berak Berdarah - Awas dengan Nombor 7!

Posted On Saturday, 28 October 2017

Punca Berak Berdarah

punca berak berdarah

Ramai malu menyatakan masalah ni. Berak berdarah. Malah ada yang ambil jalan mudah mendiamkan diri tak berjumpa dengan doktor sehingga mengakibatkan masalah yang lebih besar. 

Read More..

Mee Kolok Viral

Posted On Friday, 27 October 2017

Hai assalamualaikum, santai Jumaat 27 Oktober 2017. Syaza nak share dengan korang semua tentang MEE KOLOK VIRAL. 

Ni semua gara-gara viral kesedapan mee kolok ni buat Syaza nak rasa sendiri sedap sangat kerr??

Jujur, Syaza antara penggemar makanan jenis mee-based. Dulu tak minat. Tapi ni semua "berkat doa" seorang mak. 

Before ni kalau mak Syaza masak yang makanan mee-based, Syaza akan macam "ewwww, taknak makan!" 

Nak nasi je. Tekak nasi sangat. Then, mak saban waktu setiap kali Syaza menolak makanan jenis mee tak kira yang beliau masak atau hidangan ketika di rumah orang (yang ni Syaza tak "ewww" la), mak berdoa dengan doa sama. 

Ewww dalam hati atau lebih tepat dengan perbuatan, mendiamkan diri tak makan. Jangan salah faham pulak hehe

Ok, berbalik pada doa. Apa doa mak? Mak doakan Syaza akan minat teramat sangat pada mee-based food. 

Hahaha. Dan doa tu maqbul! Walaupun amek masa yang lama, tapi itulah berkat doa seorang ibu. 

Sekarang memang peminat tegar makanan jenis mee ni. Tak tolak dah. Now tolak nasi pulak. Macam makan sikit je, taknak lebih-lebih. My tekak is different than before hehe

So, after tengok Master Iffah Anuar (MIA) seorang Master Coordinator dalam Shaklee pos tentang mee viral ni, Syaza pun mula search. 

Mee Kolok Dayang Sarawak

Tudia, bila Google keluar top list sekali. Tengok kedai aikkk, biasa je. Takde la macam restoran apa semua tu. 

Weekend tu juga kami suami isteri pergi dapatkan mee kolok viral ni! Dengan sharing dari blogger lain yang review tempat tu memang tip top! 

Sampai je, wowwww. Syaza kagum okay. Sebab walaupun "macam tu" je keadaan tempat dia iaitu di bawah parking lot Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang kawasan park n ride tu, tapi tempat dia memang ada classss! 

Bersih! Tu first word yang keluar. Keadaan gerai bersih. Dan ramai orang yang menikmati mee kolok viral time ni. 

Apa lagi, terus duduk dan orderlah! Customer service pun tip top! 

Order Mee Kolok Special. Bezanya mee kolok special ni besar, hehe

Ehsan Google

Ada juga pelbagai menu hidangan Sarawak yang lain dekat sini macam Laksa Sarawak semua tu. 

Add on, Syaza order dim sum sekali. Well, banyak kan order? 

Penyudahnya, tak habis, haha

Makan separuh pun tak sampai. My partner makan licin. Tak sedap ker?? 

Bukann, sebab tu je yang lalu nak makannya, hehe

Dah tu, bila on the way dalam perjalanan pulang ke rumah, teringat balik menyesal awat tak habiskan??? 

Ish ish ish! 

Korang, HIGHLY RECOMMENDED taw makan dekat Mee Kolok Dayang Sarawak ni. 

Pastikan datang awal, nanti tempat penuh hehe

And by the way, sorry tak dapat upload gambar sendiri snap waktu tu, phone problem pulakss, next time bekerjasama phone, Syaza update gambar okay! InshaAllah ;) 

Fatin Syaza, 
0187684817 (Touch to WhatsApp), 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
COD Shaklee MELAKA, 
COD Shaklee Klebang | Malim | Cheng dan kawasan sekitar, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 
Read More..

Vitamin Pudarkan Parut Jerawat

Posted On Thursday, 26 October 2017

Vitamin bantu Pudar Parut Jerawat


Lepas satu, satu! Biasalah awak. Selepas jerawat, maka akan hadirlah teman baiknya iaitu PARUT JERAWAT. Ianya menjadi bertambah akrab bila awak rajin memicit jerawat ketika berjerawat.
Read More..

Bagaimana Vitamin Membantu Atasi Stress

Vitamin Membantu Atasi Stress



Kebanyakan kita, terdedah dengan stress dan tekanan yang membawa kepada pelbagai masalah di kemudian hari. Stress melampau boleh membawa kepada migraine, masalah untuk tidur dan keyakinan diri merudum. 
Read More..

8 Makanan Wajib di Elak Ibu Hamil

Makanan Wajib Elak oleh Ibu Hamil



Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil. Ini kerana apabila kita tahu untuk elak makanan tertentu ketika hamil, ia membantu untuk kesihatan diri kita sebagai ibu dan bayi yang di kandung. 

Read More..

Kisah Doktor Mengandung Dengan Shaklee

Posted On Wednesday, 25 October 2017

Kisah Doktor Mengandung bersama ESP


----

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sebab APA, sebab saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sebab kwn saya PM so saya beli saja. Tapi sebab saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sangat mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sebab sakit tulang belakang. Penat sangat rasanya. Hanya amalkan calcium, obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sangat neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bayangkan mengandung nak kerja lama-lama.

Sigh. Memang rasa nak nangis. Memang nangis pun. Tapi rezeki Allah S.W T nak bagi juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tangkap gambar sebab asal letak gmbr kt FB, kwn2 doktor sibuk serbu.

Hb berapa??

Low??

Kenapa pucat??
Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 malam saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dengar.  Balik rumah nangis-nangis bagitahu suami saya dah tak tahan macamni. Ada banyak bulan lagi.

Saya penat. Setiap malam 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.

Laa dah nak kalsium tak minum susu macam mana. Masin mulut dia gula saya timggi!

Terus tersentak.
Saya stop susu!!
Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yang nak beri rezeki ini walaupun saya tak bersedia jadi tolong berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik untuk  cuba ESP Shaklee. Saya yang anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T orang yang tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. 
Dr Maryam.
Beliau suggest Osteomatrix dan ESP dari Shaklee. 

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki malam-malam. Saya jadi seorang doktor yang ceria semula. Jam 8 malam pun saya senyum, gelak-gelak,  usik pesakit saya. Saya happy sangat sebab saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa macam mengandung pun ni? Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.

Staff mula tegur doktor berseri sekarang  ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nampak berseri. Kulit doktor cantik.

Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.

Hidung, pipi, dagu semua jadi  tegang. Memang awet muda. Hahahaha.

Terus mana-mana ibu mengandung yg nangis-nangis depan saya, saya suggest kan ESP Shaklee.  Alhamdulillah mereka semua cakap dah boleh bangun pagi-pagi. 

Kenangan mengandung anak kedua memang sangat manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik untuk mengandung. 

Saya enjoy mengandung.
Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal. Bila Allah tarik baru kita terasa.
Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jadikan bisnes. Hanya tuk tolong ibu lain dari rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

SID DR Hasifah, 
Happy Shaklee user

-----
Fatin Syaza, 
0187684817 (Touch to Wasap), 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
COD Shaklee Available, 
COD Shaklee Klebang | Malim Jaya | Cheng dan Kawasan Sekitar, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 
Read More..

Pengenalan Vitamin C Shaklee

Sustained Release Vita-C Plus


Ini adalah nama penuh bagi Vitamin C Shaklee. Sustained Release Vita-C Plus. Vitamin C Shaklee membekalkan keperluan Vitamin C sebanyak 500 mg satu kapsul.
Read More..

Adakah Boleh Ambil Supplement bersama Teh & Kopi?

Posted On Tuesday, 24 October 2017

[4 SOALAN FAMOUS]


YOUR NUTRITION QUESTIONS ANSWERED! 😉
-
-
💕 Boleh saya ambil supplement bersama KOPI dan TEH?

Kaffeine, kompaun natural yang terdapat dalam kopi & teh akan mengganggu penyerapan nutrien. Anda dinasihatkan untuk mengambil kopi atau teh 15 minit SEBELUM atau sejam SELEPAS mengambil supplement. 

💕 Apa itu RESVERATROL?

Resveratrol adalah sejenis polyphenol, bahan semulajadi yang didapati di dalam sayuran dan tumbuhan. Resveratrol merupakan polyphenol yang paling hebat, berikutan kandungan anti-oksidan dan anti-inflammatory yang terdapat didalamnya. Ianya disahkan membantu melawan proses penuaan dari peringkat sel. 

Antara produk SHAKLEE  yang mengandungi RESVERATROL : VIVIX 

💕 Apa itu NON-GMO?

Non-GMO, non-genetically modified organisms, manakala GMO adalah sebaliknya. GMO merupakan tumbuhan, haiwan serta mikroorganisma yang telah di ubah secara genetik atau melalui teknik kejuruteraan. Dalam industri agriculture, GMO digunapakai bagi memastikan tanaman tahan lama, tahan lasak dari serangga perosak dan nampak lebih baik sempurna. Saintis dan pakar kesihatan telah mengenalpasti keburukan GMO terhadap alam sekitar dan kesihatan. 

ESP SHAKLEE dihasilkan daripada NON-GMO Soya. Ianya tidak diubah secara genetik dan selamat. 

💕 Bolehkah saya mengambil CALCIUM bersama IRON?

Calcium boleh mengganggu penyerapan iron dari diet harian anda. Walaubagaimanapun, ia berlaku hanya pada dos kalsium yang rendah (bawah pengambilan 500 mg). Pengambilan supplement kalsium, sebelum waktu tidur, dan iron ketika siang hari boleh dijadikan rutin bagi mendapatkan manfaat maksimum dari kedua jenis nutrien ini.

Antara produk Kalsium dari SHAKLEE : Ostematrix 

Antara produk IRON dari Shaklee : Vita-Lea

-
-
-

Fatin Syaza, 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
0187684817 (Touch to Wassap), 
COD SHAKLEE MELAKA, 
COD KLEBANG, MALIM JAYA, CHENG &  KAWASAN SEKITAR
POS SETIAP HARI/SELURUH MALAYSIA
.
Read More..

5 Sebab Perlu Cukup Air Setiap Hari

Cukup Pengambilan Air Setiap Hari


Image result for drink enough water

Air adalah elemen yang membentuk 70% dari tubuh badan manusia. Untuk sel badan bekerja secara optimum, mereka memerlukan keperluan air secukupnya. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan masalah dari segi tenaga, kesihatan dan kecantikan.

Read More..

9 Tips Kejayaan Jack Ma

Posted On Monday, 23 October 2017

Tips Kejayaan Jack Ma


Sejak akhir ni, nama Jack Ma semakin menjadi bahan perbualan terutama dalam kalangan mereka yang inginkan inspirasi dan kisah motivasi.

Read More..

3 Keburukan Kafein kepada Kecantikan Kulit

Keburukan Kafeine kepada Kecantikan Kulit



Siapa sini penggemar minuman berkaffeine? Kopi? Milo? Chocolate? Semua sedap! Tapi awas, terlebih minum boleh beri keburukan kepada kecantikan kulit awak yang halus mulus tu.

Read More..

New Skincare Shaklee : YOUTH

New Skincare Shaklee : Youth



Ok, tak sabar sangat dah ni nak tunggu kemunculan Skincare baru Shaklee! Dengar khabar bakal launch Feb 2018 ni. Weehu. 

Read More..

Petua Hilangkan Kedut Muka

Hilangkan Kedut Muka


Image result for wrinkles

Seramnya! Belum berumur muka dah berkedut. Baru umur 25 tahun tapi dah nampak kesan kedutan di sana sini. Macam mana agaknya kalau umur 30 tahun ya? Lebih teruk dari nenek di kampung agaknya?

Read More..

33 Manfaat ESP Shaklee

Posted On Sunday, 22 October 2017

Manfaat ESP Shaklee

ESP Shaklee adalah Top 2 dalam senarai 10 produk Shaklee paling mendapat perhatian pengguna. Kenapa ESP Shaklee popular? Ini kerana ESP membantu bukan sahaja untuk kesihatan optimum tetapi membantu ke arah kecantikan kulit wajah!

Read More..

5 Tips Kulit Cerah Semulajadi

Posted On Saturday, 21 October 2017

Tips Kulit Cerah Semulajadi


Cerah, gelap, sawo matang, kuning langsat - apa sahaja jenis warna kulit kita, pasti satu tujuan kita iaitu nak dapatkan kulit yang glowing dan tak kusam!

Read More..

Cara Disable Right Click di Blogspot

Posted On Friday, 20 October 2017

Hai assalamualaikum, post kali ni simple dan mudah.

Sebelum korang nak disable right click, perlu disable dulu elak copypaste dekat blog korang taw. Refer Elak COPYPASTE di blog untuk maklumat lanjut.

Okay, lepas dah selesai proses dekat atas, boleh ikut steps seperti di blogpost "Elak copypaste" tadi dan gantikan dengan html code ini :

html code untuk Disable Right Click

<script language=javascript>
<!--

//edit by iamravlo


var message="Right Click Has Been Disabled";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


Klik sini untuk link html code

****
Fatin Syaza, 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
0187684817 (Touch to Wasap), 
COD Shaklee Available, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 
Read More..

Keburukan Soya Kepada Wanita

Keburukan Soya Kepada Wanita

Soya merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran rakyat Asia umumnya dan Malaysia khususnya. Terdapat banyak produk soya di pasaran. Dan ianya sangat mudah didapati di kedai runcit, pasaraya dan di perlabgai tempat lagi. Terdapat banyak keburukan soya yang biasa kita dengar dan tahu terutama untuk wanita di luar sana.

Read More..

7 Tips Makanan Diet Enak Tanpa Lemak Tepu

Posted On Thursday, 19 October 2017

Makanan Diet Enak Tanpa Lemak Tepu


Saya diet, tapi saya nak makan sedap!

Read More..

Obesiti : Cegah Sebelum Parah

Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan



Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan satu daripada lima dewasa mengalami masalah obesiti atau kegemukan ini. 
Read More..

Master Celebration Shaklee Oktober 2017

Posted On Wednesday, 18 October 2017

Master Celebration Shaklee Oktober 2017


Hai assalamualaikum. Ahad lepas (15/10/2017) Syaza berkesempatan hadirkan diri ke program yang mampu menjana semangat dan tenaga Syaza. Program Master Celebration Shaklee. Pernah dengar?
Read More..

Pengenalan Cinch Shake Shaklee

Pengenalan Cinch Shake Shaklee


Cinch Shake Shaklee merupakan minuman diet yang sangat enak. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Coklat dan Latte, Cinch Shake Shaklee seolah membuat anda tak rasa yang anda sedang berdiet! Tambahan pula, leusina (leucine) dalam Cinch Shake Shaklee membantu mendapatkan berat badan idaman tanpa lemak menggeleber

Read More..

5 Tips Pilih Protein Sihat

TIPS PILIH PROTEIN SIHAT


Dalam piramid makanan, protein terletak di tangga kedua selepas karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa protein penting untuk badan kita selepas karbohidrat. Bagaimana cara pilih protein yang sihat? Perlu ke tahu cara pilih protein yang sihat? Adakah wujud protein tidak sihat? 
Read More..

Manfaat Ostematrix Shaklee

Posted On Tuesday, 17 October 2017

6 Manfaat Utama Ostematrix Shaklee

Kenali apa itu Ostematrix Shaklee, Kelainan Ostematrix Shaklee dan Pengenalan Asas Ostematrix Shaklee di sini

Read More..

Pengenalan Ostematrix Shaklee : Kalsium untuk Tulang Sihat!

Kebaikan dan Manfaat Ostematrix Shaklee


Selalu sakit badan? 
Lenguh?
Susah buang air? 
Sembelit? 
Kurang pengambilan kalsium harian? 
Tak suka sayur? 
Tak makan sayur? 
Susu...? Ewwwww! Saya Tak suka!

Read More..

Cara Kira BMI

Cara Kira BMI

BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index. Bahasa Malaysia bagi BMI ialah Jisim Indeks Badan. BMI merupakan ukuran berat badan kepada ketinggian seseorang. 

Read More..

Resepi Protein Shake Sihat dan Mudah

Resepi Protein Shake Sihat dan Mudah!




Resepi Protein Shake yang bakal dikongsikan hari ini adalah sangat sihat dan mudah! Dalam masa 5 minit pun dah siap taw. Resepi Protein Shake sihat dan mudah ni sesuai untuk kita yang sentiasa pentingkan kesihatan dan kecantikan taw. 😉

Read More..

Makanan Ketika Hamil

Posted On Monday, 16 October 2017

Makanan Ketika Hamil


Ketika hamil, kita perlu fokus terhadap pengambilan makanan sewaktu hamil. Pemakanan ketika hamil sangat penting dalam membekalkan nutrisi serta zat untuk perkembangan bayi. 

Read More..

Segar Bertenaga Ketika Hamil

Posted On Sunday, 15 October 2017

Bertenaga ketika hamil. 


Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. 

Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk memastikan bayi yang berada dalam kandungan ceria selalu, ibu perlu ambil tahu antara cara nak bertenaga ketika hamil. 


Read More..

Elak COPYPASTE di Blog

Posted On Saturday, 14 October 2017

Elak COPYPASTE di Blog


Ramai yang tidak selesa apabila banyak isi penting blog mereka di ciplak atau bahasa mudah, copypaste oleh pihak tertentu. Hal ini kerana, untuk mereka yang teliti dalam setiap penulisan amat sensitif dengan gejala copypaste di blog ini. Ikuti cara mudah elak COPYPASTE di blog. 


Read More..

Cara Membuat Copyright di Blog

Cara Buat Copyright di Blog



Copyright blog penting bagi mengelakkan penyalahgunaan isi dan blog kita oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Copyright di blog juga menunjukkan pemilikan asas seseorang ke atas blog mereka. Adalah satu tindakan yang salah bagi mereka yang tetap mengambil kesempatan atas blog yang memiliki copyright. 

Elak mereka yang tidak bertanggungjawab! 

Read More..

8 Kepentingan ESP Shaklee

8 Kepentingan ESP Shaklee


Energizing Soy Protein 

ESP Shaklee merupakan antara produk yang terkandung di dalam Set Asas. Ini bermakna ESP Shaklee memiliki kepentingan terhadap keperluan asas harian kita. Penting ESP Shaklee akan kita kupas melalui 8 point kepentingan ESP Shaklee. 


Read More..

Khasiat Vitamin C untuk Kulit Berseri

Posted On Friday, 13 October 2017

Vitamin C untuk Kulit Berseri, Cantik

Selain di ambil secara luaran seperti menggunakan cleanser atau serum dengan ekstrak Vitamin C, kita juga perlu menjaga pengambilan makanan seharian. Pastikan makanan harian kaya dengan Vitamin C dan ambil supplement tambahan Vitamin C untuk menampung lompong nutrisi harian kita. 


Read More..

Kebaikan Buah Naga

Posted On Thursday, 12 October 2017

KEBAIKAN BUAH NAGA


Siapa sangka, buah yang kelihatan seperti percikan api ini memiliki 1001 kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Berasal dari Amerika Tengah, ia juga banyak di tanam di negara Asia Tenggara antaranya Thailand dan Malaysia. 

Buah naga atau nama lainnya buah pitaya, memiliki rasa yang enak dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Kebaikan buah naga bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikan kulit. 


Read More..

Jenis Masker untuk Parut Jerawat

Posted On Wednesday, 11 October 2017

MASKER UNTUK PARUT JERAWAT

Stress-nya dengan jerawat nih! 
Siapa dekat sini ada masalah jerawat?
Bila ada masalah jerawat, confirm masalah kedua ni akan muncul.

Next question, siapa dekat sini ada masalah PARUT JERAWAT?
Tertekan dan stress sangat dengan masalah parut jerawat ni kan.
"Jerawat belum settle lagi, dapat pulak masalah parut jerawat. Apa perlu buat ni, hishh."



So, apa yang perlu kita buat untuk overcome masalah parut jerawat nih?
Hari ini Syaza nak share cara alami atau cara semulajadi untuk atasi masalah parut iaitu parut jerawat.

Ada 10 Jenis Masker Muka untuk Masalah Parut Jerawat. Semua bahan-bahan yang digunakan boleh ambil saja dari dapur rumah kita, hehe. Mudah dan senang! :)

MASKER MUKA UNTUK PARUT JERAWAT

ALOE VERA

Aloe vera membantu memperbaiki struktur kulit dan memudarkan parut jerawat. Aloe vera juga dikenali sebagai lidah buaya. Boleh dapatkan sumber aloe vera di sekeliling rumah kita jika ada kita tanam atau jiran. Kalau tak ada, sekarang banyak gel dan masker bersumberkan aloe vera sepenuhnya yang di jual di pasaran pada harga berpatutan.




Konsisten selama sebulan, dengan cara seminggu buat 1-2 kali. Dan lihat hasilnya. 

Caranya : Sapukan aloe vera di atas muka dan biarkan semalaman atau boleh biar dalam masa 10-20 minit. Kemudian, bilas seperti biasa. Rasa segar je taw

BAKING SODA

Baking soda atau serbuk penaik untuk memudarkan parut jerawat. Wah, ini paling murah & jimat taw! Senang jer nak dapatkan baking soda. Ada juga orang panggil namanya natrium bikarbonat.

Khasiat baking soda, ia membantu mengelakkan penghasilan jerawat yang seterusnya dan membersihkan kulit muka kita.

Caranya : Lumurkan 2 sudu kecil (atau ikut keperluan) baking soda yang dah di bancuh dengan air di kawasan berparut. Kemudian, cuci muka dan gunakan pelembab muka selepas menggunakan baking soda. Amalkan dua hari sekali


MADU (ASLI)

Pastikan madu yang original ya. Madu tak original, kita tak jamin keberkesanannya. Ini masker muka yang paling sedap dan yummy. Madu memang terkenal dengan khasiat untuk kecantikan muka.

Caranya : Ambil sedikit madu asli dan lumurkan di muka. Biarkan kering dan meresap dengan kulit kita!

Amalkan seminggu 1-2 kali, bukan setakat parut hilang, muka pun glowing


TIMUN

Lendir dari timun berkhasiat untuk dimanfaatkan sebagai mengatasi masalah parut jerawat.

Caranya : Hiris timun (ikut keselesaan) dan kemudian lumurkan timun ke atas muka kita terutama kawasan berparut. Pastikan lendiran dari timun tadi dilumurkan sebaiknya. Kemudian, bilas muka dengan air sejuk setelah setengah jam.

Amalkan sehingga parut hilang.


TOMATO
Tomato kaya dengan khasiat Vitamin C dan elok untuk kecantikan kulit sama ada di ambil secara makan atau digunakan sebagai masker muka.

Caranya : Hiris tomato, dan lumurkan ke muka kita. Biarkan lendiran dari tomato meresap dengan baik, kemudian bilas muka dengan air sejuk. Amalkan sehingga parut hilang


UBI KENTANG
Hiriskan ubi kentang dan sapukan sehingga keluar lendiran dari ubi kentang tadi, kemudian bilas dan lihat hasilnya!

LEMON

Lemon bukan sahaja membantu pudarkan parut jerawat, malah memberi efek cerah & glowing!

Caranya : Hiriskan lemon sahaja dan sapukan di muka, Biarkan selama setengah jam, bilas muka dengan air suam.

atau

Caranya : Campurkan air perahan lemon bersama madu dan jadikan masker semalaman.

VITAMIN E

Yang ini paling mudah dan berkesan. Tambah berkesan jika di ambil secara luaran dan melalui pemakanan harian serta supplement tambahan. Kita semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang penjaga kulit!




Read More..

SEO Offline Coaching Done Today

Posted On Tuesday, 10 October 2017

9/10/2017
Alamanda, Putrajaya
Kelas SEO Offline Coaching
Bersama Cikgu Oliess.


************
Alhamdulillah wa syukurillah. Seronok tak terhingga hari ini.

Al-kisahnya, Syaza sehari suntuk dalam kelas menuntut ilmu tentang blogging bersama sahabat dalam bisnes Shaklee.

Apa yang Syaza nak sampaikan dalam post kali ni? Ada 3, inshaaAllah.
1. Tentang keperluan bertanya
2. Tarbiyyah dari Allah melalui bisnes Shaklee
3. Sunnah berniaga Rasulullah

Actually, nak sentuh secara simple. Perkongsian dari hati ke hati. Apa yang Syaza rasa hari ini, sebagai seorang Pengedar Shaklee Malaysia bermula tahun ini, 2017 (walhal dah jadi pengguna Shaklee dan dapat Shaklee Effect sejak 2016 hihi), bagaimana Allah mendidik diri ini dari seorang yang begitu kepada begini.

Dan of course, mesti wajib ada cikgu. Nama pun kelas kan. Cikgu Oliess! Yang super ohsem dan baik hati. Banyak input serta ilmu yang berjaya dihadamkan walaupun hakikatnya hanya ilmu basic yang sepatutnya Syaza wajib tahu lama dah (apa la Syaza ni hihi)

Yela, supposedly Syaza kena tanya soalan advance dekat cikgu. Buat malu jer taw tanya soalan basic.
But, pernah dengar kan kata pepatah, ehem,

"Malu bertanya sesat jalan."

Kalau banyak bertanya? Tak tahu malu! Ish, ada pulak macam tu Syaza, hihi.

Memandangkan 9/10/2017 exam PT3, jadi nak menyeru semua, janganlah kita segan dan malu untuk bertanya soalan. Mungkin pada orang lain soalan tu kelihatan kurang pandai atau kata kasarnya bodoh, tapi percayalah, sesungguhnya kitalah yang bodoh apabila kekal mendiamkan diri dengan persoalan demi persoalan tanpa melontarkannya kepada orang yang tepat.

So kawan-kawan!

After this, jangan malu bertanya okay kalau ada dalam kelas, tak kiralah kelas apa pun! 
Termasuk kelas memasak, memandu, ehe. Semuanya. Kerana ilmu Allah itu luas sangat. Bayangkanlah, ilmu yang kita ada ni, kita p dekat laut, celup jari, angkat dan titiskan air laut di hujung jari.

Titisan itulah ilmu kita, manusia. Manakala lautan yang terbentang luasa itu adalah ilmu Allah.
Jangan pernah kedekut ilmu taww. Haa, pengalaman Syaza sendiri, kedekut ilmu membawa padah 
Allahu Allah! Terima kasih kerana banyak mentarbiyyah aku sepanjang berada dalam bisnes Shaklee ini, wahai Allah

Sesungguhnya benarlah bahawa berniaga itu merupakan antara sunnah baginda Rasulullah saw, rasul junjungan mulia daku dan kita semua

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad

InshaAllah di kelapangan lainnya, Syaza akan berusaha untuk berkongsi sedikit demi sedikit ilmu yang Syaza berjaya serap dari Cikgu Olies tadi okay!

Rajin-rajinlah drop by dekat blog Syaza taw. Comments with love gittuwww.

Fatin Syaza,
Pengedar Shaklee Nilai & USIM,
COD Nilai | USIM | Bangi | Kajang | Putrajaya,
POS Shaklee Seluruh Malaysia,
syazaf92@gmail.com,
0187684817
Read More..

Pengedar Shaklee Melaka

Posted On Monday, 9 October 2017

Pengedar Shaklee Nilai & USIM


Klik di sini untuk hubungi Syaza (Pengedar Shaklee Nilai & USIM) - 0187684817


*****


Hai! Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee Nilai & USIM

SIAPA SAYA?

  1. Saya Fatin Syaza, merupakan Pengedar Sah Shaklee Nilai & USIM
  2. Merupakan pengguna Shaklee sejak 2016.
  3. Produk yang Syaza konsisten amalkan sampai sekarang ialah
    • Set Cantik Shaklee
    • Set Hamil Shaklee
    • Set Tenaga Shaklee
  4. Telah menjalankan bisnes Shaklee di bawah naungan MSE Legacy yang bertapak dalam dunia bisnes Shaklee hampir 7 tahun

BAGAIMANA SYAZA BOLEH BANTU ANDA?


Servis yang Syaza sediakan sebagai Pengedar Shaklee di Nilai & USIM untuk kemudahan para pelanggan Syaza merupakan :

  1. Readystock Shaklee Available
COD Shaklee Nilai & USIM 

  1. Servis COD Shaklee ke Nilai | Kajang | Bangi | Putrajaya
    • Caj PERCUMA bagi 10 km pertama
    • RM 10 bagi 10 km ke atas dan seterusnya
    • PERCUMA Self-Pickup Shaklee
  2. Pos Shaklee  seluruh Malaysia dan ke negara seperti Australia atau Timur Tengah (jika ada)
Pos Shaklee by Pengedar Shaklee Nilai & USIM

************************


Saya, SYAZA Pengedar Shaklee di kawasan Nilai & USIM sedia membantu anda! 



Read More..
Powered by Blogger.
/

Get In Touch

254-3, Lorong Bilal Baba, Melaka
+60 18 7684817
Mon - Sun (8am - 8pm)
syazaf92@gmail.com

Contact Form

Names

Email

Message

© Infinity. All Rights Reserved