Tuesday, 24 October 2017

5 Sebab Perlu Cukup Air Setiap Hari

Cukup Pengambilan Air Setiap Hari


Image result for drink enough water

Air adalah elemen yang membentuk 70% dari tubuh badan manusia. Untuk sel badan bekerja secara optimum, mereka memerlukan keperluan air secukupnya. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan masalah dari segi tenaga, kesihatan dan kecantikan.


Kajian adalah jelas - badan yang kekal hidrat dengan air adalah tabiat paling sihat dalam membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan.


Kenapa kita perlu cukup pengambilan air setiap hari?

5 Sebab Perlu Cukup Air Setiap Hari


TENAGA


Air adalah sumber asas untuk badan berfungsi secara optimum. Ronaldo Ravarro, MD, Orthopedic and Sport Medical Surgeon berkata, "Air adalah asas kepada kesihatan sel dalam tubuh manusia."

Image result for sports man drink water wallpaper
"Sel mengandungi air dan dikelilingi air. Sekiranya badan tidak cukup air, nutrien dari pemakanan harian tidak dapat di serap dengan baik dan menghalang toksik dari keluar daripada sel. Ini mengakibatkan masalah kepada kesihatan," Ronaldo Ravarro, MD, Orthopedic dan Sport Medical Surgeon.

Berdasarkan kajian yang di buat tentang keperluan air dalam badan, perkara di atas membantu ke arah badan yang lebih lesu serta mudah penat dan tidak bertenaga apabila kekurangan air.

Berapa keperluan air yang kita perlukan? Soalan ini bergantung kepada jenis aktiviti harian, keadaan tempat kita duduki (panas atau sejuk), tahap kesihatan, pengambilan ubatan (jika ada) serta tahap senaman harian seseorang.

Secara asas, kita perlukan lapan (8) gelas air setiap hari. Berbalik kepada faktor di atas, semuanya perlu di ambil kira untuk keperluan air masing-masing. Bagi yang menjalankan aktiviti fizikal berat di tambah keadaan cuaca panas, maka, mereka memerlukan lebih banyak keperluan air.

MEMORI


Memori anda akan bertambah baik dengan pengambilan air yang cukup setiap hari! Otak anda bergantung hampir sepenuhnya kepada kecukupan air untuk ianya berfungsi dengan baik. 

Image result for sports man drink water wallpaper

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2003 berkaitan air dan otak menunjukkan bahawa salah satu faktor utama yang membawa kepada lemahnya memori seseorang adalah dehidrasi atau kurang pengambilan air harian!

FOKUS


Seseorang akan lebih meningkat fokus mereka apabila cukup keperluan air harian mereka. Fokus juga berkait rapat dengan memori seseorang. 

Image result for focus

Adakah anda pernah alami situasi di mana anda benar-benar gagal fokus dalam melakukan tugasan anda? 

Minum segelas air masak atau mineral dan teruskan tugasan anda segera.

Hal ini kerana, berdasarkan kajian yang telah dipaparkan oleh Journal Nutrients, menunjukkan bahawa secara kesimpulannya, keperluan air yang cukup memberi ruang dan peluang yang banyak untuk lebih fokus ketika melaksanakan sesuatu tugasan.

BERAT BADAN IDEAL


Perasan tak, mereka yang memiliki berat badan berlebihan atau gemuk amat susah untuk minum air mineral? Mereka lebih gemar air manis atau selain air mineral yang banyak kalori. Sedangkan air mineral atau air masak ini adalah zero kalori!

Pernah alami situasi di mana kita secara tiba-tiba rasa lapar dan nak makan macam-macam benda junk food? Hakikatnya, ketika itu kita gagal membezakan antara lapar dan dahaga.

Kerana dahagalah, kita teringin kepada junk food seperti aiskrim, coklat tadi. Ravarro berkata, "Cukup air dan hidrasi lengkap setiap hari membantu untuk mengelakkan daripada pengambilan makanan tidak bermanfaat ini serta membantu untuk pengurusan berat badan yang lebih efektif!"

KULIT CERAH


Ini petua zaman berzaman. Pengambilan air secukupnya membantu dapatkan kulit sihat dan cerah semulajadi. Bahkan, kulit nampak lebih muda. Sesiapa yang gemar amalkan secara konsisten pengambilan air setiap hari akan mendapati kulit muka lebih cerah, glowing serta tona lebih sekata.

Image result for laudya cynthia bella
Kajian menunjukkan, kulit mengandungi 30 peratus air dan menjadikan ianya lebih tegang serta anjal!

Kerana itu mereka yang mengamalkan air cukup setiap hari di tambah dengan makanan sihat penuh nutrisi serta Vitamin C membantu untuk kekal awet muda walaupun di usia tua. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, maka tidak hairanlah seseorang perlu memastikan mereka cukup air ketika amalkan Vitamin C.

Hal ini juga telah mengakibatkan mereka yang sebelum ini gagal cukup air setiap hari telah mula menjalani kehidupan lebih sihat dengan menjaga pemakanan harian dan pengambilan air yang cukup selepas mengamalkan vitamin C untuk kulit sihat berseri!

Jika anda masih tertanya-tanya Vitamin C mana yang sesuai, Syaza cadangkan Vitamin C Shaklee kerana kandungan Vitamin C Shaklee merupakan daripada ekstrak jagung dan sesuai walaupun mereka yang memiliki perut sensitif.



Selain itu, Vitamin C Shaklee mempunyai kandungan Bioflavonoids yang membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih efisien lagi. Tambahan pula, sistem Vitamin C Shaklee adalah berdasarkan sistem Sustained Release dan ianya adalah yang pertama di dunia.

Sustained Release membawa maksud, Vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan bukan sekaligus serta ini membantu ke arah penyerapan yang lebih baik.

Dapatkan Vitamin C Shaklee anda hari ini dari Syaza. Hubungi Syaza di 0187684817 (Touch to Wassap).

Fatin Syaza,
Pengedar Shaklee Malaysia,
0187684817 (Touch to Wassap).
COD Shaklee Available,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")