Monday, 23 October 2017

9 Tips Kejayaan Jack Ma

Tips Kejayaan Jack Ma


Sejak akhir ni, nama Jack Ma semakin menjadi bahan perbualan terutama dalam kalangan mereka yang inginkan inspirasi dan kisah motivasi.


Siapa Jack Ma? 

Bekas guru Bahasa Inggeris, pemilik dan pengerusi Alibaba Group, salah satu bisnes e-commerce terbesar di dunia. 

Lahir pada 1964 di Ma Yun, Hangzhou semasa China's Cultural Revolution. Secara ringkas tentang kehidupan Jack Ma dari dulu hingga sekarang ialah kehidupan beliau penuh dengan rejection, hard work, visi, kegagalan. 

Jack Ma berbeza dengan Billionaires lain kerana beliau berjaya mendapatkan MBA pada tahun 2000 itu pun setelah berjaya mengembangkan perniagaan e-commerce beliau. 

Dalam sebuah temubual bersama Charlie Rose dalam Davos, Jack Ma memberitahu semua audiens tentang rejection serta kegagalan demi kegagalan yang telah beliau tempuh dalam kehidupannya selama ini, 

I failed a key primary school test 2 times, I failed in middle school 3 timea, I failed the college entrance exam 2 times and when I graduated, I was rejected for most jobs I applied for out od college. I applied Harvard ten times, got rejected ten times and told myself that "Someday I should go teach there,". Applied for police, out of 5 applicants, I am the only one being rejected. Applied for KFC, out of 25, 24 accepted and only me being rejected,"

Jack Ma tidak pernah berputus asa. Apakah tips kejayaan Jack Ma? 

9 Tips Kejayaan Jack Ma


Terima Rejection



Dalam menuju kejayaan tidak kira sama ada berkaitan dengan apa sahaja yang kita tempuh dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan rejection. 

Yang membezakan diri setiap dari kita adalah cara kita berhadapan dengan rejection. 

Adakah dengan banyak merungut atau sentiasa muhasabah diri? 

Untuk berjaya, perlu biasakan diri dengan rejection seperti nasihat Jack Ma ini. 

Berani Berimpian


Berani berimpian serta jayakan impian! Jack Ma di tentang pada awalnya oleh ayah beliau berkaitan perniagaan e-commerce yang beliau ingin adakan dulu. 


Apabila kita tahu apa yang kita inginkan, kita lebih bersedia untuk berhadapan dengan segalanya. 

Abaikan Suara #littleman


Atau bagi masyarakat Malaysia, abaikan suara biawak, suara makcik bawang. 


Biarkan suara-suara yang membisikkan kita tidak mampu itu berlalu pergi. Lawan dengan pemikiran dan diri kita sendiri! 

Yakin bahawa kita mampu lakukannya! 

Fokus


Kekal fokus sentiasa menjadi tips Kejayaan utama mereka yang sudah berjaya. 

Kekal Terinspirasi



Pastikan setiap hari kita sentiasa terinspirasi untuk memastikan diri kita kekal semangat. 

Jangan Merungut


Ops, jangan merungut. Kerana sesungguhnya ujian dan kegagalan sentiasa dan pasti ada. 

Hadapi dengan berani dan ilmu. 

Mempunyai Nama Yang Baik



Ini berkaitan nama bisnes. Beliau memilih Ali Baba sebagai nama perniagaan e-commerce beliau kerana namanya yang baik dan bersifat global. 

Pelanggan Nombor #1


Dalam dunia bisnes, pelanggan adalah yang pertama kerana dari mereka segalanya bermula.

Kekal Bersemangat


Sudah terinspirasi? Jaga semangat kita supaya tidak mudah goyah dengan sekeliling! 

Cerita penuh Kejayaan Jack Ma 

Fatin Syaza, 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
COD Shaklee Available, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia, 
0187684817 (Touch to WhatsApp). 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")