Thursday, 12 October 2017

Kebaikan Buah Naga

KEBAIKAN BUAH NAGA


Siapa sangka, buah yang kelihatan seperti percikan api ini memiliki 1001 kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Berasal dari Amerika Tengah, ia juga banyak di tanam di negara Asia Tenggara antaranya Thailand dan Malaysia. 

Buah naga atau nama lainnya buah pitaya, memiliki rasa yang enak dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Kebaikan buah naga bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikan kulit. 



Nama saintifik Buah Naga ialah Hylocereus Undatus. Selain rasanya yang enak, Buah Naga mempunyai banyak kebaikan. 

Ada yang berwarna ungu, ada yang putih. Khasiat dan kebaikan buah naga terutama dalam aspek keperluan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan, merupakan antara sebab untuk kita perlu suka dengan keenakan buah naga! 

Kebaikan Buah Naga

Buah Naga mempunyai kandungan phytonutrient yang sungguh mengagumkan!

Memiliki kandungan Vitamin C (10% untuk keperluan asas), kaya antioksidan, Vitamin B untuk keperluan metabolisme dan protein serta karotena (carotene). 

Vitamin C merupakan agen terkenal bagi memastikan kandungan kolagen dalam tubuh badan pada kadar yang baik. Hal ini membantu mendapatkan kulit wajah cantik berseri. 

Vitamin C dan Kecantikan Kulit
Kandungan kalsium yang terdapat dalam Buah Naga membantu untuk memiliki tulang dan gigi yang sihat

Gigi Sihat Keperluan Kalsium Mencukupi

Buah Naga, mudah dicernakan. Biji Buah Naga mengandungi lemak baik (omega-3 dan omega-6) yang membantu mengurangkan kadar Triglycerides dan masalah berkaitan kardiovaskular. 

Jantung Sihat Bebas Penyakit Kardiovaskular 

Mengamalkan Buah Naga membantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan serta meningkatkan kesihatan mata. Ini kerana dalam Buah Naga juga terdapat karotena seperti yang dinyatakan di atas. 

Walaubagaimanapun, harus diingat pengambilan Buah Naga perlu secara sederhana kerana kandungan fructose dalam Buah Naga jika di ambil berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. 

Fakta Nutrisi Buah Naga


Kajian yang Dijalankan

Kajian terperinci untuk mengenalpasti hubungan di antara diet sihat (buah & sayuran), aktiviti fizikal seumur hidup dan kerosakan oxidative DNA dengan kanser prostate telah dijalankan. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan, bahawa, diet sihat terutama dengan mengamalkan buah-buahan dengan kandungan lycopene yang tinggi seperti Buah Naga, dan aktiviti fizikal saling berkait rapat untuk berkerjasama mengatasi dari terdedah kepada kanser prostate (rujuk di sini untuk maklumat lanjut). 

Fakta Menarik Buah Naga

Menariknya Buah Naga ini, ia cuma hidup untuk satu malam sahaja! 

Sebuah pokok umpama kaktus, menjalar dan menghasilkan bunga berwarna pink atau kuning. Kuning di gelar "moonflower", manakala pink di gelar "Queen of the Night". 

Tanaman ini akan berkembang mekar dari petang sehingga tengah malam. Di waktu malam, agen seperti kelawar dan kupu-kupu akan menyebarkan benih dari bunga yang cantik tadi. 

Pokok Buah Naga

Walaupun bunga itu mati pada akhirnya, namun sebuah pokok mampu menghasilkan Buah Naga hampir 6 kali setahun! 

Resepi Enak Buah Naga

Dengan mempelbagaikan pengambilan Buah Naga, kita akan lebih seronok dan teruja terutama jika di buat bersama keluarga tercinta. 

Smoothies Buah Naga

Antara resepi enak Buah Naga ialah, Protein Smoothies of Buah Naga! 😊

Protein Smoothies Buah Naga

Bahan-bahannya :

  1. 2 Scoop Energizing Soy Protein (ESP)
  2. Setengah biji Buah Naga
  3. Ice (jika perlu) 
Cara-Caranya :

Blend kan kesemua bahan di atas dan sedia untuk di minum! 

Protein Smoothies by me! 😍

Kebaikan ESP Shaklee

Khasiat Buah Naga digabungkan bersama ESP Shaklee membantu memberi tenaga sepanjang hari serta bonus tambahan untuk kecantikan kulit. Kebaikan ESP adalah sebagai sumber protein terutama bagi mereka yang hamil, berpantang, pelajar dan mempunyai masalah kulit. ESP Shaklee baik dalam memperbaiki struktur kulit lebih sekata dan berseri. Ibu hamil memerlukan keperluan nutrisi dan zat makanan yang sangat tinggi, gabungan Buah Naga dan ESP memberi kebaikan kepada ibu hamil & bayi yang dikandungnya. 

ESP Shaklee terdapat dalam Set Hamil Shaklee, Set Cantik Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan boleh juga di ambil secara loose mengikut keperluan masing-masing.

Dapatkan Protein Smoothies anda lebih enak bersama ESP Shaklee atau Set Shaklee kegemaran anda hari ini dengan Pengedar Shaklee Malaysia iaitu Syaza hari ini. 

Hubungi Syaza di talian 0187684817 untuk mendapatkan ESP Shaklee anda segera 😊

Fatin Syaza, 
Your Favourite Shaklee Consultant, 
0187684817, 
Pengedar Shaklee Nilai & USIM, 
COD Shaklee Nilai Kajang Putrajaya Bangi, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")