Friday, 20 October 2017

Keburukan Soya Kepada Wanita

Keburukan Soya Kepada Wanita

Soya merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran rakyat Asia umumnya dan Malaysia khususnya. Terdapat banyak produk soya di pasaran. Dan ianya sangat mudah didapati di kedai runcit, pasaraya dan di perlabgai tempat lagi. Terdapat banyak keburukan soya yang biasa kita dengar dan tahu terutama untuk wanita di luar sana.

Terdapat 3 Fakta utama yang sering digembar-gemburkan tentang keburukan soya iaitu 
  1. Dua (2) gelas susu soya dalam sehari, di ambil selama sebulan sudah cukup untuk mengubah kitaran haid seseorang
  2. Dikatakan, bayi yang di beri minum susu berasaskan soya, telah di beri seolah 5 biji pil perancang dalam sehari
  3. Pada 1991, penyelidik Jepun telah mendakwa bahawa pengambilan soya 30 gram sehari atau dua sudu makan, selama sebulan boleh meningkatkan hormon tiroid, yang membawa kepada kanser tiroid
Tiga (3) fakta ini merupakan antara fakta yang tersebar untuk bacaan umum. Sumber asalnya? Syaza tidak tahu. Cuma, terlalu banyak masyarakat yang mengambil fakta ini sebagai sumber utama dalam menjadikan ianya fakta tentang keburukan soya.

Selain dari itu, dikatakan juga antara keburukan soya ialah 
  1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara dalam kalangan wanita
  2. Melembapkan/merencatkan perkembangan minda
  3. Punca kepada pertumbuhan luar biasa dalam kandungan dan kanak-kanak
  4. Soya mengandungi kandungan phytoestrogen yang menyamai hormon wanita (estrogen) yang boleh menganggu perkembangan seksual wanita jika di ambil berlebihan
Syaza amat bersetuju dengan penyataan dan keburukan yang dinyatakan di atas kerana ianya berasas terutama untuk minuman soya yang di ubah suai secara genetik atau Genetically Modified Organisms (GMO).

Dewasa kini, lambakan produk minuman soya di pasaran telah mengelabui mata masyarakat. Minuman soya sangat sedap dan menyelerakan. Tidak hairan, ianya sentiasa menjadi pilihan minuman kegemaran rakyat Malaysia.


Yang menjadikan perkara ini bermasalah adalah apabila rakyat Malaysia tidak terdidik untuk membezakan antara soya jenis GMO dan Non-GMO. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia memilih soya jenis GMO sebagai minuman kesihatan kegemaran.

Soya jenis GMO adalah sangat bahaya kerana ianya telah di ubah secara genetik bermula dari proses penanaman sehinggalah proses pembungkusan produk tersebut. Itu belum kira lagi kandungan gula yang dimasukkan ke dalam minuman soya tersebut.

Oleh itu, benar, soya jenis GMO yang di ubah secara genetik ini adalah amat bahaya kepada kesihatan jika di ambil secara berterusan! Malah, bukan sahaja soya, apa sahaja jenis buah,sayur atau makanan jenis GMO ini adalah bahaya jika kita sentiasa mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.

Perkara yang perlu ditekankan di sini ialah, adalah sangat tidak adil sekiranya kita sebagai pengguna terus mengambil sesuatu fakta atau bahan bacaan tanpa menyelidik dengan kritis dan kritikal. Sebagai pengguna, telah menjadi hak untuk kita ambil tahu dengan mendalam sama ada dari segi produk, syarikat pengeluar, cara pembuatan serta kandungan tambahan atau kandungan asal sedia ada yang di ubah atau tak dalam minuman soya pilihan kita.

Syaza adalah pengamal tegar minuman soya sejak awal 2017 sehingga kini. 

Sebuah jurnal yang dikeluarkan pada tahun 2005, yang bertajuk Soy Protein Isolate and Prevention Against Cancer oleh TM et al, menunjukkan secara keseluruhan bahawa protein soya membantu mengurangkan risiko kanser termasuklah kanser payudara, kolon dan prostate.

Para penyelidik secara amnya bersetuju bahawa kajian tentang soya ini terlalu luas dan perlu sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa (Julia R. Barrett, 2006).

Penting untuk anda semua tahu, Syaza amalkan soya jenis Non-GMO (Non Genetically Modified Organism) yang tidak di ubah secara genetik bermula dari proses nak dapatkan kacang soya sehingga proses akhir menjadi sebuah minuman.

Tambahan, minuman soya kegemaran Syaza ini tidak mempunyai kandungan gula berlebihan dan tanpa kolestrol! Malah, ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan. 

Bagaimana ini boleh berlaku?


Ini berlaku kerana soya terbahagi kepada dua iaitu jenis GMO dan Non-GMO. Keburukan soya banyak didapati ke atas soya jenis GMO. Sudah pasti soya jenis GMO ini bahaya kerana sudah terang lagi bersuluh ianya di ubah secara genetik!

Sesuatu ciptaan asal yang di ubah pasti membawa keburukan kepada pengguna, Itu adalah perkara asas dalam hal ehwal mengubah bentuk asal sesuatu sama ada dari segi rasa, bau, kandungan dan sebagainya.

Maka, kerana itu Syaza sangat berhati-hati dalam memilih minuman kesihatan soya ini. Syaza memilih minuman soya keluaran Shaklee iaitu Energizing Soy Protein (ESP) atau lebih dikenali sebagai ESP Shaklee.



Shaklee merupakan satu-satunya syarikat supplement di dunia yang bertapak selama lebih 100 tahun dengan penggunaan bahan semulajadi yang berani mengambil risiko melakukan Kajian Unggul (Landmark Study). 

Kajian ini merupakan kajian jangka masa panjang yang dijalankan untuk mengetahui kesan pengambilan vitamin Shaklee ke atas pengguna selama 20 tahun dengan mereka yang mengambil multivitamin dari jenama lain dan mereka yang tidak mengambil langsung sebarang jenis vitamin.

Disebabkan sebagai seorang pengguna, kita perlu lebih berfikiran secara kritikal dan analytic sebelum melakukan keputusan untuk kelangsungan kesihatan, maka Syaza telah menyelidik terlebih dahulu sama ada dari segi latar belakang Shaklee sendiri sehingga kepada produk yang Syaza amalkan untuk kesihatan dan kecantikan ini.

Kelainan ESP Shaklee sebagai produk berbentuk soya berbanding produk soya lain ialah :

  1. Shaklee menggunakan protein soya Non-GMO (tidak di ubahsuai secara genetik) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP)
  2. Setiap hidangan dari ESP Shaklee membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan iaitu soya
  3. ESP Shaklee mendapat skor tertinggi 1.0 dalam PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) - taraf sama diberikan untuk protein haiwan
  4. Membekalkan sembilan (9) amino asid penting
  5. Kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat
  6. Mengekalkan tahap isoflavon soya didalamnya
  7. Indeks Glisemik rendah

Berbalik kepada point nombor enam (6), iaitu mengekalkan tahap isoflavon soya dalam ESP Shaklee. Perlu anda ketahui, kandungan isoflavon dalam soya hanya dapat dikekalkan melalui basuhan kacang soya yang di basuh dengan air biasa sahaja, bukan alkohol atau air selain air biasa. Syarikat lain gagal mengekalkan kandungan isoflavon ini yang menambahkan lagi kegagalan fungsi soya sebagai minuman kesihatan untuk kita.

Jika anda penggemar soya, ikuti 7 kriteria pemilihan minuman soya terbaik untuk diri anda dan keluarga :
  1. Kacang soya mesti tumbuh dan membesar secara organik
  2. Kacang soya itu wajib jenis Non-GMO
  3. Kacang soya perlu mempunyai sembilan (9) asid amino penting untuk badan
  4. Proses pembuatan perlu menggunakan air biasa bagi mengekalkan kandungan isoflavon didalam kacang soya
  5. Bahan berkaitan thyroid atau growth substance perlu disingkirkan
  6. Proses pembuatan soy protein tanpa sebarang pemanasan
  7. Soy protein perlu di tambah unsur kalsium bagi meneutralkan kandungan asid didalamnya
Syaza telah menggunakan kesemua kriteria di atas dalam memastikan pilihan minuman soya Syaza adalah bebas dari sebarang keburukan ke atas kesihatan. Maka, Syaza memilih minuman soya keluaran dari Shaklee iaitu ESP Shaklee.

Ya, ESP Shaklee tidak manis dan barangkali tidak sesedap minuman soya lain di pasaran terutama bagi mereka yang benar-benar menggemari soya. Ketahuilah, bahawa Syaza mengamalkan untuk kesihatan berpanjangan, bukan semata untuk sedap sementara sahaja dan ingin mengambil manfaat kesihatan sementara.



Jadilah pengguna yang bijak dengan memilih minuman soya keluaran Shaklee kerana Shaklee mempunyai kajian unggul yang dijalankan saintis terkemuka (pihak ketiga dalam Shaklee) dan proses serta kandungan soya dalam Shaklee amat berbeza dengan produk lain. Malah kandungan serta proses penghasilan bermula dari kacang soya sehingga mendapatkan ESP Shaklee berada dalam pemantauan ketat sampai kepada pengguna. 

Pilih minuman kesihatan anda sekarang dengan Shaklee!

Bagi yang ingin mendapatkan minuman soya yang sihat dan Non-GMO dari Shaklee iaitu ESP Shaklee, boleh hubungi Syaza di talian 0187684817 (Touch to Wassap).

Fatin Syaza,
Your Favourite Shaklee Consultant,
Pengedar Shaklee Malaysia,
0187684817 (Touch to Wassap),
COD Shaklee Available,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia.



2 comments:

  1. Wahhh syaza. Akak pun suka soya dlu. Sbaik skrg dh beralih ke esp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Kak Dee. Omey je nama on Blog 😍 Tu la, seb baik dah bertukar ke ESP. Kalau tak minum soya yeos, nestle memanjang πŸ˜…

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")