Wednesday, 18 October 2017

Master Celebration Shaklee Oktober 2017

Master Celebration Shaklee Oktober 2017


Hai assalamualaikum. Ahad lepas (15/10/2017) Syaza berkesempatan hadirkan diri ke program yang mampu menjana semangat dan tenaga Syaza. Program Master Celebration Shaklee. Pernah dengar?

Oktober 2017 kali ni program Master Celebration atau MasCel ni diadakan di tiga (3) buah tempat; Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor Bharu.

Ketiganya berlangsung di lain tempat dan lain tarikh serta semestinya Master yang di sambut berlainan juga 😉

Oh, mesti ada yang tertanya, Master ni apa Syaza? 
Yang program sambung belajar lepas degree tu ker? 

atau

Orang yang dah mahir dengan silat? (dah kenapa Syaza pilih silat pulak) 

atau

Apa Syaza? 

Dalam pelan Bisnes Shaklee, kita ada tujuh (7) tingkatan leader yang perlu di capai. Dan kesemua ini kalau nak di capai kita perlu serta wajib mendidik anak buah kita untuk capainya juga. 


Pening? Ok, kita terangkan dengan lebih detail sekejap lagi ya. 

Berbalik pada tujuh (7) tingkatan tadi, yang terdiri daripada :

1. Supervisor
2. Senior Supervisor
3. Coordinator
4. Senior Coordinator
5. Key Coordinator
6. Senior Key Coordinator 
7. Master Coordinator

Jadi Master Coordinator merupakan tingkatan leader tertinggi dalam pelan bisnes Shaklee. Opss ada lagi sebenarnya, tapi itu adalah selepas menjadi Master. Presidential Master. Fuh, ni lagi power. 

Takpe kita bincang sampai Master je dulu okay. 

Daripada tingkatan ni, Syaza nak remind korang semua, ianya sukar tetapi tidak mustahil untuk di capai. Atau lebih tepat lagi, bukti banyak depan mata sebab terlalu ramai Master dalam Shaklee. Yang tak ramainya adalah mereka yang kekal konsisten dengan bisnes


Baik, macam mana nak capai Master tu Syaza? 

Nak capai Master perlu bermula dengan Supervisor. Kita perlu melayakkan diri sebagai seorang Supervisor dan kemudian mendidik sekurang-kurangnya seorang anak buah dalam kumpulan yang diterajui kita untuk bisnes Shaklee, menjadi Supervisor juga. 

Sekiranya kita gagal mendidik, maka, kita tidak akan berjaya meningkat ke peringkat seterusnya. Untuk menjadi seorang Master Coordinator perlu menjadikan enam (6) anak buah mereka sebagai seorang Supervisor dan perlu pastikan mereka aktif dengan bisnes. 

Kerana leader yang tidak efektif melahirkan anak buah yang juga begitu dan sebaliknya. 

Fuh, maksudnya di sini, kalau anda nak berjaya dalam bisnes Shaklee, anda wajib, membawa orang lain juga berjaya seperti anda! 

But the basic is, cara pertama ialah, anda perlu mendaftar jadi ahli Shaklee dulu. Kerana dengan berdaftar sebagai ahli Shaklee, anda akan automatic menjadi seorang Pengedar Shaklee yang sah sekiranya anda benar ingin menjalankan bisnes Shaklee. 


Sebelum daftar, perlu la untuk anda rasakan sendiri Shaklee Effect, macam Syaza yang dah rasa manfaat Shaklee dan teruja nak sebarkan kepada anda vitamin yang sangat berkualiti ini! 

Tak ada istilah atas dapat banyak, bawah terhimpit. Memang tidak ada! 

Malah, yang lebih menakjubkan, ada yang 'melawan' leader dengan cara, mereka yang berada di tingkat atas melebihi leader. 

Bagaimana ini berlaku?

Ini berlaku apabila yang 'melawan' leader dia sendiri tadi merupakan seorang yang lebih komited dengan team-nya sendiri. Manakala, leader dia tidak komited bukan sahaja dengan team sendiri malah dengan yang 'melawan' tadi. 

Haaaaaaaa. Amacam? Ok setakat sekarang? Ni baru penerangan ringkas tentang cara menjadi Master Coordinator dalam Shaklee taw. 

Ok cukup ringkasan setakat sekarang. Kita bercerita lebih lanjut spesifik tentang ini akan datang okay 😉

So, masa MasCel Ahad lepas, Syaza berkesempatan hadirkan diri dekat Pullman Hotel Putrajaya Lakeside. 


Besar dan mewah hokehh hotel ni. Pes taimmm datang sini. Haha jakun sangat! 

Syaza pergi sorang jer, hehe. Sampai sana jumpa raaaamai kawan! 

Kak Dayah, antara sideline dalam bisnes Shaklee Syaza dapat rank up naik Supervisor taw. Masa datang tu, sepatutnya program start pukul 2 pm, tapi Syaza datang lewat hihi 

Tahniah Kak Dayah (kiri) dan Kak Farah atas kenaikan pangkat! Keduanya dalam team yang sama dengan Syaza
Pukul 3 pm macam tu baru sampai. Memang padahlah! Tak ada tempat duduk. Mereka bukan saja datang sendiri, malah hampir 90% datang bersama anak-anak dan suami isteri. Datang satu family! 

Alhamdulillah mujur Kak Dayah baik hati tumpangkan Syaza dekat tempat duduk dia hihi. Merasa la sekejap duduk dekat kerusi Supervisor. Lepas ni Syaza pula naik pentas amek rank Supervisor dan kemudian naik jadi Master Coordinator! Aminnnnn.

Fatin Syaza pasti Master Coordinator Shaklee Jun 2019!

Master yang di sambut kali ni ialah Master ChePah (nama famous) dan Master Adilah. Actually, bila sebut Master ni confirm ada sekali nama suami mereka. Hihi. Master ChePah atau Sharifah Farina, suami beliau ialah Master Syed dan Master Adilah suami beliau ialah Master Fahmi. 

Mendengarkan perjalanan masing-masing nak menitik ayaq mata woo (menitik dah sikit tapi segan dengan Kak Dayah pulekksss) hihi

Master Adilah dan suami beliau ambil masa hampir 5 tahun untuk ke tangga ini! MasyaAllah lama dan akhirnya usaha itu sangat berbaloi. Kalau siapa pernah baca blog CelikVitamin. Itu la blog mereka!! Siapa tak kenal dengan CelikVitamin Group. Itulah group mereka, MasyaAllah! Empayar yang kukuh dan semoga kekal kukuh selamanya, amin ya rabbal alamien.

Syaza balik awal. Tapi takde la awal sangat. Cuma tak sempat makan je. Makan hotel uolsss. Jakun lagi haha

Alhamdulillah I really enjoy my journey dalam bisnes Shaklee. Shaklee banyak ubah hidup Syaza dari sudut kesihatan dan kewangan. Psssst, tang kecantikan toksah habaq la! Hehe 


Sampai di sini saja sharing Syaza. Oh ye 6 STAR TRIP Shaklee kali ni adalah Cruise, dan di Bangkok. Cruide Trip tu meronda 7 kawasan Mediterranean uolsss. 


And nak dapatkan 6 STAR TRIP ni wajib naik Supervisor dulu taw ;) 

Ok semua, anything nak tanya lebih lanjut pasai Master ka, Supervisor ka apa ka tentang Shaklee, nak beli Shaklee, habaq ja kehhh! 

Roger Syaza di 0187684817 (bit.ly/FatinSyaza) 

Nak jadi anak buah Syaza? 
Bolehhhh!!! 

Yang penting anda komited, kerana Syaza sangat komited dengan bisnes! 

Syaza yakin Allah akan kirimkan Syaza anak buah yang komited macam anda yang sedang membaca ni! 😉

Kerana leader yang komited dan berjaya akan melahirkan diamond yang juga komited dan berjaya. Yeahhh! 

Fatin Syaza, 
Great Shaklee Leader,
0187684817 (bit.ly/FatinSyaza). 


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")