Friday, 27 October 2017

Mee Kolok Viral

Hai assalamualaikum, santai Jumaat 27 Oktober 2017. Syaza nak share dengan korang semua tentang MEE KOLOK VIRAL. 

Ni semua gara-gara viral kesedapan mee kolok ni buat Syaza nak rasa sendiri sedap sangat kerr??

Jujur, Syaza antara penggemar makanan jenis mee-based. Dulu tak minat. Tapi ni semua "berkat doa" seorang mak. 

Before ni kalau mak Syaza masak yang makanan mee-based, Syaza akan macam "ewwww, taknak makan!" 

Nak nasi je. Tekak nasi sangat. Then, mak saban waktu setiap kali Syaza menolak makanan jenis mee tak kira yang beliau masak atau hidangan ketika di rumah orang (yang ni Syaza tak "ewww" la), mak berdoa dengan doa sama. 

Ewww dalam hati atau lebih tepat dengan perbuatan, mendiamkan diri tak makan. Jangan salah faham pulak hehe

Ok, berbalik pada doa. Apa doa mak? Mak doakan Syaza akan minat teramat sangat pada mee-based food. 

Hahaha. Dan doa tu maqbul! Walaupun amek masa yang lama, tapi itulah berkat doa seorang ibu. 

Sekarang memang peminat tegar makanan jenis mee ni. Tak tolak dah. Now tolak nasi pulak. Macam makan sikit je, taknak lebih-lebih. My tekak is different than before hehe

So, after tengok Master Iffah Anuar (MIA) seorang Master Coordinator dalam Shaklee pos tentang mee viral ni, Syaza pun mula search. 

Mee Kolok Dayang Sarawak

Tudia, bila Google keluar top list sekali. Tengok kedai aikkk, biasa je. Takde la macam restoran apa semua tu. 

Weekend tu juga kami suami isteri pergi dapatkan mee kolok viral ni! Dengan sharing dari blogger lain yang review tempat tu memang tip top! 

Sampai je, wowwww. Syaza kagum okay. Sebab walaupun "macam tu" je keadaan tempat dia iaitu di bawah parking lot Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang kawasan park n ride tu, tapi tempat dia memang ada classss! 

Bersih! Tu first word yang keluar. Keadaan gerai bersih. Dan ramai orang yang menikmati mee kolok viral time ni. 

Apa lagi, terus duduk dan orderlah! Customer service pun tip top! 

Order Mee Kolok Special. Bezanya mee kolok special ni besar, hehe

Ehsan Google

Ada juga pelbagai menu hidangan Sarawak yang lain dekat sini macam Laksa Sarawak semua tu. 

Add on, Syaza order dim sum sekali. Well, banyak kan order? 

Penyudahnya, tak habis, haha

Makan separuh pun tak sampai. My partner makan licin. Tak sedap ker?? 

Bukann, sebab tu je yang lalu nak makannya, hehe

Dah tu, bila on the way dalam perjalanan pulang ke rumah, teringat balik menyesal awat tak habiskan??? 

Ish ish ish! 

Korang, HIGHLY RECOMMENDED taw makan dekat Mee Kolok Dayang Sarawak ni. 

Pastikan datang awal, nanti tempat penuh hehe

And by the way, sorry tak dapat upload gambar sendiri snap waktu tu, phone problem pulakss, next time bekerjasama phone, Syaza update gambar okay! InshaAllah ;) 

Fatin Syaza, 
0187684817 (Touch to WhatsApp), 
Pengedar Shaklee Malaysia, 
COD Shaklee MELAKA, 
COD Shaklee Klebang | Malim | Cheng dan kawasan sekitar, 
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")