Tuesday, 31 October 2017

Kisah Si Katak Pekak

[Kisah Si Katak Pekak]

Kat sini, ada sebuah kisah yang Cazaa nak kongsikan. Ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang belum pernah dengar. 

Dalam life kita ni, kadang-kadang terlalu ramai cakap-cakap sekeliling sampai buat kita rimas & letih. Hakikatnya, sekeliling mampu bercakap tapi tak berada dekat tempat kita, hehe

Sesungguhnya, lidah tu tak bertulang. Terutama perempuan, potpetpotpet macam dunia takkan kiamat, hihu 

Ini adalah cabaran dan kita kena tabah. Kehidupan dekat dunia ni umpama pengembara. Hakikatnya kita cuma mengembara ke alam dunia dan berusaha sehabis baik di sini untuk alam akhirat yang kekal :')

Kenapa perlu kisah dengan kata-kata orang lain yang tak pernah membantu walau sedikit pun? Kisahlah kepada mereka yang selalu dan sentiasa sayangi kita dan sokong serta tegur dalam proses kehidupan kita untuk ke arah yang lebih baik! :D

Jom kita baca dan kaitkan dengan kisah si Katak Pekak ni.

------------------------------------------------------
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.

Maka perlumbaan pun dimulai.

Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan berjaya mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!

Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini berjaya melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: mencapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?

kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.

Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan dan kutukan mereka?
------------------------------------------------------

Jalan cerita yang mudah untuk difahami, bukan? Mula-mula agak susah, jadi, tanamkan keyakinan dalam diri dan ajar diri untuk fokus. You will get what you want, inshaaAllah. 

GOODLUCK πŸ˜‰

Fatin Syaza,
0187684817 (Touch to WhatsApp),
Pengedar Shaklee Malaysia,
COD Shaklee MELAKA,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")