Sunday, 17 December 2017

4 Punca Keputihan Kepada Wanita Belum Berkahwin

PUNCA KEPUTIHAN WANITA

Mesti dilema bagi sesiapa yang ada masalah keputihan terutama bagi wanita yang belum berkahwin. Kalau yang dah berkahwin pula, lain ceritanya. Ianya bukanlah suatu perkara yang memalukan malah kita perlu segera bertindak bagi mengatasi masalah ini. 

Terdapat pelbagai faktor dan punca yang mengakibatkan keputihan ini. Antaranya termasuklah tentang cara hidup dan hormon seseorang. Kategori keputihan juga datang dalam pelbagai bentuk. Untuk post kali ini, kita akan fokus kepada punca yang memberi masalah keputihan wanita ini.

PUNCA MEMBAWA KEPUTIHAN WANITA

Pengedar Shaklee Melaka

Keputihan juga dikenali sebagai lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita. Ia datang dalam pelbagai sifat dan berbeza di antara seorang wanita dengan wanita lainnya. Warna keputihan boleh datang dalam bentuk ini :
  • Jernih
  • Kelabu
  • Kuning
  • Hijau
Antara punca yang membawa kepada masalah keputihan ini ialah :-
  1. Perubahan Hormon
  2. Jangkitan
  3. Kebersihan
  4. Penyakit Dalaman

PERUBAHAN HORMON

Hormon berubah hasil dari pelbagai faktor terutamalah bagi para anak dara atau wanita yang baru didatangi haid. Gangguan hormon yang tidak seimbang membawa kepada punca seseorang wanita mendapat keputihan

Pengambilan ubat dalam jangka masa panjang, pil perancang keluarga atau pil mencegah kehamilan antara jenis sebab boleh berlakunya masalah perubahan hormon yang membawa kepada keputihan. Seseorang wanita yang mengalami tekanan kerana masalah peribadi dan gangguan emosi turut menyumbang kepada keadaan ketidakseimbangan hormon seterusnya membawa kepada lendiran faraj atau keputihan.

KEBERSIHAN

Selepas membuang air kecil, wanita perlu memastikan keadaan alat sulit wanita (faraj) dalam keadaan bersih dan kering. Hal ini bagi mencegah keputihan dari terjadi. Keadaan lembap pada faraj boleh menggalakkan lagi pertumbuhan dan jangkitan seperti kulat dan bakteria. 

Sebagaimana kita menjaga kecantikan muka dan wajah kita, begitulah kita perlu berusaha menjaga kebersihan keadaan alat sulit kita. Gunakan alas seluar atau panty liner dan rajin menggantikan seluar dalam untuk kurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.

Elakkan menggunakan wangian atau pencuci anti-septik pada kemaluan wanita.

JANGKITAN

Apabila kebersihan gagal dilaksanakan dengan baik, maka ia akan memberi jangkitan lebih teruk kepada faraj wanita. Inilah yang menyumbang kepada keadaan warna keputihan yang ke arah kuning dan hijau serta berbau sangat busuk.

Setiap jenis jangkitan mempunyai keadaan sifat serta bau yang tertentu. Dapatkan segera nasihat doktor untuk pastikan bahawa keputihan kita adalah jenis lendiran biasa sahaja dan bukan disebabkan oleh jangkitan. Ubat dan rawatan untuk jangkitan serius perlu dijalankan. Suami atau pasangan seksual juga digalakkan mendapatkan rawatan bersama.

PENYAKIT DALAMAN

Penyakit yang biasa membawa kepada masalah keputihan adalah seperti kencing manis, tiroid. Penyakit ini membawa kepada keadaan ketidakseimbangan hormon yang seterusnya menjadi punca keputihan dan cenderung kepada penyakit.

Selain itu, penyakit jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes adalah jenis penyakit yang biasa sekali mengakibatkan perubahan lendiran faraj.

Baca ini untuk maklumat lanjut :
Cara Mengatasi Keputihan
Jenis Keputihan


Pengedar Vivix Shaklee Melaka,
018-768-4817 (Touch to Whatsapp),
COD Vivix Shaklee Melaka,
Pos Vivix Shaklee Seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")