Wednesday, 6 December 2017

Apa itu Vivix dari Shaklee?

VIVIX SHAKLEE - APA ITU VIVIX?

"Pernah dengar tentang pelbagai rangkaian jenis produk di Shaklee termasuklah Vivix,"
"Vivix tu apa ya?"
"Apa kandungan dalam Vivix Shaklee?"

Dan banyak lagi soalan demi soalan berkaitan Vivix. Semestinya banyak soalan tentang Vivix kerana dalam rangkaian produk Shaklee di bawah Healthy Nutrition, Vivix merupakan produk paling PREMIUM!

Premium di sini merujuk kepada dari segi kandungan serta khasiat kandungan Vivix ini. Maka tidak hairanlah, apabila sudah mengenali Vivix, ramai jatuh hati dengannya dan mendapat manfaat kesihatan serta kecantikan dengan pengambilan Vivix sebagai makanan tambahan.

Vivix Shaklee Melaka
Inilah dia botol Vivix. Comelkan!

APA ITU VIVIX SHAKLEE?

Pertama, kita akan lihat serba ringkas secara asasnya tentang kandungan Vivix keluaran Shaklee ini.

Vivix keluaran Shaklee merupakan sebuah minuman botani yang lazat! Minuman botani Vivix ini diformulasikan dengan campuran botani khas Shaklee termasuklah
  • Ekstrak Polygonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Eldeberi Eropah
  • Lobak Ungu
Sebotol mempunyai kapasiti sebanyak 150 mL menjadikan sebotol kelihatan begitu comel dan packaging yang sangat menarik! Jika ingin tahu berkaitan rasa Vivix ini, ianya mempunyai rasa ala-ala ribena. Kerana itu Vivix Shaklee merupakan sebuah minuman botani yang sangat lazat.

Kesitimewaan Vivix Shaklee ini ialah formulasi proprietari saintifik termaju dari Shaklee adalah berasaskan anggur muscadine. Anggur muscadine ini merupakan salah satu buah-buahan yang sukar diperolehi. Ia memiliki rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain.

Selain dari itu, anggur muscadine adalah berbeza dari anggur lain kerana muscadine ini mengandungi pekatan asid elagik luar biasa dan elagitanin yang menunjukkan apabila digabungkan bersama polifenol lain, ia menghasilkan kuasa anti-oksidan yang hebat.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini bagi setiap botol Vivix dengan menggunakan cara pengekstrakan berpaten. Hal ini bagi memastikan untuk dapatkan kepekatan yang tinggi serta membantu mengekalkan bioaktif polifenol.

MANFAAT POLIFENOL

APA ITU POLIFENOL?

Polifenol adalah kumpulan bahan semulajadi yang ditemui di dalam tumbuhan dan buah-buahan. Fungsi polifenol ke atas tumbuhan dan buah-buahan ini ialah mereka memberi warna serta melindungi tumbuhan dan buah dari sebarang penyakit dan jangkitan bagi kelompok tumbuhan dan buah.

Tumbuhan seperti anggur, apple, pear, ceri dan beri mengandungi hampir 200-300 mg polifenol setiap 100 gram berat bersih! Produk yang diformulasikan dari buah-buahan ini juga mengandungi kandungan polifenol pada kadar yang dinyatakan. 

Mereka iaitu polifenol ini memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi sel badan kita dari kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas termasuklah
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam badan
  • Mengembalikan keremajaan kulit
  • Memberi manfaat cantik
  • Membantu ke arah kesihatan jantung yang lebih baik

KEBAIKAN VIVIX

#1 Mengekalkan Paras Gula Sihat

Paras gula dalam darah bergantung kepada apa dan berapa banyak kita makan termasuklah bagaimana kadar efektif atau tidak badan kita menghasilkan serta menggunakan insulin. Insulin bertindak sebagai pengangkut glukos kepada sel dalam badan kita.

Vivix Shaklee Melaka
Semakin sihat paras gula dalam darah, semakin kurang risiko untuk mendapat sindrom penyakit metabolik seperti diabetes. Vivix yang mengandungi polifenol ini, membantu memberikan pengekalan ke arah paras gula di tahap selamat.

Berapakah paras gula yang selamat?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sekiranya paras gula dalam darah anda ialah 7mmol/l, kita tidak menhidap diabetes. Tetapi disarankan sering menjalani ujian gula dalam darah setiap setahun sekali.

Sekiranya paras gula dalam darah lebih dari 7mmmol/l kemungkinan menjadi penghidap diabetes adalah tinggi. Doktor akan meminta untuk menjalankan ujian pengesahan untuk maklumat lanjut.

Tahukah Anda?
Polifenol ditemui paling banyak di dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberi. Mereka mempunyai kepekatan tinggi dalam biji dan kulit buahan tersebut.

Kajian menunjukkan polifenol mempunyai potensi dalam memastikan paras gula dalam darah pada tahap selamat dan sihat :
  1. Mengawal penyerapan glukos
  2. Meningkatkan daya sensitiviti insulin
  3. Merangsang rembesan awal insulin
  4. Menambahbaik proses pemecahan glukos
Kajian epidemiologikal adalah sangat bersetuju mencadangkan bahawa pengambilan jangka masa panjang tumbuhan yang kaya dengan polifenol memberi manfaat dalam melindungi diri dari risiko kanser, diabetes, osteoporosis dan penyakit berkaitan neurodegenerative. (1)

#2 Kulit Cantik dan Anti-Penuaan

Wanita dan kecantikan adalah sangat sinonim. Malah dalam era sekarang, lelaki turut sama memainkan peranan dalam kecantikan sama ada untuk diri mereka sendiri atau isteri atau keluarga. Vivix dari Shaklee sangat terkenal dalam menjadi agen anti-penuaan terutama dalam kalangan mereka yang sudah memasuki lingkungan umur 30-an. 

Tahukah Anda?
Kulit akan diperbaharui setiap 28 hari menghasilkan lapisan kulit baru menggantikan sel kulit mati yang lama

Memiliki kulit yang anjal, segar dan gebu adalah impian setiap wanita! Kita boleh milikinya dengan polifenol dari Vivix Shaklee. Ianya merupakan nutrien wajib bagi menyokong penghasilan kolagen untuk mendapatkan kulit anjal serta mengelakkan kulit penuh kedutan dan kurang elastik atau anjal. Vivix membantu mendapatkan penghasilan tisu sihat supaya kita menikmati wajah yang lebih gebu dan anjal.

Menurut pelbagai kajian klinikal, polifenol yang terdapat dalam Vivix Shaklee ini mempunyai kebaikan dalam menghasilkan kulit sihat dan berseri melalui
  • Melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV
  • Mengurangkan penuaan dan penghasilan kedutan
  • Menyokong penghasilan kolagen
  • Menghasilkan kulit lebih mudah dan sihat!
Penggunaan agen chemopreventive seperti polifenol tumbuhan adalah bagi memastikan kerosakan yang terhasil dari sinaran UV. Agen ini merujuk kepada agen yang boleh menghalang, serta membantutkan proses kerosakan kulit yang banyak berpunca dari sinaran UV. Kepelbagaian rangkaian polifenol yang terdapat dalam makanan tambahan iaitu suplimen menunjukkan bahawa ianya mampu memberi kebaikan ke arah kesan kulit sihat dan cantik! (2)

#3 Kesihatan Jantung Lebih Baik

Jantung merupakan organ paling rajin bekerja, oleh itu adalah sangat penting, jantung memerlukan penjagaan di tahap paling premium! Vivix dari Shaklee mempunyai kandungan polifenol, bertindak sebagai anti-oksidan yang memberi khasiat dan manfaat ke arah memastikan kesihatan jantung lebih baik seperti
  • Menambahbaik aliran darah
  • Membantu kesihatan pembuluh darah
  • Mengekalkan fungsi pembuluh darah pada tahap optimum
Tahukah Anda?
Jantung kita berdenyut,
80 kali setiap minit,
4800 kali setiap jam,
115 200 kali setiap hari,
42 048 200 kali setahun!

Fakta Nutrisi Vivix Shaklee

Vivix Shaklee Melaka
Sebotol : Memberi Khasiat Kesihatan dan Kecantikan


Setiap 100 mL
Setiap Hidangan
Tenaga
300 Kcal
15 Kcal
Karbohidrat/td>
74.0 g
3.7 g
Jumlah Gula
2.0 g
0.1 g
Protein
0.7 g
0.0 g
Lemak
0.0 g
0.0 g

Vivix Shaklee Melaka

Sesiapa yang ingin mendapatkan Vivix Shaklee, sila hubungi Syaza di talian 0187684817 (Touch to Whatsapp) hari ini. FREE POSTAGE termasuk kawasan Sabah dan Sarawak! :D

Fatin Syaza,
0187684817 (Touch to Whatsapp),
Pengedar Vivix Shaklee Melaka,
COD Vivix Shaklee Melaka,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")