Tuesday, 16 January 2018

Apa itu Polifenol dan Fungsi Polifenol Dalam Vivix

Apa itu Polifenol dan Fungsi Polifenol dalam Vivix?

Pernah dengar tentang nama polifenol? Yang sedang membaca artikel ringkas ini semestinya ingin mencari tahu apakah itu polifenol serta fungsinya kerana polifenol ini ada di dalam salah satu produk Shaklee yang paling terkenal iaitu Vivix.

Vivix Shaklee Melaka

PENGENALAN POLIFENOL


Polifenol adalah, kompaun yang banyak ditemui di dalam tumbuhan semulajadi yang mempunyai sidat anti-oksidan. Terdapat lebih 8,000 polifenol yang di kenal pasti di dalam makanan seperti teah, wine, coklat, buah, sayuran dan minyak zaitun asli. Ini hanyalah sebahagian daripada yang ditemui dari 8,000 tadi.

Adalah penting untuk kita tahu bahawa polifenol memainkan peranan penting dalam memberi kesihatan optimum terhadap tubuh manusia. Anti-oksidan bertindak sebagai kumpulan yang membantu melindungi sel badan dari terganggu dengan radikal bebas yang rosak, serta sekaligus mengawal kadar tindak balas tubuh mengikut keadaan umur seseorang.

Sekiranya tubuh badan kita gagal mendapatkan perlindungan secukupnya, radikal bebas ini boleh menyebabkan berlakunya kegagalan sistem fungsi badan dengan baik. Perkara ini akan membawa kepada penurunan degradasi tisu dan meletakkan kita kepada risiko penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan Alzheimer sebagai contoh.

Anti-oksidan boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan utama iaitu
  1. Karotenoids
  2. Sulfida Allyl; Banyak ditemui di dalam bawang putih & bawang
  3. Polifenol; Juga dikenali sebagai phenolics

Jenis Polifenol


Polifenol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee ini, boleh dipecahkan kepada 4 kategori dengan penambahan kategori kecil (subkategori) berdasarkan jumlah phenol ring yang mereka ada dan berdasar pada asas elemen yang mencantumkan ring ini antara satu sama lain

Ring Chain dalam Polifenol
Seperti yang kita sedia maklum, syarat asas, makanan yang mempunyai kandungan kompleks polifenol, dengan kadar tinggi ditemui di bahagian lapisan luar mereka berbanding kawasan dalaman makanan tersebut.

4 Jenis Polifenol
  • Flavonoids; Mempunyai dua ciri utama iaitu anti-oksidan dan anti-radang. Sering ditemui di dalam buah, sayuran, kekacang, red wine dan teh hijau.
    • Flavones
    • Flavonol
    • Isoflavone
    • Anthocyanidins
    • Chalcones
    • Catechins
  • Stilbenes; Resveratrol adalah yang paling terkanal
  • Lignans; Ditemui di dalam bijian seperti kekacang, makanan bijirin, algae dan sayuran tertentu
  • Asid Fenolik 
    • Asid hidrobenzoik, ditemui di dalam teh
    • Asid hidrocinnamik, ditemui di dalam kayu manis dan juga dalam kopi, bluberi, buah kiwi, plum, epal dan ceri.

3 Fungsi Utama Polifenol


Mengekalkan Paras Gula dalam Darah di tahap Sihat


Insulin merupakan ejen pengangkutan yang digunakan tubuh badan manusia bagi mengangkut glukos ke seluruh badan. Paras gula dalam darah sangat bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak amaun yang kita makan. Selain itu, ia juga bergantung kepada tahap tubuh badan kita dalam menghasilkan dan menggunakan insulin.

Semakin sihat paras gula dalam darah seseorang, semakin kurang risiko untuk mendapatkan penyakit yang berkaitan dengan paras gula dalam darah seperti diabetes.

4 Fungsi Polifenol - Kawal Gula Dalam Darah
  1. Penyerapan efektif glukos dalam badan
  2. Meningkatkan sensitiviti insulin seseorang
  3. Merangsang penghasilan awal insulin
  4. Memperbaiki proses pemecahan glukos kepada tenaga

Kulit Cantik, Anjal serta Berseri Awet Muda


Polifenol sangat membantu untuk mendapatkan kulit awet muda yang diidamkan oleh semua wanita. Ianya merupakan nutrien penting yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan kulit yang anjal, gebu, tegang serta awet muda.

Apa yang polifenol buat? Mereka membantu dalam penghasilan kolagen untuk memberi kulit yang anjal serta mengelakkan kedutan dan kulit muka yang tidak anjal terutama sebelum waktunya. Selain itu, ia juga membantu menghasilkan tisu kulit yang lebih sihat supaya kita dapat memiliki kulit yang bebas cela dan flawless!

4 Fungsi Polifenol - Kulit Awet Muda dan Tegang
  1. Melindungi kulit dari kerosakan sinaran UV
  2. Mengurangkan tanda penuaan awal dan kedutan
  3. Menyokong penghasilan kolagen
  4. Mengalakkan penghasilan kulit lebih sihat dan cantik berseri

Menggalakkan Kesihatan Jantung yang Lebih Baik


Jantung kita berhak mendapatkan penjagaan yang baik dari kita. Kerana mereka bekerja keras seharian sehinggakan sewaktu kita tidur, mereka masih bekerja. 

Polifenol bertindak sebagai agen dalam memastikan kesihatan jantung berada di tahap optimum dengan cara memperbaiki aliran darah, mengalakkan keadaan dinding arteri jantung yang sihat dan mengekalkan fungsi jantung di tahap yang baik.

4 Fungsi Polifenol untuk Kesihatan Jantung
  1. Mengurangkan risiko inflamasi/radang di dalam dinding arteri jantung
  2. Mengalakkan kesihatan jantung yang baik
  3. Mengalakkan kadar tekanan darah yang baik
  4. Mengekalkan kadar platelet clumping dengan baik


Pengedar Vivix Shaklee Malaysia,
COD Shaklee Melaka,
Pos Shaklee Seluruh Malaysia dan Luar Negara (atas permintaan),
018-768-4817.








0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")