Friday, 25 May 2018

Short Write Up : Kisah Pregnant-ku!

Khas untuk bakal ibu semua; Hari ni, Caza nak throwback pregnancy journey Caza, dari trimester pertama sampai trimester ketiga. Anak Caza; Zehraa dah 2 bulan sekarang alhamdulillah. Sepanjang kehamilan Caza tak pernah culas taw makan vitamin (tu pun setelah kekasih hatiku ingatkan daku kihkihkih).

Nak taw tak, memang best bin superb sepanjang consume Set Hamil ni. Caza taw beza dia dengan vitamin biasa sebab kalau makan Shaklee ni memang rasa energetic and macam tak pregnant pun ada! hihi

Bila baca testimoni orang lain, masa tu baru faham kenapa mak-mak yang terutamanya baru start amek Shaklee masa anak kedua dan ke atas mesti akan ada ayat, "Menyesal tak amek dari dulu lagi," 😩

Each time macam tu, Caza rasa bersyukur sangat sebab kenal dengan Shaklee since dari sebelum zaman kahwin lagi. Kalau tak pening jugalah nak pilih mana kan hihi. Ada juga orag suggest Salindah semua tu.

Even mak pun suggest Salindah.

Mak Caza kata bagus Salindah tu kalau nak try pun boleh. Awalnya Caza nak try tapi bila fikir Set Hamil Shaklee ni dah complete! Semua ada. Jadi takyah membazir duit hihi. And Caza ni cerewet sikit, nak try suplimen atau vitamin yang ada bukti saintifik je. Shaklee sediakan semua tu. Lambakan journal and paper yang prove Shaklee ni terbukti selamat dan ada kajian serta yang formulated-kannya semua dari saintis.. Oh bab yang dah beratus tahun di dunia tu satu lagi. 😊

So daku yakin dan percaya dengan Shaklee! Eh dah jom-lah baca sebentar review ni. Taip review ni sambil muka senyum-senyum ingatkan balik zaman boyot usung peyot sana sini tu hihi.

Syaza pernah consume sekejap yang dari KK. Em, takpela! Jom baca review ibu dekat bawah ni, banyak nak citer ni. Hahaha

Trimester Pertama

7 kg berat turun

Pelik bin benar. Sebaik je taw Caza pregnant waktu tu, dah 4 weeks tak silap, terus Caza loya and alahan yang sangat teruk. Padahal masa belum taw, ok je. Yihhhh, ngada sangatkan. 

Serius taw. Lepas taw baru start muntah semua tu. Sebelum tu rilek, okay je, Tapi akur juga, yang sebelum taw tu memang dah mula loya, pening kepala, malas, rasa nak tidur je (eh yang ni macam selalu ada je rasa hehe).

Caza alahan teruk. Pagi sampai tengah malam, Caza muntah. Tak dapat buat banyak benda. Hurmm, sebenarnya tak buat apa pun. Baring je. Masak pun tak. Cemaner nak masak, bau bawang, tumis semua nak muntah. 

Bayangkan, Caza yang selama ni hantu ESP, cinta mati dengan ESP, tapi Caza tak dapat minum. Caza minum, muntah. Minum, muntah. Masa ni ESP adalah musuh ketat Caza, hahaha. 

End up Caza amek Performance Drink as minuman isotonic & tenaga untuk Caza. Sebab, Caza muntah banyak, jadi Caza amek PD ni, untuk top up balik dehydration yang tadi. Dari Caza amek 100Plus baik amek PD, huhu. Takde gas & less sugar. 

And, Caza tak sangka plak masa tu PD ni gak bagi energy kat Caza. Caza gagah lagi walaupun gagah yang banyak pada terbaring. Cumanya PD ni sikit sebanyak bantu Caza untuk tak terlalu banyak muntah dalam satu masa. At the same time, loya Caza kurengggg sekejap sebab PD ni oren yang masam-masam gitu.

Lega tekak Caza. Dapatlah makan sikit apa yang boss masak. Sikit je. Pastu uwekkk balik. Kira okaylah dari takleh masuk langsung! 

Masa ni Caza konsisten PD, Vitamin C & B-Complex with Acid Folic. 

Vita-Lea memang takleh nak telan masa trimester pertama. Hahaha. Muntah balik. Vita-Lea ni vitamin Iron untuk ibu mengandung. Jadinya disebabkan Caza, tak dapat amek yang Shaklee punya masa ni, Caza amek Iron dari KK. Tapi lepas tu, Caza sembelit. Sembelit terukss giler. Hahaha 

Then, stop Iron KK, and okay dah pastu. Caza tak boleh nak tinggalkan Vitamin C and B-Complex with Acid Folic tu. Sebab dua ni penting lelagi awal pregnancy. Walaupun, ya Allah malasnya nak telan. Kena paksa ok, telanlah jugak.

pengalaman guna set hamil shaklee
Waktu ni dah 40 weeks. Tunggu hari je :) Ni pergi hiking dekat Gunung Lambak, Kluang. Mommy really energetic taw dengan Set Hamil ni. Pagi tu before hiking amek ESP dulu. Mommy gi hiking sebab orang kata nak bagi cepat baby keluar gi wat kerja lasak, so here we go HIKING! hehe

B-Complex with Acid Folic
tu antaranya untuk elak bayi kita kena spinda bifida. Vitamin C, untuk imuniti ibu. And, untuk kulit Caza supaya takde la kusam teruk waktu mengandung, hehe


Skincare memang, yihhhhh. Dengan muntah sana sini, nak pakai skincare? Cuci muka pun pikir 2-3 kali, masuk toilet untuk muntah, bukan cuci muka. Luls. 

Satu lagi, dua ni untuk bantu tambah darah. Caza tak dapat makan, makanan berkhasiat sepanjang trimester pertama. Sepenuhnya bergantung pada vitamin untuk ibu hamil. 

Alhamdulillah bacaan HB Caza cantik! Walaupun Caza kaki muntah & kurang makan atau tak makan sangat pun sebenarnya huhu
Jadi kesimpulannya untuk trimester pertama, Caza fully consume masa ni :-

  • Performance Drink
  • Vitamin C
  • B-Complex with Acid Folic 
  • Iron


Semua ni jenama Shaklee, kecuali Iron Caza amek sekejap, dari KK. 

Trimester Kedua

Bulan kegembiraan


Wah. Masuk bulan baru. CAZA manyiak happy! Haha. Caza dah boleh makan. Makan manyiak-manyiak sikit je muntah. Tak uweek tahap giga cam dulu. hehe


Shaklee Melaka
Waktu ni baru nak ada selera sikit lepas 3 bulan. Request dekat suami nak makan Mee Kolok Dayang Corner dekat Sungai Besi. And guess what? Tak habis pun makan! Balik rasa nak muntah sikit haha
Dah boleh amek ESP tapi campur Performance Drink bagi macam rasa yogurt oren masam-masam gituw.

Vita-Lea semua Caza dah boleh amek. Dah tak muntahkan balik Vita-Lea cam sebelum ni. Caza happy sebab Caza dah kawan balik dengan ESP & Vita-Lea, hehe. 

Kulit pun makin okay. Orang kata seri ibu mengandung, padahal asbab ibu konsisten Vitamin ibu Hamil ler! Hehe. Kalau tak amek, dengan pemalas namatey takde mood dab dab night cream la segala jenis cream, tah pape je la muka. Seri ibu sangat.

Berat Caza naik sikit-sikit, tak mendadak. Alhamdulillah. Tapi, Caza kena minum gak air gula. Sebabnya masa trimester pertama, Caza check up dekat tempat lain. Trimester kedua, kat tempat lain. 

Jadinya yang baru ni consider berat naik. Walaupun masa trimester pertama berat turun terukks. Kira cam, yang tempat baru be like.. "Ada aku kisah?"
Kalau tempat dulu, punyalah happy masa last haritu check up naik sikit. Haha. So, minumlah air gula. Alhamdulillah bebas GDM. ️

Masa trimester kedua ni Caza consume semata Shaklee. Tak amek dah KK. Nurse and doctor pun suka sebab buku merah Caza cantik. Dari bacaan darah, urine, semualah! Semua puji, alhamdulillah. Hewhew.

Masa trimester kedua ni, Caza terus ajak boss gi hiking, mandi air terjun, jalan sana sini hahahaha. Feeling energetic sangat. Qada' masa trimester pertama. Haha



Kesimpulannya masa trimester kedua, ibu fully consume


  • ESP
  • Performance Drink
  • Vita-Lea
  • Vitamin C
  • B-Complex with Folic Acid 


Caza jarang-jarang amek Ostematrix. Ostematrix ni pil kalsium. Caza amek bila perlu je. Terutama bila rasa badan penat. Ostematrix ni bantu Caza legakan urat belikat semua.

Trimester Ketiga


Makan, makan, dan makan

Masa ni Caza dah mula add on Omega Guard. Untuk perkembangan otak Zehraa.


testimoni set hamil shaklee
Waktu ni ENAM bulan pregnant. Orang tegur cakap tak macam pregnant. Perut tak besar pun, haha. Perut keluar is aurat so tutuplah aurat itu taw kawan-kawan. Biar tak nampak, takpe.

Caza ada terbaca, beza bayi yang ibu dia konsisten Omega-3 vs tak. Hasil kajian tu, bayi yang ibu dia konsisten Omega-3, bayi tu bayi yang cepat tangkap dan lebih cergas berbanding bayi yang ibu dia tak amek Omega-3. Wallahualam.

Caza jadi makin ligat. Sampai orang pelik, betul ke dia pregnant ni.

Ada sekali je la masa trimester ketiga ni, Caza kena cramp. Tak penah-penah, kena. Sekali ada satu masa tu ibu drive dari pagi sampai malam. Buat kerja ibu la. Masa tu gi kelas Shaklee sekali haritu, malam tu letih, tak sempat nak amek Ostematrix. Atau sebenarnya sebab dah letih, malas nak amek. Hahaha. Tidur pun tak sedar bila lelap, letih gila masa tu. Hehe. Sekali tu la kena cramp :)

That's why standby je Ostematrix ni.

Inilah, serba sedikit pregnancy journey Caza. Caza tak banyak masalah sangat kecuali masa trimester pertama je la alahan teruk. Alhamdulillah, Caza bersyukur jumpa dengan Set Hamil dari Shaklee.

Memang pregnancy journey Caza penuh dengan bunga-bunga cinta! Alhamdulillah. Demam, selesema apa semua alhamdulillah takde sepanjang pregnancy. :)

Ok, sekian write up ringkas ni :)
.
.
.

.
Caza kengkadang sedih & kesian, bila lalu banyak sangat dekat timeline ibu, kawan-kawan & kenalan ibu yang sama mengandung cam ibu, mengadu kena warded la, HB rendah, lesu, letih, macam-macam!

Ada yang Caza approach, PM & suggest-kan apa yang Caza makan. Ada yang terima, ada yang tolak. Ada yang siap ingat Caza sengaja promote sebab nak untung. Kelakar, ok. Yela maybe sebab Caza tak penah obviously tunjuk yang Caza tengah pregnant. Malas nak obvious sangat. Dah beranak, bolehlah cerita lagi best sikit! Sebab dah settle beranak.

Ok, next inshaAllah nanti Caza nak share pengalaman Caza berpantang & breastfeeding journey powered by Shaklee pulak. Teringat ayat nurse masa lepas bersalin haritu, "Syaza, awak makan Shaklee kan. Susukan anak sampai dua tahun yea,"

Rasa cam amaran pun ada bila ingat balik. hihi. Baiklah nurse.

Terima kasih sudi baca! Semoga bermanfaat & selamat menjaga bayi dalam kandungan! Take care taw :)


Zehra

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")