Tuesday, 31 July 2018

Monday, 30 July 2018

Sunday, 29 July 2018

Saturday, 28 July 2018

Thursday, 26 July 2018

Wednesday, 25 July 2018

Tuesday, 24 July 2018

Monday, 23 July 2018

Sunday, 22 July 2018

Saturday, 21 July 2018

Cinta, Kasih dan Sayang

Cinta, satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Apabila kita dah cinta akan sesuatu, segala tentang perkara atau diri orang yang kita cinta sentiasa membahagiakan kita. Apa-apa yang menyebabkan kesedihan akan sesuatu yang kita cintai, maka kita juga turut bersedih hati.

Maaflah, jiwang karat sikit post kali ni. Actually, jiwang tu yer, tapi karat idok yer, haha! Ni jiwang fresh dari ladang.

Cinta Allah

Cinta yang Syaza maksudkan ni, ada banyak taw. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada makhluk, cinta pada kerja. Eh, macam-macamlah! 💘

Masa kita kecik-kwxik dulu, pernah tak kena marah dengan mak? Mestilah pernah, kan. Takkanlah tak pernah. Melainkan kalau baik macam malaikat-lah. Yang tu confirm tak kena marah. Sejuk perut mak mengandung. Dah, tak payah berangan. Confirm kecik dulu rajin kena marah dengan mak. Bukan korang-lah, tapi Syaza ni ha. 😅

Lepas kena marah, biasanya ada satu statement yang akan keluar dari mulut mak,

"Mak marah sebab mak sayang. Mak tegur sebab mak sayang. Kalay mak tak sayang, mak tak peduli, mak biarkan je apa kau nak buat, lantak kau,"

Ya, betul. Ada logiknya di situ. Kita, manusia ni, bila kita dah peduli tentang sesuatu, bermakna kita sayang! 

"Mak marah sebab mak sayang," (ouchh, tocuhed coz I've daughter too :'))
Same goes to Allah, pencipta kita, pemilik segala kasih sayang, Ar-Rahim Ar-Rahman, Yang Maha Penyayang dan Pengasih, Allah. Bila Allah dah cinta pada kita, dah kasih pada kita, apa kita nak, semua Allah boleh bagi Anytime, cakap je. 😀

Nak taw tak?

Pernah tak korang terfikir why orang yang kafir, yang bukan Islam, yang buat jahat, minum arak togak sana sini, tak ikut perintah Allah, LGBT, pondan, lesbian, gay segala tok nenek yang senang cerita perbuatan tu tak mencerminkan suruhan Allah, taaapi, Allah bagi rezeki melimpah ruah pada golongan macam ni? 😟

Panjang juga ya soalan atas ni, hihi

Sebabnya, Allah tu Maha Penyayang. Allah sayang semua, tak kiralah jahat mana pun korang rasa di mata korang dia tu. Tapi disebabkan Allah tu Maha Sayang pada seluruh hamba Dia, so Allah beri je la. Apa susah, after all seluruh langit dan bumi ni milik Allah. 😎

Tapi, ingat! >.<

Allah hanya Maha Pengasih kepada orang beriman. Kasih ni, bila dah tercurah, kita akan pandang dia je. Betul tak? Macam kita, contohnya kan, ada dua orang ni kita duk fikir mana satu nak buat suami. Dua-dua sayang. Tapi, ada satu je yang kita kasih dan sayang dia. Dan yang tu yang kita akan pilih dia.

Allah, bila dah kasih dan sayang, bila mai part Allah beri rezeki contohnya kekayaan, untuk mereka yang Allah dah kasih dan sayang tadi ni, kekayaan itu adalah kekayaan yang berkat! Means what? Measn, bila orang tu kaya, orang tu lagi dekat pada Allah. Orang tu lagi rajin sedekah, lagi rajin solat malam, lagi rajin bersyukur, lagi rajin amal ibadat, lagi merendah diri, semualah! MasyaAllah

Syaza bagi contoh Nabi Sulaiman (manusia terkaya di alam, Nabi Sulaiman pernah berdoa Allah kurniakan baginda kekayaan yang tidak akan ada lagi orang selepas baginda dengan kekayaan sepertinya). 

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكاً لَّا يَنبَغِي لِأَحَدٍ مِّنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Katanya: "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."

Surah Saad : Ayat 35

Jadi siapa yang rasa dia terkaya di abad ini, percayalah, tak kaya pun. Biasa je. Yang paling kaya ni, Nabi Sulaiman. Malah pakej mukjizat baginda boleh cakap dengan haiwan, jin, semualah! Fuh. Nak cerita bab sirah ni, panjang. Kesimpulannya, Nabi Sulaiman ni kaya, tapi ada baginda sombong, angkuh, riak? Takde. Malah baginda siap berdoa minta Allah jadikan baginda dalam golongan bersyukur. Allag kasih dan sayang pada baginda, dan bila Allah kasih dan sayang, Allah takkan biarkan hambaNya dalam kelalaian sekalipun setelah di beri nikmat melimpah ruah.

وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ 

Maksudnya : Dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". 

Surah Al-Naml : Ayat 19

Kemudian, contoh lain adalah sahabat Rasulullah saw sendiri iaitu Abdul Rahman bin Auf. Abdul Rahman bin Auf ni, kaya taw. Saaangat kaya, Dan beliau pandai berniaga. Ada kisah tentang kejayaan beliau dalam perniagaan yang buatkan beliau ni sangat bijak dalam buat untung meniaga dan kaya. Tapi adakah kekayaan itu butakan lagi mata hati beliau? Tidak sama sekali. Kaya, dan seluruh kekayaan diinfakkan di jalan agama Allah.

Selain itu, contoh paling awesome semestinya isteri tercinta Rasulullah saw, Saidatina Khadijah ra. Subhanallah, Saidatina Khadijah merupakan wanita terkaya pada zaman itu. Wanita beb! Woman power . (sekius me, I am not feminist ok, hiks). Tapi, adakah kekayaan tu makin memesongkan hati Saidatina Khadijah? Tidak! Malah beliau merupakan yang pertama memeluk Islam dan bersama baginda Rasulullah saw. 💕

Nah, kerana apa? Kerana Allah kasih dan sayang. Maka, bila kombo pakej ni ada, Bahagialah hidup kita. Yang dok kaya saja tapi hidup makin lama, makin sempit. Kaya, duit banyak, tapi orang menyampah, orang tak suka. Ada je orang dengki. 😢

Amboi, campak duit. Tak maw dui tu, meh, bagi saya. 😆
Ada pulak yang makin kaya, makin leka. Makin lagak tunjuk kekayaan, kemaksiatan. Dengan bangga tunjuk boleh gi Miami , Italy masuk kelab sana sini, togak arak. Duit banyak, tapi beli baju yang kain sikit. 😕(kaya ke miskin sebenarnya taktaw la)


Sebab apa? Ni nama lain dia, istidraj. Allah sayang, kita usaha untuk dapatkan sesuatu, jadi Allah sayang dan AllahMaha Adil. Kita usaha, kita dapat, Allah beri. Tapi at the other side, kita belum berada dalam kasih Allah pada kita.

Jelas tak apa yang Syaza nak sampaikan ni? Dah rasa bagi tazkirah ni hehe. Kita sama-sama beringat. Aim kasih dan sayang Allah pada diri kita. Bila Allah dah kasih dan sayang, semua kita boleh dapat. Dan yang paling kita mudah dapat adalah ketenangan hati serta kelapangan dada.

Dua ni terlalu precious! Hati bila dah tenang, dada bila dah lapang, MasyaAllah nikmatnya. Minum air kosong pun rasa nikmat. Actually I dah haus ni dok bagi tazkirah ni, air mana air? 😍

Syaza akhiri artikel perkongsian kali ni dengan sebuah hadis. Cinta yang ini pergh memang da' bomb, da' best! 💖

Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”

(HR Bukhari No: 15)

Salam Ceria dari Syaza. Nak order Shaklee, boleh dapat harga kasih sayang, dengan membership. Hihi
Continue Reading

Friday, 20 July 2018

Thursday, 19 July 2018

Monday, 16 July 2018

Set Hamil Shaklee dan Fungsi


                                                                        Image result for pregnant

Hai, assalamualaikum Mommies semua! Wah tahniah ya di atas berita pregnancy kali ni. Bagi yang kali pertama mengandung, beribu tahniah Syaza ucapkan. Perasaan teruja nak menjadi seorang ibu sentiasa meluap-luap. Nak rasa anak tendang dalam perut, nak scan anak, nak tahu perkembangan anak. Ah, excitednya!

Continue Reading

Saturday, 14 July 2018

Friday, 13 July 2018