Sunday, 22 July 2018

10 Tips Fokus

It is not how smart you are, it is how are you smart.


Pernah tak kita rasa asyik terlupa tentang sesuatu perkara?

"Eh macam pernah jumpa dia ni,"
"Jap, nama awak siapa ye? Saya dah lupa,"
"Alaa, terlupalah!"
"Erm, tak ingat plak,"

Pernah tak? Rasa macam short term memory lost sekejap. Sebenarnya benda macam ni nampak remeh kan? Hakikatnya, tak remeh! Kita perlu ambil serius. Sebabnya memori ni ada dua jenis.

Dua jenis memori
  • Yang di latih
  • Yang tak di latih

Kita perlu latih memori dan otak kita supaya kita lebih fokus dan memori kuat atau nama lain dia kuat ingatan. 

Jim Kwik merupakan CEO bagi Kwik Learning dan merupakan pakar dalam bidang memori serta yang berkaitan dengan otak telah senaraikan 11 Rahsia Tips Penting untuk memori yang lebih baik.

1. Makanan Otak

You are what you eat.

Bentuk Walnut Menyerupai Bentuk Otak Kita
Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang kita ada. Pilihlah makanan yang terbaik untuk kesihatan otak seperti walnut, blueberries, kekacang, avocado, salmon, sayuran berdaun hijau dan telur. Pengambilan makanan yang kaya untuk kesihatan otak membantu kita untuk lebih fokus terutamanya jika kita mengambilnya di pagi hari ketika sarapan. 😁


Syaza pilih setiap pagi, mulakan breakfast dengan Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee. Memang antara manfaat dia adalah untuk memori yang lebih baik, tenaga serta lebih fokus sepanjang hari. 💓

2. Bunuh ANTs

Semut? Bunuh semut? Eh tak, bukan semut. ANTs adalah singkatan untuk Activated Negative Thoughts. 😄

Otak kita sering mencuri dengar apa yang kita selalu katakan pada diri sendiri atau self-talk. Di sini, peranan subconscious mind dah bermula. Jika kita fikir positif, kita akan menarik yang positif. Begitu juga sebaliknya.


Bunuh semua jenis fikiran negatif untuk latih otak serta memori kita lebih fokus. Rajin cakap benda baik pada diri. Antaranya, Syaza suka cakap pada diri, "You can do it, Syaza!" 👍👏

Ceh padahal selalu cakap, "Syaza cantik, emang syantik," Hahaha

3. Senaman

Apa yang baik untuk badan, adalah baik untuk otak. Senaman memberi kita kesegaran dan ketenangan serta lebih mengajar kita untuk lebih fokus.

Burpees : My Favorite Senaman
Syaza suka senaman jenis HIIT. Selain rasa fresh, senaman ni cepat kurus taw! Bukan kurus saja-saja tapi body kita lagi cantik. 💞

4. Nutrien Otak

Adalah mustahil kita mampu mendapatkan SEPENUHNYA nutrien penting dari makanan harian. Maka, yang terbaik adalah memilih untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin seperti minyak ikan Omega-3, vitamin B. Dua ini antara yang terpenting bagi memori dan kesihatan otak yang lebih baik.

Everyday, Syaza akan consume Omega Guard dan B-Complex dari Shaklee. Omega Guard ni sumber Omega-3 dan B-Complex adalah vitamin B. 👱

Omega Guard Syaza. Nampak tak, siap ada nama tu, Haha!
As Jim Kwik cakap, dua ni memang antara nutrien penting untuk otak. Ada customer orang lain, dia amek Omega Guard Shaklee ni sebab, dia jenis lembab atau kata lainnya lambat pick up.

shaklee melaka
Kebetulan dia kerja di syarikat Jepun yang nak laaaaju saja. Dia rasa dia seorang yang gagal sebab lambat pick up dan itu yang dia try Omega Guard tu alhamdulillah membantu sangat untuk memori dia yang lebih baik! 👍

5. Pilih Kumpulan yang Tepat

Jim Rohn berkata, siapa diri kita adalah bergantung kepada lima orang manusia yang kita rapat dan selalu dengannya.

Adakah kumpulan atau kawan kita hari ini mereka yang menyokong, membawa kita ke atas, menarik kita ke arah kejayaan, mengajarkan perkara yang berfaedah, dan berbincang yang positif? Atau sebaliknya? 👥

Kumpulan yang tepat dan kawan yang tepat adalah kunci rahsia bagi mendidik memori dan otak kita untuk lebih fokus dan baik.

I love my Maestros, OPE dan DEG Shaklee group. Ampa memang awesome! Mereka saja-lah tempat Syaza hang out selalu hihi

6. Persekitaran yang bersih

Semestinya! Apabila sekeliling kita bersih, kita akan kurang serabut. Bayangkan buat kerja di atas meja yang bersih dan kemas, selain dar beri semangat untuk bekerja, memori kita akan terlatih untuk lebih fokus.

Ok, jom kemas meja sekarang. Syaza ni jenis buat kerja sepah sana sini sikit. 😅

7. Tidur

Tidur membantu untuk mengelakkan penyakit nyanyuk kerana tidur ini umpama kita memberus gigi. Kita membuang plaque tidak penting dalam otak dan hanya membenarkan perkara tertentu sahaja untuk bermain di dalam otak.


Selebihnya akan hilang bila kita tidur dan terus hilang lepas bangun dari tidur. Pernah rasa, bila ada masalah kita ingin tidur untuk melupakannya?

Dan ya, kita benar-benar lupa dan lebih fresh selepas bangun dari tidur. Syaza la ni, kalau stress, tidur sekejap, lepas tu freshh sangat! 💗

8. Lindungi Otak (Luaran)


Gunalah helmet untuk kesihatan kepala anda. Make sure kereta ada air-bag semua. Ini untuk elakkan dari kalau kemalangan, reduce brain injury kita. 😁

9. Belajar Benda Baru

Kajian menunjukkan, mereka yang hidup lebih lama adalah mereka yang sentiasa belajar dan belajar. Bila kita sentiasa belajar, sel-sel otak akan berhubung dan kita rajin berfikir sekaligus melatih otak untuk fokus.

Siapa yang minat tengok drama bahasa asing, bolehlah mula belajar sikit-sikit bahasa mereka. Sebab ni juga cara paling best untuk buat sel otak berhubung! 😄

10. Kawal Stress


Siapa kat sini masa dia stress dia lagi bersemangat dan fokus? Tahniah. Coz you manage your stress well. Sedih boleh, stress boleh, tapi jadikan tu semua benda tuk lagi menggila untuk sesuatu (bergantung gak la benda apa yang di-stress-kan tu).

Contoh stress tak reti masak. Belajarlah. Takkan nak stress seumur hidup pastu sampai tahap meroyan wuwuwuw ku tak reti masak what to do aku tak guna huhu. Belajar. dan belajar terima dulu kekurangan diri kita supaya kita boleh keluarkan kekuatan kita to the max. 

Syaza share dekat bawah, full video tentang rahsia dan tips memori lebih baik dari Jim Kwik. 


Jom kita amalkan semua tips fokus ni untuk memori dan fokus yang lebih baik! 

8 comments:

  1. terima kasih berkongsi, info yang bagus nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Aryan :) semoga bermanfaat ya

      Delete
  2. Nak tingkatkan fokus kena betul caranya kan,..kalau tidak cepat je fikiran tu melencong ke arah lain.

    ReplyDelete
  3. Shaklee mmg bagus. Masa pregnant kfiza minum ESP tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kita geng. masa tu pregnant nombor berapa kfiza? :)

      Delete
  4. Tidur is very helpful. hahaa. Thank you for sharing these tips sis!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")