Tuesday, 24 July 2018

Dating with Emak

Hai semua! Assalamualaikum. Salam ceria dari Syaza 💋💕💓



Minggu ni suami Syaza outstation ke Johor. Memandangkan rumah mak Syaza di Johor, maka, kami alang-alang menyeluk pekasam ke rumah mak. I am so happy! Yela, siapa tak happy kan jumpa mak. Dahlah Syaza ni sejenis rapat dengan mak. Dah jadi mak orang pun still rapat sangat dengan mak! Hehe


Setiap kali balik waktu suami outstation, dapat peluang dating dengan mak. Pagi suami kerja, kita dating dengan mak. Teman mak keluar, belanja mak makan. Jap! Mesti ada yang tertanya-tanya, 

"Syaza ni tak kerja ke?"
"Hari kerja kot dating dengan mak, cuti kerja ke?"

"Wah bahagianya ikut suami outstation sana sini, kerja macam mana?"

"Eh, belanja mak makan guna duit suami mintak macam mana?"

First, Syaza kerja dari rumah. Syaza fulltime Shaklee Business. Nak keluar dating dengan mak pun best, belanja mak pun best! Kita ada duit sendiri, syukur alhamdulillah. Walaupun boleh je kan nak mintak dengan suami, tapi itu mak kita, lagi puas kalau guna duit sendiri, boleh berbelanja sesuka hati, hahaha. Eh takdelah sesuka hati sangatkan sampai tahap membazir! hehe

Asalkan boleh membahagiakan mak, dah happy sangat. Antara tips nak rezeki lancar adalah dengan membahagiakan keluarga kita. Panjang pulak membebel-nya kan, hehe. Anyone yang berminat nak buat bisnes dengan Shaklee boleh inform Syaza kat 0187684817 ok. Zero modal. Jadi ahli je, terus boleh menjual. Jom cerita tepi siapa nak join tu taw. 

Boleh belanja family kita puas-puas dengan duit sendiri! :)

Second, time freedom. Suami Syaza jenis kerja ke sana sini. Syaza pulak sejenis clingy wife. Mestilah nak ikut! Bisnes ni kerja yang fleksibel, bisnes kan, kita boleh buat di mana atau bila masa sahaja. Jadi, dengan bisnes Syaza ada time freedom boleh ikut je suami gi mana-mana. Tak terikat dengan kerja dan at the same time ada duit sendiri. Now, aim untuk berhentikan bos suami kerja. Once Syaza dapat hit 5 angka income bulanan, I will resign my husband's boss. Wait aa boss suamiku hehe 👀

Please doakan impian Syaza taw! Amin, Syaza bakal hit 5 angka income dan resign-kan boss suami Syaza, amin ya rabbal alamien. Tq semua :)

23 July 2018


Nak dijadikan cerita, 23 July semalam birthday adik Syaza. Adik yang lelaki nombor tiga. Bakal berkahwin Ogos ni, inshaAllah. Jemput semua :)

Awal pagi tu, Syaza keluar dengan mak, adik bongsu (perempuan) dan anak Syaza. Drive kereta mak. Syaza yang drive, bagi mak rehat kali ni. Adik bongsu tu baru nak ada lesen, so next time kita bagi dia yang bawak! Hehe



Adik bongsu Syaza demam. Pagi tu kami hantar dia ke klinik untuk dapatkan MC coz dia tak larat nak kerja dan kena dapatkan MC. Sat gi kena pecat pulak! So, kami ke Klinik Yoga deretan Giant Taman Intan Kluang tu.

Lepas balik dari klinik, adik mengadu lapar. Mak pulak nak belikan kek untuk adik lelaki. Syaza cadangkan,



"Jom makan Secret Recipe!"

Boleh beli kek sekali. Adik Syaza ulser. So, kami suruh dia makan yang sup-sup. Tapi dia pilihnya Tomyam. Pedassss tomyam Secret Recipe. Tak habis pun. Bungkus bawak balik. Baliknya, mak yang habiskan.


Syaza mintak mak pilihkan kek untuk adik, mak pilih kek ni. Yummy!

Mak suka aiskrim. Tapi tak boleh selalu ye mak, sekali sekala takpe. Ni mak yang suruh nasihat mak sama hehe
Tengok, dak cik ni pun nak makan sama. Syaza order sekali Mocha Blast! Yum yum
Sesi potong kek selepas surprise tak jadi. Nama adik Syaza, Omar. Dia pakai baju bestfriend dia tu -_- Happy birthday, Omar yang ke 23 tahun. Kakak sayanggg Omar :)

Tengah dok date, dapat WhatsApp dari regular customer Syaza nak risik order Set untuk saraf dan sendi dari Shaklee. Syukur alhamdulillah. Betul kata Ustaz, nak rezeki laju, bahagiakan orang terdekat, inshaAllah deras! :)

cod shaklee melaka

 24 July 2018

Pagi, mak ada urusan sikit. Jadinya kami keluar sebelah petangnya. Awalnya plan nak ke Festival Thai, tapi tak sempat. Dah lewat sangat. Petang tu gi kedai baby jap, konon nak cari tilam stroller, tapi katanya orang kedai tu (promoter), tak ada.

Takpelah, cari kat Melaka je ler hehe.

So, teman mak shopping barang dapur. Mak kata nak cari sos je tapi tadaaaa! Satu troli penuh hehe, siapa macam mak Syaza? Mula cakap nak sikit barang tapi dah lalu, habis semua nak dibelinya. Siapa macam ni jugak? 🙋

Penuh satu troli. Sos-nya kat hujung bawah tu tersorok hehe
Dan sambil shopping dengan mak, customer baru WhatsApp nak Herblax Shaklee sebab ada masalah penghadaman. Dah dua kali jumpa doctor dan now nak try ikhtiar dengan Herblax. Lima hari tak membuang aka berak! Allahuakbar. Terseksa ok. Sehari tak berak pun rasa tak selesa ni pulak lima hari. 😕😓

Herblax ni pulak memang fungsi dia KHAS untuk masalah macam ni. Dan tak boleh makan selalu taw. Amek bila perlu je. Antaranya bila susah berak tu, ha boleh amek. Then lepas dah ok, simpan sekejap. Tapi ada customer Syaza yang amek everyday taw. Sebabnya memang dia sejenis susah buang air besar. 💗

cod herblax shaklee melaka
Order Herblax untuk masalah sembelit


Syukur, alhamdulillah.
💓 Date with mak and adik
💓 Sambut birthday adik walaupun surprise tak jadi
💓 Happy-kan mak dan family
💓 Bisnes fleksibel maju jaya :)
Thanks Allah untuk dua hari yang awesome! 
Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817


1 comment:

  1. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")