Thursday, 19 July 2018

Jalan-Jalan 3D Art Museum Melaka

Unplanned visit.

  • Tarikh : 11 July 2018
  • Hari : Rabu
  • Waktu : 8.30 pm (Last admission 9.00 pm)
  • Tempat : 3D Art Museum, Melaka
  • Total Cost : RM 68/2 Pax Adult Tix
Asalnya, plan nak balik Kluang, hari Rabu tu. Kebetulan esok, Khamis husbaby kita outstation kat Senai. Jadi, balik Kluang sekejap. Kluang tu kampung I. Hehe. Tapi kisahnya, belum gerak lagi even dah malam waktu tu.
Ibu tumpang sekaki pose dengan benda mainan ni
Saja ajak husbaby jalan-jalan kejap cari mainan Zehraa dekat ToyRus area Mahkota Parade. Padahal kedainya dekat Dataran Pahlawan Mall! Haha. Ni la sebabnya jadi orang Melaka 'celup'. Bukan original sini. 

cod shaklee melaka
Antara mainan baru Zehraa tapi ni bila dekat kedai mibaso (?). Entah, lupa. 
And then, masa jalan dah siap beli dah pun mainan untuk Zehraa tu, tiba-tiba, jeng jeng jeng...

Syaza nampak 3D Art Museum ni. Awalnya nampak yang tempat amek gambar yang free depan museum tu. Apa lagi, Syaza mintaklah husbaby merangkap photohrapher amekkan gambar hahaha. Excited, ok. Lepas tu, Syaza pulak amekkan gambar beliau.

COD SHAKLEE MELAKA
Ni gambar dekat tempat free tu, dekat bahagian luar dia
Macam biasa, lepas amek gambar tu, husbaby complaint gambar yang Syaza amek tak lawa! Haha. Diakui. Beliau amek gambar lawa. Syaza, so-so je. Hihi. Itu yang kalau gambar untuk marketing Shaklee, Syaza prefer beliau yang amekkan.

"Abang, jom masuk nak!"
"Jomlah, tapi taknak balik Kluang ke?"
"Masuklah dulu, baru fikir,"

Begitulah ceteknya pemikiran seorang isteri. Masuk dulu baru fikir, haha! Syaza pun masuk dengan jakunnya, dan survey ticket RM 34/seorang. Zehraa percuma, sebab bawah 3 tahun, free je. Lepas survey, kami solat Maghrib jap.

Then after settle solat, Syaza tanya sekali lagi husbaby, confirm tak? Beliau kata ONZZZZ. Lalu kami pun kembali ke 3D Art Museum itu. 

"Total RM 68, Encik,"

Settle bayar, baru husbaby bagi tahu rupanya beliau ingat yang RM 34 tadi untuk dua orang! Hehe. Itulah, tak baca betul-betul. Wakakaka. Syaza rasa dah notify dah each RM 34. Then bermulalah episod kami amek gambar.

Masa permulaan tu Zehraa still dalam baby carrier lagi, Baba dia dukung. Ibu dia-lah sakan amek gambar. Tapi so sad, Baba cakap Ibu tak reti 'berlakon'. Bukankah itu satu kelebihan kerana trang tang tang daku ini bukan sejenis pura-pura sayangku? Haha

cod shaklee melaka
Ada nampak reti tak macam berlakon nak tolak paus tu masuk dalam balik? 
Ciskek betul. Suka hati je taw cakap orang tak reti 'berlakon'. Yela, kan ni 3D. Ada fews tempat tu kena buat memek muka-lah. Macam muka nak jatuh ke, nak tergolek ke. Ni tak, Syaza senyum je reti.

Entahlah, sebab happy sangat kot dapat masuk, hehe, First timer! Dengan suami and anak pulak tu. Korang nak taw tak, heaven gila masa ni! Tak ada orang langsung. Tak perlu beratur, kami anak beranak je dalam tu HAHAHA

Masa tengok artwork ni terus terfikir yang kisah laut terbelah masa zaman Nabi Musa Alaihissalam tu. Baba with Zehraa dalam carrier tu. Nampak tak, habis semua beg angkut Baba pegang hihi
Pergh rasa bahagianya boleh pose banyak kali. Tengah-tengah dok pose tetiba husbaby kata nak buang air kecil. Dalam tu takde toilet. Haha. Mujur boleh keluar dan masuk balik. Last-last tu baru amek gambar Zehraa keluar dari baby carrier sebab dia dah mengamuk taknak duduk dalam tu.

Zehraa be like, "Ibu!!!! Lama lagi ke amek gambar, Zehraa nak jugak,"

Bersungguh Ibu, gagah jugak nak amek gambar Zehraa. Ala tapi Zehraa-nya tecik je tu pun, hihi
Eh, betul, lepas keluarkan Zehraa dari carrier, amek gambar dia, bukan main renyih lagi taw dia dekat kamera! Hehe. Pandai je taw Zehraa ni. Settle amek gambar, kami balik. Masa tu nak dekat jam 9.30 pm. Dalam sejam jugalah kami dalam tu amek gambar saja. Gambar bertiga tak ada. Ingat nak angkut akak kaunter tu follow kami so that boleh amek gambar kiteorang. Tapi beragaklah kannn! Hehe

Unplanned visit, macam ni la, even tripod pun tak bawah. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah for the day. 


Zehraa sayang, andai satu hari nanti Zehraa berada di tepian gaung begini, sila berhati-hati, jangan dok selfie je taw hihi (kemain dia pandang kamera)



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")