Tuesday, 31 July 2018

Spina Bifida - CARA ELAK, Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

Spina Bifida, merupakan mimpi ngeri bagi setiap ibu terhadap anak mereka. Walaubagaimanapun, majoriti ibu mengambil remeh akan kehadiran spina bifida ini. Kali ini, Syaza akan cuba untuk sama-sama kongsi ilmu tentang spina bifida khas bagi ibu-ibu sekalian.


Apa itu Spina Bifida?


Kecacatan pada tulang belakang yang merupakan bahagian saraf tunjang. Mengakibatkan lumpuh di bahagian pinggang dan ke bawah dan kadang kala spina bifida memberi kesan lambat dalam proses belajar.

Sewaktu bulan pertama kehamilan, janin mula membentuk struktur tisu yang dikenali sebagai neural tube. 

Struktur inilah yang perlahan-lahan berkembang kepada tulang, saraf dan tisu lainnya. Akhirnya membawa pada pembentukan sistem saraf, ruang tulang belakang dan sistem sokongan di sekeliling saraf.

Bagi spina bifida, neural tube dan ruang tulang belakang tidak membesar dengan sempurna. Tulang belakang tidak membentuk rapat sempurna.

Sebuah benjolan terbentuk di bahagian belakang sejurus membran dan saraf tunjang terbentuk. Benjolan ini sama ada dilapisi meninges atau membran.

Simptom

Bayi yang dilahirkan dengan spina bifida :
  1. Lemah atau lumpuh kaki
  2. Lemah sistem perkumuhan
  3. Kulit sensitif
  4. Cecair cerebronospinal (CSF) terbentuk yang mungkin membawa pada kerosakan otak
Sistem saraf juga terdedah kepada jangkitan dan sebahagiannya akan mengancam nyawa. CSF adalah cecair yang mengalir melalui kaviti di dalam otak dan juga di sekeliling otak serta saraf. Jika terlalu banyak CSF, ini akan membawa kepada hydrocephalus, tekanan ke atas otak dan akhirnya kerosakan otak berlaku.

Cara Mengelak Spina Bifida

Mengambil ASID FOLIK seawal 3 bulan sebelum merancang hamil dan di awal kehamilan hingga trimester akhir. Bahagian paling penting adalah di sebelum serta di awal kehamilan. Kerana, waktu itu adalah waktu paling kritikal di saat baru nak terbentuknya struktur tisu yang menentukan ada atau tiada kehadiran spina bifida tadi.
set hamil shaklee melaka
Klik di sini untuk order B-Complex with Folic Acid dari Shaklee (sebotol untuk penggunaan 4 bulan)

400 mcg ASID FOLIK setiap hari adalah langkah paling berkesan bagi mengelakkan spina bifida berlaku. Kajian menunjukkan sekiranya wanita yang sedang hamil mengamalkan multivitamin dan vitamin B asid folik, risiko spina bifida menurun sebanyak 70%! :)

vita-lea shaklee
Klik di sini untuk order Multivitamin dari Shaklee (sebotol untuk penggunaan 2 bulan)
ASID FOLIK adalah sejenis vitamin B yang larut air dan tidak di simpan di dalam badan manusia. Oleh itu, adalah sangat penting bagi wanita mengamalkan ASID FOLIK ini bagi mengurangkan risiko kecacatan saraf ini.


Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817 (Touch to Wassap)
COD Shaklee Melaka | Pos Seluruh Malaysia

Order Shaklee di sini



2 comments:

  1. ilmu baru utk saya terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. bleh amalkan asid folik before rancang pregnant anies :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")