Monday, 30 July 2018

Tips Jenis Makanan Kulit Sihat - Luar dan Dalam


Kata pujangga berkata, "Kita adalah apa yang kita makan,". You are what you eat. Kata-kata ini sememangnya benar. Apa yang kita makan akan diterjemahkan melalui kesihatan kulit kita sama ada berseri atau pun kusam.
Seorang Ahli Nutrisi - pakar dalam nutrisi pemakanan dan tabiat pemakanan, Barbara Mendez berkata, "Bagi mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, kita perlu pastikann apa yang kita makan baik untuk kulit!" 


"Maksudnya, pemakanan yang termasuklah dalamnya makanan penuh nutrisi dan jika perlu, singkirkan yang lain dari jenis tidak berkhasiat untuk kulit," sambungnya lagi.

Jadi, di sini disenaraikan tips bagi mencapai kulit yang lebih sihat dan cantik - yang bermula dari dalam.

1. Minum Air Secukupnya

Di samping sunscreen, air wajib kita jadikan sebagai BFFTJ (Bestfriend Till Jannah~) untuk kulit kita. Air adalah keperluan asas untuk kesihatan kulit. Bukan sahaja air ini membantu memberi kulit untuk lebih segar, malah ia turut membantu dalam menyingkirkan toksin keluar dari badan dengan berkesan. 

minum air banyak kulit cantik
Tips tambahan : Tambahkan timun atau lemon ke dalam minuman kosong masing-masing untuk menambahkan lagi keserian kulit.

World Health Organization (WHO) menyarankan agar kita minum air berdasar pada berat badan iaitu setiap 25 kg berat memerlukan 1 liter air.

2. Elakkan Sumber Tenusu

Bagi kita yang sedang mengalami masalah jerawat, kita harus tahu, bahawa produk tenusu antara jenis makanan yang wajb dielakkan. 
susu dan jerawat
Antara jenis produk tenusu : Cheese, Susu.

"Produk tenusu menganggu sistem pencernaan seseorang dan akhirnya menghasilkan toksin (najis tak dikeluarkan dengan baik) dan beri kesan pada kulit,"
Barbara Mendez - Ahli Nutrisi Pemakanan

3. Tambahkan Jus 'Hijau'

Pernah dengar dengan Jus Pegaga? Jus Bayam? Jus sebegini sangat membantu menaikkan lagi keserian wajah. 
Jus Hijau sangat baik untuk penghadaman dan kulit cantik
Apatah lagi sayuran hijau terkenal dalam memberi kesan awet muda pada wajah. Oh tak dilupakan juga, Jus Timun! 

4. Jauhkan Diri dari Gula

Nak tak kulit lagi halus? Jauhkan diri dari gula. Gula adalah sejenis makanan yang menyumbang kepada penghasilan kedutan serta membantu memberikan tanda penuaan awal. 

Aww. Tak perlu gula kerana awak dah manis! ;)
Ia juga menganggu keseimbangan hormon yang akan membawa kepada kehadiran jerawat.

5. Kenali Omega-3s

shaklee melaka
Nutrisi Tambahan untuk Omega-3
Omega-3 yang banyak didapati di dalam salmon, kekacang, walnut, memberikan kulit lebih halus, licin dan lembut. Ia juga mengurangkan tanda penuaan.

6. Perhatikan Pengambilan Kaffein

Antara Minuman Berkaffein yang Terkenal
Minuman yang mengandungi kaffein akan mengakibatkan badan seseorang kurang air kerana kaffein menyerap air dalam badan. Terhadkan pengambilannya jika benar inginkan kulit lebih muda dan sihat berseri.

barbaramendeznutrition.com

Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817 (Touch to WhatsApp)




2 comments:

  1. tq sharing syaza.. skang akak pun makan omega..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah best2! good for your pregnancy kak wawa :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")