Monday, 23 July 2018

Wajib Tahu : Beza Murung dan Stress

Hai. Hari ini Syaza nak share tentang beza di antara murung dan stress.

Image result for stress cartoon hd

Kita biasa dengar perkataan depresi, depression, murung, tertekan, tekanan dan stress. Depresi adalah terjemahan Bahasa Malaysia dari depression. Murung adalah terma yang digunakan selain depresi. Manakala tertekan, tekanan dua ini seangkatan dan terjemahan ke Bahasa Inggeris-- Stress.

Sedar atau tidak, murung dan stress merupakan dua perkara yang berbeza. Dari segi maksud, faktor, tanda-tanda dan cara selesaikannya, semua ini berbeza antara murung dan stress.

Apa itu Stress?


Pernah tak ada satu masa tu kita rasa terkejar-kejar dengan dateline kerja, contohnya. Makan pun tak sempat, asyik buat kerja je!

"Argh! Stress-nya!!"
"Ya Allah tension-nya!"

Ini antara ungkapan normal bila stress,betul atau tidak? Masa dah keluar ayat ni ketahuilah, anda sedang alami tekanan.

Stress atau tertekan adalah normal dan semua orang alami stress. Lambakan kerja di pejabat, anak kuat meragam, susah berak (ini serius, boleh stress ok 💨), berat badan naik mendadak. Eh, macam-macam lagilah. Dari sekecil perkara sampai yang besar boleh buat kita stress.

Orang yang stress akan alami tiga situasi dalam tempoh untuk bertindak kepada stress tadi atau lebih dikenali dengan pengurusan stress (stress management). Tiga situasi tadi ialah fight-flight-freeze. Siapa yang berhak tentukan tiga ni? Diri kita sendiri.

Kita, yang sedang stress tadi, akan pilih untuk bertindak seperti apa. Dan hasil dari tindakan itu yang menentukan sama ada pengurusan stress kita baik atau perlu diperbaiki lagi.

macam mana nak kawal stress


Fight

Kita akan memilih untuk menjadi seorang yang agresif dan bersifat melawan. Ianya baik terutama apabila kita berhadapan dengan perkara yang memerlukan untuk fight seperti berlawan dengan pencuri, membunuh binatang liar dan yang sewaktu dengannya.


Tetapi jika kita salahgunakan cara ini, ia mampu untuk membinasakan hubungan kita antara kawan, keluarga dan lain-lain. Yela, bayangkan tengah dok stress tiba-tiba kita lepas geram dekat kawan. Kawan pun terpinga dan kenapa dia ni. 

Dan biasanya, stress akan ter-release sendiri bila kita dah terlepaskan dia dengan cara fight. Tapi awas, jangan sampai memudaratkan orang lain ya!


Flight

Orang yang pilih untuk flight, biasanya akan pilih untuk lupakan stress tadi. Pilih untuk diam, jalan-jalan, tidur. Apa saja pilihan, asalkan dia tak terjebak lagi dengan stress tu. Dan resign dari kerja kalau rasa dah stress sangat dengan kerja, contoh.

Hurmm namun ada yang tak baiknya dengan flight ni sebab kemungkinan besar kadar stress kita boleh meningkat. Terutama jika apa yang kita pilih sebagai pilihan untuk lupakan stress tadi gagal buatkan kita lupa padanya.

Freeze

Ramai sebenarnya ada dalam situasi ni waktu stress tapi tak perasan. Cara nak perasan dia senang je. Kita tarik nafas dalam dan lepaskan pendek. Macam kurang nafas. Kita macam blur, tak tahu nak react macam mana.

Apa itu Murung?


Murung atau depression adalah sesuatu yang real. Ianya bukan perkara mainan. Murung ni adalah akibat daripada stress melampau yang tidak dapat di kawal selia dengan baik.

Antaranya jika seseorang pilih berada dalam flight mode iaitu lari dari tekanan, dan lari itu gagal meredakan stress, seseorang senang untuk dapat murung. Pendam, simpan, juga antara cara mudah untuk murung.

Orang yang murung antara tanda-tandanya ialah

1. Diam
2. Tak suka bercampur (bukan introvert, tapi suatu perasaan yang rasa tak suka berada dalam orang ramai sebab nak lari)
3. Rasa diri tak berharga
4. Pernah ada niat nak cederakan diri
5. Pening yang melampau
6. Selalu marah tanpa sebab

dan banyak lagi.

apa itu murung malaysia

Jadi, murung ini bahaya atau tidak? Bahaya. 


In a simple word, depression atau murung adalah masalah dalaman yang melibatkan diri kita sentiasa rasa kita tak guna, berseorangan, tak perlu hidup atas muka bumi. Nothing, zero.

UJIAN SARINGAN TAHAP STRESS, MURUNG DAN ANXIETY

Sebelum kita pergi pada solusi dia, jom try buat ujian dekat bawah ni dulu untuk tahu tahap stress, murung dan anxiety kita normal atau tidak.


Syaza ada buat satu ujian dari pihak Public Health Malaysia untuk tahu kita berada di tahap mana untuk stress, murung dan anxiety (yang ni lain pulak). Ujian ni seeloknya kita buat 6 bulan sekali untuk monitor diri kita sendiri. 

Boleh dapatkan ujian saringan stress, murung dan anxiety dekat sini : https://goo.gl/forms/3AYw0qdc0pQ65Bmi1


Nota : Google hanya membenarkan 10000 saringan setiap hari. Saringan akan dibuka pada hari esok apabila quota telah habis untuk hari ini. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyaring kesihatan mental anda secara manual di laman web http://tinyurl.com/je8b3nd

set anti murung shaklee

Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")