Tuesday, 7 August 2018

5 Rahsia Lebih Ceria Pagi Hari

"AKU LEBIH BAIK DARI SEMALAM,"

"AKU BOLEH LAKUKAN,"
"AKU SANGAT CERIA DAN POSITIF SEPANJANG HARI!"

Assalamualaikum hai readers comey lotey! Hari ni Syaza nak share antara rahsia yang Syaza sendiri dah amalkan untuk pastikan setiap pagi Syaza always semangat dan ceriaaa. ๐Ÿ’•
5 RAHSIA CERIA PAGI HARI

1. SOLAT SUBUH AWAL WAKTU

Kelebihan solat sebelum subuh


Wah! Solat Subuh awal waktu bermakna kita akan bangun di awal pagi. Apabila bangun awal pagi, banyak benda kita boleh buat. Masa kita lebih panjang berbanding kalau bangun lewat. Banyak kelebihan bangun awal pagi antaranya ialah rezeki yang berkat dan melimpah ruah. Mesti pernah dengar kan kata orang tua-tua,"Bangun pagi rezeki senang masuk,"

Ya, ia benar sama sekali. Sebagaimana hadis Rasulullah saw, mafhumnya : "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)


Kita lebih ceria bertenaga kerana masa kita dapat diuruskan dengan baik seawal pagi yang indah. Sertakan bersama Solat Sunat sebelum Subuh, ia lebih baik dari dunia dan isinya, bertepatan denga hadis, Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
ุฑَูƒْุนَุชَุง ุงู„ْูَุฌْุฑِ ุฎَูŠْุฑٌ ู…ِู†َ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَู…َุง ูِูŠู‡َุง
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Selain itu, pada tahun 2010, seorang ahli Biologi, Christoph Randler, telah menemui, sesiapa yang bangun di awal pagi akan lebih proaktif sepanjang hari!

"I spend time identifying and recognizing my long-range goals in the morning," -Early riser people

2. SENYUM KEPADA YANG TERSAYANG DI AWAL PAGI


Senyuman adalah kunci yang sesuai untuk hati setiap orang.

Gelombang senyum adalah sesuatu yang sangat positif! Kita senyum pada orang lain secara automatik, aura dari senyum tersebut akan berpindah kepada orang lain.

Semua orang akan lebih ceria! Senyumlah selebarnya di pagi hari dan lemparkan senyuman itu kepada mereka yang di sebelah anda sekarang ini. Sebuah senyuman dapat mengubah seluruh dunia.

3. LIHAT DAN BACA PERKARA POSITIF


Mulakan pagi hari dengan memilih dan menapis apa yang minda kita akan hadapi sepanjang hari ini. Oleh itu, hanya lihat dan baca sesuatu yang positif dan menceriakan sahaja. 

Otak kita di waktu pagi sangat segar dan fresh. Jika kita isi dengan perkara yang baik, maka sepanjang hari ia sangat membantu untuk kita ceria dan tersenyum gembira!

4. MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN TERHEBAT

cod esp shaklee melaka

Setiap hari, Syaza akan mulakan hari dengan ESP Shaklee sebagai permulaan untuk sarapan. Oleh kerana ianya makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah, ia sangat membantu dalam memberikan tenaga yang luar biasa selain dari memberikan kita rasa kenyang yang lebih lama.

ESP dari Shaklee ini termasuk dalam Set Tenaga Shaklee! ๐Ÿ’—๐Ÿ˜‡

5. LURUSKAN NIAT



Bersihkan hati dan luruskan niat kita. Apa sahaja yang kita ingin buat pada hari ini, sandarkan sepenuhnya kepada Allah! Yang Syaza sendiri selalu wajibkan diri niat adalah macam contoh dekat bawah ni. Everyday is a must cakap macam ni supaya niat tak terpesong dan jelas tujuannya. ๐Ÿ’“

Contoh : "Sahaja aku berbisnes Shaklee hari ini kerana Allah Taala,"

Simple, bukan? Tetapi ianya sangat memberikan kesan dalam memastikan kita lebih ceria dan jelas target untuk sepanjang hari! ๐Ÿ˜

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–
Salam keceriaan sepanjang hari dari Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka 

4 comments:

  1. Perkongsian yang bagus.. memang bagus pun amalkan 5 perkara nie.. Hari menjadi lebih ceria dan bermakna..

    ReplyDelete
  2. Boleh tambah lagi satu: solat dhuha. Boleh rasa lapang je masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah so true dear. Solat Dhuha tu bleh kata vital dalam life kita kan :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")