Wednesday, 1 August 2018

7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut

Woah! Assalamualaikum semua. Fresh start untuk bulan Ogos. Bulan kelahiranku. Dan semestinya bulan kemerdekaan negara kita. Mana lagi penting, negara merdeka atau Syaza lahir bulan ni? πŸ˜πŸ˜‹

Ok, today Syaza nak share tentang tips mudah cara nak hilangkan angin dan sebu perut. Siapa kat sini yang kadang-kadang atau kerap kali bila salah makan mulalah rasa susah kentut, perut tak selesa macam kembung je? Boleh angkat tangan sikit, nak tengok siapa yang macam tu? πŸ™‹

set badan berangin shaklee
Pedih woo sakit camni πŸ’”πŸ˜£

Super tak selesa-kan bila ada rasa macam tu. Serba tak kena! Dan lagi terseksa bila kita ada gastrik yang teruk. Eh, ada kawan Syaza masa U dulu, pakej tak pergi kelas terpaksa skip banyak kelas dalam satu sem sebab gastrik dia yang kalau dah datang memang kesian sangat tengoknya.

Ehem. Masa tu kalau I dah kenal Shaklee dah lama I suggest Set Gastrik Shaklee masa tu. Sorry buddy, sebab baru kenal sekarang set tu ;')

So, jom kita tengok dan check 7 tips dan cara mudah ini sama-sama! :)

7 CARA MUDAH HILANGKAN ANGIN DAN SEBU PERUT

1. ELAKKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI ANGIN

Salah satu cara nak atasi masalah sebu perut dan angin adalah elakkan dari bertemu dengan makanan berangin. Antara contohnya ialah nenas, kobis, durian (my favorite), epal, pear, brokoli, susu, aiskrim. Dan ada banyak contoh lain lagi. 

Kalau kita tengok, semua makanan di atas adalah makanan berkhasiat tetapi, makanan jenis dari ini mengandungi gula, kanji dan fiber yang tidak boleh di serap dengan mudah dan akhirnya menyebabkan badan tak selesa, sebu perut. Terutama bagi mereka yang dah terdedah dengan risiko gastrik atau pun sudah mempunyai gastrik.

tips atasi perut sebu

Makanan yang mengandungi sorbitol, gula semuajadi yang ditemui di dalam buah adalah antara yang perlu dimasukkan dalam senarai makanan yang membuatkan kita berangin dan sebu perut. Perasan tak, kalau makan durian banyak-banyak, perut kita akan kurang selesa? Durian mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi. Kerana itu Kementerian Kesihatan Malaysia cadangkan untuk hadkan pengambilan durian kepada dua ulas sahaja! Bukan sahaja untuk elakkan dari sebu perut malah dalam kes tertentu untuk selamatkan diri dari kencing manis bagi yang berisiko. 

Jikalau kita dah berjaya jumpa makanan yang kurang sesuai dengan kita dan ada dalam list makanan jenis angin, ambil langkah dengan buangkannya dari senarai makanan kita seumur hidup atau kurangkan portion pengambilan. Berpada-pada.

Stephen Bickston, Medical Doctor, Professor of Internal Medicine and Director of the Inflammatory Bowel Disease program di Centre for Digestive Health dekat Universiti Virginia Commonwealth berkata, "Apabila menyentuh soal makanan, bersederhana adalah kunci penting,"

Awas, kebanyakan makanan atau kombinasi beberapa jenis makanan boleh mengakibatkan angin dan sebu perut. 

“Certain foods don’t get along well in certain people,” says Donald Novey, MD, an integrative medicine physician in Poulsbo, Washington. 

Majoriti akan alami perut sebu dan berangin apabila menggabungkan makanan jenis sayur hijau dengan buah, sumber protein dan kanji dalam waktu yang sama. Senang cerita, makan macam-macam, tak beringat, konsepnya! πŸ˜‚

2. MINUM SEBELUM MAKAN

Pernah tak kita makan sambil minum air? Selain daripada tabiat begini membawa pada perut buncit, ia juga menyebabkan perut kita hilang asid penting dan tidak dapat menghadamkan makanan dengan baik.

Minum air 30 minit sebelum makan membantu proses penghadaman yang lebih baik.

3. MAKAN & MINUM PERLAHAN

Bila kita makan atau minum laju, kita lebih berpotensi untuk telan udara, dan akhirnya akan menyebabkan angin dan sebu perut tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, kunyah dan minum perlahan-lahan, jangan gopoh.

4. AMALKAN SUPLIMEN UNTUK BUANG ANGIN

Bila gastrik, angin dan sebu perut menyerang, sama ada serentak, atau asing, boleh terus makan suplimen yang membantu mengurangkan simptom ini. 

Antara suplimen yang membantu ialah :
  1. Antacid
  2. Beano
  3. Gaviscon
  4. Peppermint Ginger Plus Shaklee
  5. Alfalfa Complex Shaklee
cod shaklee melaka
Testimoni Alfalfa Shaklee dan Gastrik

COD SET GASTRIK MELAKA
Ini pelanggan Syaza! Jenis selalu dan kerap perut sebu serta berangin, tapi tidak lagi lepas dah amalkan Peppermint Ginger Plus dari Shaklee πŸ˜€

5. JANGAN KUNYAH SESUATU TAK PERLU

Kunyah buah la lagi syiokk dari kunyah chewing gum πŸ’•
Antaranya ialah gula getah, gigit straw, makan straw. Dan merokok (ha sila kunya rokok πŸ˜‚). Merokok menyebabkan angin dan perut sebu tak selesa. 

6. ELAKKAN GULA TIRUAN

Sorbitol dan gula dalam arak, dan minuman beralkohol menyumbang ke arah perut sebu dan berangin. 

Terima kasih dan semoga bermanfaat. Besederhana dalam pemakanan harian kita :)


Rasulullah saw bersabda :
فثلث Ω„Ψ·ΨΉΨ§Ω…Ω‡ ΩˆΨ«Ω„Ψ« Ω„Ψ΄Ψ±Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ«Ω„Ψ« لنفسه
Ertinya : "Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara." (HR At-Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Bacaan Selanjutnya : Harga Set Gastrik dari Shaklee

Fatin Syaza | Stokis Vivix Shaklee Melaka | 0187684817 (Touch to Order Shaklee)
COD Shaklee Melaka dan Pos Seluruh Malaysia 

8 comments:

  1. sy kalau slh mkn sikit mula laa perut berangin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu makan apa tu yang bleh kena angin?

      Delete
  2. happy monthday syaza. nice sharing. btw, saya baru first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan content blog ni. sangat berinformasi dan kemas je hehe. semoga maju jaya dalam bisnes awak. meh lah singgah blog saya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai alhamdulillah aisya. thanks. syaza pun dah follow aisya :)

      Delete
  3. tq syaza sharing, akak selalu je berangin perut ni.. lambat makan skit pun dah berangin..

    ReplyDelete
  4. Yang no 3 tu agak susah sikit nak buat.. Kikiki.. Memang selalu makan dengan cepat.. dah terbiasa.. Sekarang nie memang tengah cuba amalkan yang no 2.. Minum dulu sebelum makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang nak cepat kan, kita ngunyah tak perasn tercepatnya hehe. tu yang bleh jadi makanan lambat hadam and berangin perut..

      Jom kita amal sesama Kak Sha! :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")