Tuesday, 7 August 2018

7 Sebab Jerawat Datang

Jerawat adalah musuh utama terutama bagi perempuan! Ia datang tanpa di undang dan perginya sangat kita alu-alukan.

Pernah tak, waktu dah nak sampai peristiwa atau event besar dalam hidup kita, macam contohnya hari raya, tiba-tiba jerawat naik mencanak. Atau pun dia naik seketul besar, merah!

Stress tak? Kalau Syaza, stress. Tapi kena keep bertenang sebab stress boleh jadi punca untuk jerawat lagi datang dan bawak sanak saudara mereka, hehe :)

TUJUH SEBAB UTAMA JERAWAT DATANG

1. AKIL BALIGH



Masuk usia remaja, di saat akil baligh, jerawat mula datang dan muncul. Ia berlaku kerana terdapat perubahan hormon di awal proses akil baligh tersebut. Pernah dengar Puberty Challenge?

Cabaran untuk menunjukkan keadaan wajah before dan after puberty. Semakin meningkat dewasa sepatutnya masalah jerawat tersebut akan berkurang dengan sendirinya. Namun, jika jerawat tidak berkurang dan makin bertambah teruk, kita perlu mencari solusi untuk mengatasinya.


2. PERUBAHAN HORMON


Perubahan hormon yang sering menyumbang kepada kehadiran jerawat ialah

  • Ketika Hamil
  • Datang Bulan (Period)
  • Stress
Ini adalah antara sebab asas yang membawa pada perubahan hormon mendadak sehingga mengakibatkan hadirnya sang jerawat. 

Period sering tak teratur sehingga menganggu hormon, baca di sini untuk maklumat lanjut.


3. MAKE-UP BERLEBIHAN

Make-up berlebihan menyumbang kepada sebab untuk jerawat datang. Apabila kita make-up secara berlebihan, kulit muka kita akan mudah tersumbat terutama di bahagian pori muka. Kulit yang tersumbat akan mudah menghasilkan sebum atau kotoran minyak yang akhirnya membawa pada masalah jerawat.

Ia akan menjadi lebih teruk lagi jerawat datang sekiranya pemilihan make-up yang salah. Tips Memilih Foundation di sini.

4. KERAP CUCI MUKA


Cukup dengan hanya mencuci muka sebanyak 2-3 kali sehari. Mencuci muka dengan banyak dalam masa satu hari akan mengakibatkan kehadiran minyak untuk lebih banyak. Hasilnya kulit akan tersumbat dengan minyak dan jerawat datang.
5. PHONE KOTOR


Kita selalu gunakan handphone di mana-mana. Keadaan permukaan handphone yang kotor antara sebab datangnya jerawat kerana kotoran di handphone tadi melekat di skitar muka kita. Sering bersihkan permukaan phone sebaiknya. Bermula dengan membersihkan tangan kita sebelum memegang phone.

Nak kecutkan jerawat klik sini untuk tips selanjutnya.

6. PEMAKANAN KURANG SIHAT


Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula memudahkan penghasilan sebum yang membawa pada jerawat.


7. MEMICIT JERAWAT


Ha! Yang ini pasti selalu ramai yang buat. Picit jerawat bukan saja meninggalkan kesan parut yang buruk dan hitam, malah mengakibatkan hasil picitan tadi menyebarkan kuman di kawasan muka yang lain. 

Nak pudarkan parut jerawat? Ikuti tips ini.

Fatin Syaza | 0187684817 | Stokis Vivix Shaklee Melaka

13 comments:

  1. patutlah saya asyik jerawat je rupanya sebab stress hahaa

    ReplyDelete
  2. stress dan x cukup tidur juga boleh mendorong pertumbuhan jerawat kot. hehe

    ReplyDelete
  3. No 7 tu macam selalu buat je. Hehe

    ReplyDelete
  4. informasi yang berguna!done followback :D

    ReplyDelete
  5. Permakanan mmg kene jaga. Sihat dalaman insyaa allah jerawat susah nk tumbuh

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan Syaza.. Sha follow sini.. Yang last sekali tu syok buat tau.. Kikiki..

    ReplyDelete
  7. Ada org stress atau mkn mcm2 pun tetap licin muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. yang tu kena tengok lapisan dalam kulit dia macam mana.. full skin scan..

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")