Monday, 13 August 2018

Cara-cara Solat Dhuha

Assalamualaikum semua! Salam Dhuha. Wah nak tahu tak apa rahsia kalau siapa yang rajin solat Dhuha ni? 

Kita akan sentiasa dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka dan urusan kita akan sentiasa dipermudah Allah. Rezeki tak semestiya duit sahaja taw. Jodoh, anak yang baik, suami yang aik ibu bapa yang sihat, rumahtangga yang harmoni, rakan sekerja yang awesome, itu semua adalah rezeki! 


Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jadi hari ini, Syaza nak share kaifiat atau cara-cara untuk solat Dhuha. Mudah sangat! Hanya dua rakaat satu salam. 

Apa itu Solat Dhuha?

Ia adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu Dhuha. Waktu Dhuha adalah waktu di saat matahari telah naik pada kadar lebih kurang setinggi sebatang galah (20 minit selepas terbit matahari) sehingga matahari berada tepat di tengah langit (sebelum Zohor)

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra: “Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

Cara-cara Solat Dhuha

Minimum = Dua rakaat satu salam

1. Niat


“Sahaja Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat satu salam atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Iaitu sebanyak 12 rakaat.

Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

2. Doa Selepas Solat Dhuha


“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Syaza personallay suka dan terus dah hafal doa selepas Dhuha dari video by UNIC ni. Jom tengok!


Selamat menunaikan Solat Dhuha semua! :)

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia


4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Perkongsian yang bagus dan bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jom sama-sama kita amalkan kak sha :)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")