Thursday, 9 August 2018

5 Tips Urus Kewangan bagi Pemilik Bisnes Kecil

Memulakan bisnes dan menguruskan kewangan bagi bisnes adalah berbeza. Terdapat pelbagai tips, cara dan rahsia urus kewangan dengan baik bagi setiap pemilik bisnes yang dijalankan secara kecilan. Tips yang bakal dikongsikan kali ini, antara tips yang praktikal dan mudah untuk dilakukan setiap hari.




5 TIPS URUS KEWANGAN BAGI PEMILIK BISNES KECIL

1. ASINGKAN WANG BISNES DAN PERIBADI

Ada banyak sebab untuk perlu asingkan akaun bisnes dan peribadi termasuklah cukai, aset, liabiliti dan rekod-rekod akaun sebagai contoh. Apabila keadaan seolah memerlukan untuk kita menggunapaki akaun peribadi bagi tujuan bisnes, kawal diri dari melakukan perkara sebegitu.

Cara terbaik ialah jelaskan pemisahan yang sangat jelas di antara bajet peribadi dan bisnes. Sekiranya kita menggunakan kad kredit untuk tujuan bisnes, pastikan ia tidak di salah guna bagi tujuan peribadi. 

Kita akan berterima kasih kepada diri kita sendiri kerana berjaya asingkan wang dan bajet di antara keperluan bisnes dan peribadi.

2. BAYAR BIL TEPAT MASA

Jangan bertangguh. Terus bayar bil tepat pada masanya. Hal ini bukan sahaja memudahkan kita, tapi juga membantu untuk masa akan datang. Bisnes dan nama pemilik akan lebih 'bersih' dengan membayar apa jenis bil tepat pada masanya.

Pernah dengar CTOS dan CCRIS?

3. BERBELANJA DENGAN HEMAH

Pilih untuk membeli keperluan bisnes melalui kedai yang menawarkan potongan terbaik, waktu diskaun berganda dan sebagainya. Tiada keperluan untuk berlebih-lebih dalam berbelanja perkara yang kurang memerlukan antaranya ialah peralatan pejabat.

4. BERUNDING JIKA PERLU

Bagi bisnes yang memerlukan untuk aktiviti rundingan untuk sewa tapak, sewa kedai, dan sebagainya, pastikan rundingan dilakukan terlebih dahulu sebelum menurunkan tandatangan dengan kontrak yang ditetapkan.

Rundingan mampu mengurangkan sedikit beban kewangan awal bagi pemilik bisnes kecil-kecilan.

5. BELAJAR ILMU ASAS PERAKAUNAN

Adalah sangat baik sekiranya pemilik bisnes sendiri mengetahui ilmu asas perakaunan bagi menjamin kesejahteraan bisnes kita. Terdapat pelbagai jenis kelas yang dilangsungkan secara atas talian (online) yang mudah untuk kita akses.

Sekalipun kita memiliki penjaga akaun bagi syarikat kita, pastikan diri kita sendiri tahu selok belok asas ilmu perakaunan.

Lagi banyak kita faham tentang aliran tunai, akaun dan cara urus wang, lagi mudah untuk kita kawal dan urus selia bisnes kita.

FATIN SYAZA,
018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

2 comments:

  1. no 1 ngn no 2 tu memang penting.. Kalau tak buat macam tips syaza nie, ke laut dalam lah bisnes tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. ke laut la kan.. laut dalam nunnnn >.<

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")