Thursday, 30 August 2018

Food Review : Burger Bakar Abang Burn Melaka

Siapa peminat burger? Nak taw tak burger dekat sini lagi awesome dan best daripada burger fastfood macam MekDi hahaha. Burger dekat sini fresh! Harga berpatutan dan paling penting burger dia besar yakmat.

Syaza datang sini untuk pertama kalinya waktu pregnant 7 bulan (kalau tak silaplah). Masa tu ternampak iklan burger ni lalu lalang dekat newsfeed Facebook Syaza. Tak tahan nafsu tengok iklan tersebut maka daku pun ajak la Encik Suami, "Abang! Ayuh kita segera makan burger malam ini jugak,"

Waktu pertama kali pergi tu kecewa. Sebab, dalam iklan video tu tunjuk kemain meleleh-leleh cheese-nya. Kami order burger sorang satu pulak tu. Dua-dua persoalkan, MANA CHEESE LELEH ITU? Hahaha *marah*

Ni kali kedua pergi, waktu ni dah bersalin dan anak dah pun 5 bulan usianya. Semalam la citernya kami pergi ni. Kebetulan malam semalam keluar untuk COD Promo Alfalfa Shaklee dekat customer. So, balik tu Syaza request dekat husband, ajak makan Burger Bakar Abang Burn sekali lagi.

Yang menariknya, kawasan dekat kedai Burger Bakar Abang Burn di Bandar Melaka ni, dia bersebelahan dengan Sungai Melaka. Selain dari senang nak mencari lokasi kedai ni, kita boleh nampak orang naik cruise. And satu lagi dia bersebelahan dengan Pirate Park. Sesiapa ada anak yang nak main, boleh datang sini, tak tahu malam buka pada waktu tertentu atau macam mana. Waktu kami pergi, tak buka malam. But view dia cantik untuk ambil gambar romantik!

Ok, back to Burger Bakar Abang Burn. Ingat tak Syaza kata yang cheese leleh takde? Rupanya kena order sendiri, harga asing haha. Kali ni Syaza order Burger Kahwin 2-- namanya. Awalnya nak order Mini Tower burger. Tinggi gila! 5 hingga 6 keping daging burgernya.

kedai burger dekat melaka yang best
Tak boleh nak sekali makan, kena pecah-pecahkan (wargh tak suka sebab tak nikmat makan burger tak dapat ngap) -- Burger Kahwin 2

Dan daging burger dari Abang Burn ni bukan jenis nipis taw. Sangat tebal. Siapa dah pernah makan Fuel Shack? Daging burger Abang Burn ni lagi tebal, dan juicy dari Fuel Shack taw.

Tapi, tak jadi order Mini Tower sebab suami kata dia tak nak makan, just nak makan ringan-ringan. Jadi untuk kekasihku, daku order-kan Cheezy Wedges dan Meatball. And yang best-nya, kami dapat EXTRA cheesy wedges haha. *meatball dia sedap giler, masyaAllah*

Walaupun suami kata tak nak makan diawalnya, sampai je burger, dia ngap sekali. Terima kasih awak, kalau tak saya dah order Mini Tower dah! *perli*

burger bakar abang burn melaka
Order Teh Tarik -- dapat cawan Anmum haha 
Mini Tower harganya RM 33.50. Yang Syaza order ni Burger Kahwin 2 harganya RM 17 (kot). Sebab dok tengok Mini Tower je. Burger Kahwin 2 ni gabungan ayam dan daging dan dapat satu hotdog, ok mari gemuk berjemaah. Disebabkan tambah cheese leleh so dapatlah (sikit) macam dalam iklan yang lalu lalang tu haha

Tak de meleleh sangat pun. 

burger bakar abang burn melaka
Sebelah burger ni Meatball
Enjoy the meal and view! Siapa nak datang Melaka, Syaza sangat reccomend untuk datang dan nikmati Burger Bakar Abang Burn. Boleh Waze atau google maps Pirate Park, inshaAllah jumpa! Sebelah je. Ada deretan kedai makan.

Selain burger, ada sekali makanan western taw. Macam Chicken Chop semua tu. Ok jemput makan. 

Review :
  • Food 8/10
  • Drink 8/10
  • View 10/10
  • Parking 10/10
  • Easy to Find (untuk first timer) 10/10

Dapatkan konsultasi percuma hari ini untuk produk Shaklee bersesuaian dengan anda, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")