Wednesday, 8 August 2018

Bagaimana dan Kenapa Protein Bantu dalam Penyusuan Ibu?

Memastikan kita mendapatkan keperluan protein yang cukup adalah sangat penting bagi ibu menyusu. Keperluan protein kita tidak sama seperti wanita lain yang tidak menyusukan anak. Kita memerlukan dua kali ganda keperluan protein berbanding wanita biasa.


1. Apa itu Protein?

Protein merupakan nutrien asas bagi tisu dan otot serta tumbesaran asas. Siapa dekat sini study Biologi dulu? 

Blok asas binaan setiap sel badan manusia adalah terdiri daripada protein. Malah, ia turut meningkatkan kadar metabolisma badan dan memberi manfaat kenyang lebih lama serta bertenaga. 

Ia adalah sejenis makronutrien yang dipecahkan kepada peptida dan asid amino. Terdapat 20 jenis asid amino : 9 daripadanya adalah asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan wajib didapatkan dari diet harian kita.

Semua manusia memerlukan asid amino penting ini termasuklah bayi.

2. Protein dan Tumbesaran Bayi

Sepanjang kehamilan, kita memerlukan protein bagi menyokong tumbesaran janin kita. Sebagai tambahan, ia membantu dalam pembentukan plasenta serta tisu lainnya. Malah, protein juga turut diperlukan dalam penghasilan sel darah merah.

Dalam susu ibu, terdapat jenis mineral dan vitamin yang membantu bayi kita untuk menyerap protein dengan baik dan sempurna. 

3. Protein Menambahkan Susu Ibu

Apabila melihat dari sudut penyusuan, protein digunakan oleh badan untuk menghasilkan susu ibu serta memastikan perkembangan kesihatan anak. Ia sangat penting dalam pertumbuhan sel baru untuk anak kita. 

Protein adalah elemen terpenting, maka, memastikan diri kita mendapat keperluan protein yang mencukupi, membantu menghasilkan susu ibu yang banyak dan melimpah ruah. Hasilnya, anak kita akan lebih membesar dengan sihat dan ceria.

4. Berapa banyak Protein Ibu Menyusu perlukan?

Mari kita cuba lakukan kira-kira atas keperluan RDI masing-masing ke atas protein.
1.1 grams protein diperlukan untuk setiap kg berat badan kita.
Sebagai contoh, berat Syaza ialah 63 kg, bermakna, Syaza memerlukan sebanyak 69.3 gram protein setiap hari! 

Berapa keperluan anda? 


.
Hubungi Syaza untuk dapatkan maklumat lanjut seperti no yang tertera dibawah:-

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Page FB : Pengedar Shaklee Melaka - 0187684817
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")