Friday, 31 August 2018

Salam Merdeka yang ke-61

poster merdeka malaysia yang ke 61
Sedikit fakta tentang kemerdekaan negara kita; Malaysia. Negara kita setelah melalui beberapa penjajahan, telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Laungan "Merdeka!" bergema diikuti linangan air mata kegembiraan rakyat Tanah Melayu pada waktu itu. Tunku Abdul Rahman selaku Bapa Kemerdekaan dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama, mengambil tanggungjawab melaungkan kalimah keramat itu di Dataran Merdeka

Hari ini, selepas 61 tahun, kita rakyat Malaysia diimpahi dari Allah pelbagai nikmat. Antara nikmat terpenting ialah, nikmat agama. Islam merupakan agama yang majoriti dianuti penduduk Malaysia. Sama-samalah kita menjaga kedaulatan negara dan memastikan keharmonian negara dikekalkan sejajar dengan ajaran Islam yang menggalakkan keharmonian antara satu sama lain.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Bebaskan juga pemikiran kita dari di jajah. Ada pelbagai jajahan pemikiran hari ini. Adakala jika kita memerhati, kita ini kelihatan merdeka pada jasadnya, tetapi terkongkong dari segi pemikiran. Maka, menjadi kewajipan untuk kita membebaskan diri dari jajahan pemikiran.

Merdeka jasad!
Merdeka fikiran!
Salam kemerdekaan.

Dapatkan konsultasi percuma hari ini untuk produk Shaklee, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")