Monday, 13 August 2018

Viral : Minum Kopi Campur Peluntur Hampir Mati

Terkejutnya! 

Macam mana boleh terfikir nak campurkan kopi dengan peluntur? Ya Rabbi. Peluntur tu sama dengan Clorox! Boleh bayang tak kita pagi-pagi buat kopi, lepas tu campurkan dalamnya dengan Clorox? πŸ˜•




NAK MENIAGA BIAR BETUL DAN BERKAT REZEKI. JANGAN KERANA KEUNTUNGAN, SAMPAI MEMUDARATKAN ORANG LAIN.

Semua orang tahu apa fungsi peluntur. TIDAK BOLEH DI MINUM. Ok, bagi yang tak tahu ceritanya, Syaza letak dekat sini ok (Kredit kepada mStar).


PETALING JAYA: Selain digunakan sebagai bahan pencuci, cecair peluntur mampu memberikan kesan memudaratkan kepada seseorang sekiranya ia diminum.
Malah, cecair peluntur juga sering menjadi 'jalan singkat' bagi mereka yang mengalami tekanan perasaan untuk mengakhiri kehidupan.

Namun, agak mengejutkan apabila terdapat peniaga dalam talian berani mempertaruhkan nyawa pelanggannya demi membuktikan kopi yang dijual oleh mereka itu mujarab.
"...yang dah jadi ejen G******, nanti saya ajar anda untuk buat demo kepada pelanggan minum peluntur depan mereka.

"Saya sudah bergelas-gelas minum c***** (jenama peluntur) dekat sini. Tujuannya hanya untuk tunjuk G****** ini sangat membunuh racun dalam badan sampai minum c***** pun tidak jadi apa," kata peniaga tersebut dalam satu posting di Facebook.

Pengendali laman Facebook kopi tersebut turut memuat naik beberapa video yang menampilkan pelanggan berbeza minum kopi yang dicampur cecair peluntur.


Minuman yang dijual pada harga RM95 sekotak itu didakwa sejenis kopi anti racun dan anti kanser, selain mampu menurunkan kadar gula dalam darah serta merawat batu karang.

Sementara itu, pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia, Dr Rusyainie Ramli ketika dihubungi mStar Online pada Khamis berkata, kesan cecair peluntur jika dimasukkan ke dalam badan boleh membakar sel esofagus atau salur tekak manusia.

"Cecair peluntur mengandungi lima peratus sodium hipoklorit yang bertindak sebagai agen peluntur untuk membersihkan kotoran pada pakaian atau lantai.

"Bagaimana kopi boleh bertindak balas dengan cecair peluntur dan jadi neutral pula? Kalau ia mampu mencairkan kepekatan cecair peluntur itu, berapa pula peratusan ia telah dicairkan?," katanya.
Jelas Dr Rusyainie, perbuatan mendakwa minuman tersebut merupakan kopi anti racun dan anti kanser telah melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Semakan 1983).

Kalau betul nak cantik, sihat, hubungi Syaza. Dapatkan produk Shaklee, yang ada kajian saintifik dan dihasilkan dari pakar-pakar. Bukan sebarang orang. Allahu. Ada ni Set Cantik Shaklee

Kenapa buat sesuatu yang sah-sah terang lagi jelas memudaratkan? Peluntur!! Itu peluntur. Ya Allah

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

6 comments:

  1. Haish! macam ni jenis manusia pun ada kan....
    Ngeri baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan baca pun ngeri apa lagi minumnya! >.<

      Delete
  2. Buat apa guna jalan mudah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm. kadang mereka tertipu :(

      kerana itu ilmu perlu :)

      Delete
  3. Gilalah.. Hanya kerana nak kaya, sanggup memperjudikan nyawa manusia lain.. memang gila penjual nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. warghh. Mintak jauh la camni. nauzubillah

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")