Thursday, 9 August 2018

HFMD (Punca dan Langkah Pencegahan, Ibu Bapa Wajib Tahu)

Terkejut Syaza!


Ingatkan dah reda HFMD ni. Semalam, tengok berita, 'HFMD MENINGKAT 102% DI MELAKA'. Dahlah Syaza memang duduk Melaka. Sebelum ni Selangor. Syaza post di Facebook, ada yang komen dan kata rupanya Selangor pun makin meningkat.
Statistik Terkini sehingga 3 Ogos
Dua hari lepas, anak kepada customer Syaza pun kena HFMD. Kena kuarantinlah jawabnya. Mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa HFMD ni sangat kita risaukan. Terutama ibu bapa yang ada anak kecil. Tapi, jangan silap! HFMD juga boleh menyerang orang dewasa.


APA ITU HFMD?


HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease. Dari namanya sendiri kita boleh tahu yang HFMD ialah penyakit kaki, tangan dan mulut yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Sikap yang tidak menjaga kebersihan diri serta persekitaran dengan baik bakal menyebabkan jangkitan ini. Malah, berada dalam kesesakan orang ramai juga antara punca mudah mendapat jangkitan ini.

CARA JANGKITAN

shaklee untuk hfmd melaka

  • Berada di persekitaran sesak
  • Tidak menjaga kebersihan diri dan sekitar
  • Jangkitan melalui air liur, najis dan lelehan hidung orang yang dah terkena HFMD

TANDA-TANDA

shaklee melaka

Awasi anak-anak kita jika ada tanda-tanda ini :
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Ruam di tangan, kaki dan mulut serta kawasan lampin
  • Ulser di mulut


7 LANGKAH PENCEGAHAN
cod shaklee melaka

Langkah pencegahan ini perlu diamalkan oleh semua ibu dan bapa.
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menukarkan lampin anak, selepas uruskan najis anak dan selepas ke tandas
  2. Tutup mulut dengan hidung apabila batuk atau bersin
  3. Elakkan berada di tempat yang sesak dengan pengunjung
  4. Pakai mask sekiranya berkunjung di tempat yang sesak
  5. Jangan berkongsi barang peribadi seperti tuala, cawan, garpu, sudu dan sebagainya
  6. Bersihkan diri dan tukar pakaian sebelum bermesra dengan anak
  7. Cuci alat mainan, permukaan meja dan tempat yang ada air liur anak (cuci dengan menggunakan Basic H)

Jika ada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang ada jangkitan HFMD, boleh hubungi Syaza untuk dapatkan maklumat lanjut seperti no yang tertera dibawah:-

018-7684817 (Klik sini untuk Wassap)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

4 comments:

  1. ibu bapa perlu lebih peka tentang HFMD terutama bila anak yang dihantar ke pengasuh atau taman asuhan supaya terhindar dari penyakit berbahaya ni kan

    salam kenal dari umifuzy.com. terima kasih sebab mengunjungi blog umifuzy tempohhari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenan Umi Fuzy! :) betul, ibu bapa kena peka.

      Delete
  2. allahuakbar, makin meningkat ye. lebih 100% plak tu. tinggi tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. doalah semoga Allah lindungi anak-anak kita, Mami! :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")