Friday, 31 August 2018

8 Punca Haid Tak Teratur dan 8 Cara Mengatasi Haid Tak Teratur

Bagi sesetengah wanita, haid mereka normal, datang dalam masa yang ditetapkan. Namun, ada sesetengah yang tak mempunyai kitaran haid yang teratur dan sempurna. Waktu tak teratur ni, stress pun boleh datang. Mula macam-macam kita fikir. Especially kita akan fikir yang kita ni sakit ke?

kenapa sebab apa haid period tak teratur?

Dulu, waktu zaman study dekat USM, sorang housemate Syaza, dia ada masalah haid tak teratur yang sangat teruk. Haid dia tu, kalau tak datang, dalam tempoh lama sangat. Dan kalau datang, pun lama. Lebih 2 minggu! And part paling tak tahannya, kesian kalau tengok dia menanggung senggugut. Haid maksimum 2 minggu sahaja. Lebih dari tu, adalah darah kotor atau istihadhah. Cara nak sucikan darah istihadhah pun ada syarat-syaratnya. Ini menurut pandangan Imam Syafie rahimahullah.

Menurut seorang Professor Klinikal bernama Dr Amy Auntry di Jabatan Obstetrics-Gynecology and Reproductive Sciences di University of California, San Fransisco, "Sekurang-kurangnya, 30 peratus wanita mengalami masalah haid tak teratur,"

Sebelum kita pergi kepada punca haid, kita lihat dulu sama-sama apa yang dikatakan sebagai haid tak teratur ini?

Apa Itu Kitaran Haid?

cara kira kitaran haid

Kitaran haid bagi seseorang wanita yang normal adalah sebanyak 28 hari (kurang atau lebih 7 hari). Namun, ia tetap mengikut keadaan wanita tersebut masing-masing. Maksudnya, kita perlu kira tempoh kitaran bagi diri sendiri. Sekiranya pattern atau pun jarak haid dari masa ke semasa adalah sama, tak berubah, tak awal, tak akhir, maksudnya kita tak mengalami haid tak teratur.

Tapi, kalau kitaran haid terganggu kebiasannya, haid kita akan datang kadangkala terlalu awal, kadangkala lambat, kadangkala berbulan tak datang! Ini yang menjadi masalah.

Cara Mengira Kitaran Haid

Cara kiraan mudah adalah dengan mengira bermula daripada hari pertama selepas kering darah haid sampai kepada hari pertama kena haid kembali. Kira berapa tempoh masa yang kita ambil. Kitaran umum adalah sebanyak 28 hari (kurang atau lebih 7 hari). Namun, ada juga yang kitarannya sekata kurang daripada 28 hari atau lebih. Yang penting sekata! 

Contoh kiraan haid :

Kitaran 28 hari
Kering haid pada : 1 Jan 2018
Haid pertama : 29 Jan 2018

Kitaran 30 hari
Kering haid pada : 1 Jan 2018
Haid pertama : 31 Jan 2018

Kitaran 20 hari
Kering haid pada : 1 Jan 2018
Haid pertama : 21 Jan 2018


Bagaimana Nak Tahu Kita Ada Haid Tak Teratur?

Haid kita di kira tak teratur sekiranya tempoh kitaran kita berubah-ubah berturut dalam tempoh 3 bulan dan seterusnya. Bulan pertama awal, kedua lambat, ketiga awal balik. Ada yang 3 bulan tak datang haid langsung! Itu adalah antara tanda awal kitaran haid tak teratur dan terganggu.

Punca Masalah Haid Tak Teratur

Ada banyak punca haid tak teratur ni. Antaranya adalah kerana penyakit. Menurut Dr Autry, haid tak teratur merujuk kepada tidak berlakunya proses ovulasi (telur matang), jadi boleh jadi ia berpunca dar penyakit tertentu yang mengakibatkan tidak terjadinya ovulasi itu.

Selain itu, faktor hormon juga memainkan peranan. Ada sesetengah yang bukan masalah kitaran haid terganggu, tetapi kerana masalah hormon terganggu ia menganggu kitaran haid mereka.

8 Punca Haid Tak Teratur

⚫ Senaman atau Diet Ekstrem. Senaman terlalu ekstrem menganggu kitaran haid. Kebanyakkan atlet mengalami masalah ini. Selain itu, masalah berat badan berlebihan atau terlalu ringan dan diet yang melampau juga menyebabkan masalah haid tak teratur. Ia beri kesan pada level hormon kita.

⚫ Pil Perancang. Pengambilan pil perancang menganggu kitaran haid. Sama ada, haid tak datang langsung, atau terlalu kerap, atau terlalu sikit. Bergantung pada penerimaan badan seseorang.

⚫ Stress. Stress atau terlalu risau tentang masalah akan beri kesan kepada hormon dan akhirnya menganggu kitaran haid sampai tak teratur.

⚫ Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Keadaan kesihatan ini disebabkan oleh kehadiran cyst kecil yang terhasil di ovari, dan menganggu haid. Wanita dengan PCOS kebiasaannya mempunyai sejarah haid tak teratur. Selain daripada menganggu kesuburan, PCOS juga meningkatkan risiko diabetes dan kesihatan jantung

⚫ Umur. Bagi remaja yang baru haid, sukar untuk mereka mendapat kitaran haid normal setiap bulan. Ia mengambil masa beberapa tahun sebelum haid itu normal. Malah, untuk wanita berumur pula, masalah ini disebabkan sudah menghampiri menopos.

Breastfeeding (Penyusuan Badan). Bagi yang menyusukan bayi mereka secara eksklusif, kebarangkalian untuk tidak datang haid langsung adalah tinggi. Dan sesetengah ibu menyusu, langsung tak datang haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya! Hormon badan ibu menyusu disediakan khas untuk menghasilkan susu bagi anak kita.

⚫ Hamil. Ini adalah antara sebab biasa terutama dalam kalangan yang dah berkahwin. Namun, kadangkala di awal kehamilan, kita akan didatangi haid dalam kuantiti yang banyak. Sila buat pemeriksaan ujian air kencing di klinik atau di rumah sendiri untuk memastikan yang kita hamil.

Penyakit Lain. Masalah throid boleh menyumbang kepada haid tak teratur kerana hormon thyroid tidak stabil- menaik atau meningkat. Selain itu, adalah penyakit kelamin, kencing manis, fibroids, cara makan yang salah dan endometriosis juga antara jenis penyakit yang mengakibatkan haid tak teratur.

punca period tak teratur
Check BMI anda di sini

8 Cara Mengatasi Haid Tak Teratur

⚫ Kawal Berat Badan
Sama ada berat badan berlebihan atau berat kurang, keduanya menganggu kitaran haid kerana hormon yang tidak seimbang. Kurangkan berat badan bagi yang ada masalah berat berlebihan dan tambahkan berat badan bagi yang kurang. Check BMI anda di sini untuk tahu sama ada, berat badan anda kurang atau telah lebih dari sepatutnya- gemuk atau terlalu kurus?

⚫ Pemakanan Sihat
Makanan yang tinggi kolestrol dan garam menyumbang kepada masalah berat badan yang akhirnya menyebabkan perubahan kesihatan pada diri kita termasuklah haid tak teratur.

⚫ Senaman Berkala
Senaman berkala dan teratur membantu merangsang hormon kita untuk bekerja dengan lebih baik.

⚫ Tinggalkan Kopi
Minuman berkaffein sentiasa dikenalpasti dalam pelbagai kajian memberi kesan buruk dalam masalah haid tak teratur. Minimumkan pengambilannya atau tinggalkan terus secara perlahan-lahan.

⚫ Elak Stress
Kenalpasti apa yang membuatkan kita stress dan elak daripadanya atau selesaikannya segera.

⚫ Pilih Kaedah Merancang Keluarga yang Tepat
Jika ingin merancang, pilih kaedah merancang yang sesuai dan tepat. Ada banyak kaedah merancang selain daripada pil perancang. Untuk pil perancang juga ada banyak pilihan. Pilih yang tepat dan terbaik.

⚫ Kira Kitaran Haid dengan Tepat
Jangan terburu-buru. Kitaran bagi setiap wanita tak sama. Kitaran normal adalah 28 hari, kurang lebih 7 hari. Bermakna ada yang kurang 7 hari dari 28 hari, dan ada yang lebih 7 hari. Pantau badan sendiri sebaiknya. Lihat dalam masa 3 bulan.

⚫ Pengambilan Vitamin Tepat
Selain dari pemakanan sihat dan senaman berkala, pengambilan vitamin yang tepat bagi membantu mengawal atur hormon dalam badan untuk kekal sihat sangat diperlukan.

⚫ Jumpa Pakar
Dapatkan nasihat pakar bagi memastikan dengan tepat.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk Masalah Haid Tak Teratur

set lancarkan period atasi period tak teratur shaklee

Di Shaklee, kami menyediakan set khas bagi membekalkan nutrisi tambahan penting dalam mengatasi masalah haid tak teratur ini. Dalam set ini terkandung 3 item iaitu :

🔹 GLA Complex
gla complex shaklee cod melaka
GLA adalah singkatan nama bagi Gamma Linoleic Acid yang digunakan ramai wanita bagi mengekalkan badan yang lebih segar dan sihat. GLA Complex dari Shaklee diformulasikan bersama dengan minyak benih bunga matahari dan minyak benih borage.

GLA ini, mempunyai asid lemak penting Omega-6 yang membentuk prostaglandin, sejenis hormon penting dalam mengawalatur proses badan yang normal.

GLA Complex Shaklee turut digelarkan sebagai Evening Primrose Oil (EPO) dalam Shaklee. Walaubagaimanaoun, formulasi GLA lebih khusus dan khas untuk menyelesaikan masalah haid tak teratur. Selain itu, kandungan dalam GLA Complex dari Shaklee ini turut mempunyai Vitamin E yang membantu proses kitaran hormon lebih baik

🔹 B-Complex
cod b-complex shaklee melaka
Vitamin B sangat diperlukan untuk mengawal dan mengelakkan stress. Terkenal sebagai vitamin anti-stress, B-Complex membantu untuk kita lebih tenang dan tidak stress sekali gus mengelakkan dan mengatasi haid tak teratur.

🔹 Vivix Shaklee
cod vivix shaklee melaka
Kandungan resveratrol dalam Vivix di Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan yang baik. Anti-oksidan yang baik dan optimum membantu mengelakkan dari terjadinya kerosakan oksidatif yang disebabkan radikal bebas sehingga menganggu sel dalam badan. Radikal bebas datang dalam pelbagai bentuk antaranya ialah makanan suntik dan persekitaran yang dikelilingi pencemaran. 

Vivix Shaklee membekalkan anti-oksidan yang baik untuk mengatasi masalah gangguan kepada sel tubuh dan mengembalikan haid kepada kitaran normal.

Di samping itu, Vivix dari Shaklee ini membantu menurunkan berat badan terutama bagi yang mempunyai masalah PCOS dan berat badan berlebihan.

Dapatkan Set Lancarkan Period dari Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

3 comments:

  1. Sis dulu masa sekolah selalu kena senggugut dan haid tak teratur, tapi selepas kahwin dan bersalin, hilang semuanya Syaza hehehe

    ReplyDelete
  2. now i understand a bit..heheh

    ReplyDelete
  3. Akak memang dari awal period tak normal.. Sampailah sekarang.. Sekarang tak normal sebab pakai implan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")