Wednesday, 8 August 2018

Hari Ini


Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah

Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah. 

Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah

Hari ini ahli maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah

Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

Hari ini berpijak di atas tanah 
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah

Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok hanya ada kereta jenazah

Hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah

Hari ini Banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah

Hari ini kuatkan taat , amal ibadah
Moga esok masih istiqamah

Hari ini andai datang ketentuan Allah
esok terimalah ia dengan tabah

Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.

Hari ini kita dalam taqdir Allah
Besok hari hanya dalam ilmu Allah. 

Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah. Amin..

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

018-7684817 (Klik di sini untuk Wassap)

Page FB : Pengedar Shaklee Melaka - 0187684817
Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia

10 comments:

  1. bersyukur kita masih diberi kehidupan yang selesa hari, esok lusa tidak tahu ujian dari Pencipta untuk hambaNya. selamat hari rabu sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah. selamat hari rabu too Shu! :D

      Delete
  2. semoga kita sentiasa diberi kekuatan menempuhi liku2 hidup

    ReplyDelete
  3. Peringatan yang menyentap dijiwa.. Nice..

    ReplyDelete
  4. We dont know whats gonna happen tomorrow, we can just hope and work for a better tomorrow. InshaAllah. May be blessed always kak. Nice words btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u too sayang. may be blessed always and forever ")

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")