Monday, 24 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Jom join Giveaway ni. Ada rezeki dapat bawal comeny ni ^^ Klik je banner ni untuk join ok

Pengalaman Syaza sendiri waktu pregnant, first trimester alahan teruk sampai berat badan drop 7 kg! Kerjanya baring dan muntah. Even waktu muntah-muntah tu, tekak nak je makan, boleh makan tapi keluar baliklah lepas tu hahaha. 

Dan, masak pun tak boleh. Masa tu Syaza amek Performance Drink SHaklee sebab nak cover balik badan yang lemah and lesu muntah-muntah. Biasa orang amek 100Plus, kan? Tapi Syaza pilih Performance Drink sebab dia bukan air gas dan kurang gula berbanding minuman isotonik lain yang ada gas dan bergula tinggi yang of course tak elok untuk ibu waktu pregnant. Masuk second dan third trimester alhamdulillah dah ok. Sangat enjoy. Kengkadang je la muntah sikit-sikit. 

Masak memang kirim salam. Bau bawang pun dah muntah. Selama 3 bulan, cik suami yang masakkan hihi. Tq sayang~

Tips yang Syaza boleh bagi ialah :

🔵 Percaya pada kebolehan sendiri, maksudnya, kalau kita yakin boleh untuk buat kerja berat atau hiking semua tu, buat. Kalau tak boleh, jangan buat. Percaya pada kebolehan dan tahu kelemahan diri. Setiap orang lain-lain taw masa pregnant. Kurangkan dengar cakap orang. Amek nasihat tak apa, tapi jangan terlalu taksub mendengar sampai tak berani mencuba. Contohnya makan durian. Ok je makan duran tu melainkan kalau ada GDM (kencing manis) waktu hamil, yang tu kena berjaga sebab seulas durian kandungan gula, banyak! Personally, Syaza bedal durian waktu pregnant, sebab dah musim masa tu dan kengkawans emua pakat update makan, ha sapa suruh, kan Syaza terliur, hahaha :D

🔵 Waktu pregnant jaga pemakanan, actually tak ada istilah 'makan untuk dua orang' time pregnant. Yang 'makan untuk dua orang' ni adalah jika kita menyusukan anak, hihi. Kalau tak nak gemuk lepas bersalin, jaga makan dan bersenam antaranya squat (senang nak beranak juga inshaAllah).

🔵 Baca yang positif sahaja sepanjang pregnant. Jangan baca benda pelik-pelik, susah beranak la apa la. Rileks dan tenang. Allah ada. 

🔵 Banyakkan membaca Al-Quran dan perkara baik, bagi anak dengar.

🔵 Borak selalu dengan anak dalam perut, mereka dengar taw ^^

🔵 Banyakkan bergerak untuk elak masalah darah beku dan mudah pitam

🔵 Enjoy pregnancy jangan stress dan tertekan. Keep smile! Sebab anak dalam perut banyak ikut sikap ibu waktu pregnant kan dia taw

🔵 Makan vitamin dengan konsisten dan berhemah sebab kita bukan bawa diri kita je. Ada satu lagi nyawa yang perlukan extra perlindungan. Apa kita makan itu yang dapat pada dia. Syaza consume Set Hamil Shaklee sepenuhnya dari awal sampai akhir

Mommies, jaga kesihatan taw. Ada roh dalam rahim yang perlukan kita menjaganya. Mood : Rindu nak pregnant lagi (gatai) 😂

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")