Friday, 7 September 2018

Kedai Mamak & Semua Restoran Terbuka Diwartakan Tempat Larangan Merokok Mulai Disember

Kedai Mamak & Semua Restoran Terbuka Diwartakan Tempat Larangan Merokok Mulai Disember

7 September 2018 - Semua restoran terbuka diisytihar sebagai tempat larangan merokok mulai Disember 2018 ini. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, "Perkara itu kini dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkaitan,"

"Saya berharap serta memohon sokongan anda semua (ahli parlimen). Sekiranya peraturan ini tidak dapat dipatuhi, perokok yang terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM 10,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun," katanya ketika menggulung tentang usul yang dibahaskan menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara hari ini. 

Kedai Mamak & Semua Restoran Terbuka Diwartakan Tempat Larangan Merokok Mulai Disember

Ini merupakan inisiatif kerajaan dalam melindungi orang ramai dan orang awam daripada bahaya asap rokok. Sebelum ini, 23 tempat telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk dalam lif, tandas awam, hentian awam dan tempat akan berhawa dingin. Di samping itu, pengusaha restoran akui, keputusan ini bakal menjejaskan perniagaan mereka,

Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)
Instagram : @vitaminsyaza

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

  1. Ala.. boleh je merokok tempat lain kan.. perokok kenalah bertimbang rasa.. kesian dekat bukan perokok terpaksa hidu asap rokok yang bahaya tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")