Friday, 7 September 2018

Ayat Al-Quran Pilihan #3 : Al-Ankabut (Ayat 19 & 20)

Al-Ankabut adalah surah yang ke 29 dalam Al-Quran. Hari ini Syaza nak kongsi kepada semua tentang ayat yang ke 19 dan 20 dalam surah ini.

newborn baby

Ayat-ayat ini menceritakan tentang bagaimana Allah memberitahu agar kita sentiasa berfikir mengenai kejadian manusia. Bagi seseorang yang mempunyai akal fikiran, cuba kita berfikir sedalamnya, kejadian manusia itu adalah antara kebesaran Allah dan bukti Allah itu wujud yang tidak dapat di sangkal lagi.

al ankabut ayat 19

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

Sehebat mana pun manusia itu, tidak ada lagi yang mampu mencipta manusia. Yang ada -- robot! Itu pun banyak masalah yang terjadi dalam penghasilan robot. Bagi yang pernah mengandung, bersalin, fikir sedalamya, Maha Suci Allah -- Subhanallah, yang telah menciptakan seorang manusia. Duduk di dalam rahim ibu selama mana waktu yang Allah tetapkan kemudian keluar dari rahim ibu dalam keadaan lemah (tidak tahu apa-apa).

al ankabut ayat 20

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah agar Allah tambahkan lagi nikmatNya kepada kita. Salah satu cara bersyukur ialah dengan memikirkan kebesaran Allah. Dan antara cara memikirkan kebesaran Allah adalah memerhatikan kejadian manusia yang pasti ada pengakhiran (mati).

Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)
Instagram : @vitaminsyaza

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka
Pengeposan ke seluruh Malaysia

1 comment:

  1. Betul tu Syaza.. kejadian manusia itu sendiri perlu dihayati.. kebesaran kuasa Allah yang tiada tandingan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")