Thursday, 6 September 2018

Ayat Al-Quran Pilihan #2 : Al-Qasas (Ayat 78-79 dan 81)

Kali ini Syaza nak share pada semua pembaca yang dikasihi ayat pilihan dari Surah Al-Qasas, surah yang ke-28. 

kisah qarun dalam al-quran

Pembaca semua pernah dengar perkataan harta karun? Harta karun maksudnya harta yang banyak dan kaya. Nak tahu tak sebenarnya harta karun itu memang wujud. Dalam pelbagai siri filem dan drama oleh luar daripada Malaysia terutamanya US, mereka banyak membuat filem yang menceritakan tentang pencarian harta karun ini.

Qarun, merupakan seorang manusia yang sangat kaya ketika di zaman Nabi Musa as. Kekayaan Qarun ini sehinggakan, kunci untuk membuka gudang miliknya, sangat besar dan perlu di bawa oleh ramai orang hanya untuk membuka gudangnya.

Namun begitu, Qarun telah kufur nikmat kepada Allah dan sombong. Dia menganggap bahawa kekayaan yang dia miliki adalah atas usaha dia sendiri tanpa pertolongan daripada sesiapa pun termasuklah Allah Tuhan Yang Maha Esa.

kekayaan qarun dalam al-quran

Ertinya : Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (Al-Qasas 28:78)

Kekayaan Qarun sangat dicemburui ramai manusia, sehinggakan ada yang inginkan kekayaan begitu. Ianya kelihatan seperti untung besar!


kekayaan qarun dalam al-quran

Ertinya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik". (Al-Qasas 28:79)

Kemudian, disebabkan kesombongan dan angkuhnya Qarun, Allah akhirnya telah menenggelamkan Qarun bersama harta-hartanya di dalam tanah. 

kekayaan qarun dalam al-quran

Ertinya : Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. (Al-Qasas 28:81)

Inilah pengakhiran bagi manusia yang sombong, angkuh seperti Qarun. 

Pengajaran dari kisah Qarun ini ialah, kita hendaklah kembali kepada Allah dalam segala hal. Sesungguhnya yang memberikan kita segala nikmat yang tidak terhitung pada hari ini adalah Allah swt. Sebagai manusia bertuhan, adalah wajib dan perlu untuk kita mensyukuri segala nikmat yang ada.

Ucapkan 'Alhamdulillah'. Jangan jadi seperti Qarun, yang sombong dan angkuh dengan Tuhan sendiri. Akhirnya perbuatan tersebut memakan diri sehingga Allah tenggelamkan dia bersama harta dan nikmat yang dia sombongkan selama ini.

Jadi harta karun itu wujud atau tidak? Ya ianya wujud. Pada hari kiamat nanti, harta-harta Qarun ini akan keluar dan manusia akan kembali bertelagah sehingga berbunuhan demi untuk mendapatkan harta-harta itu.

.
Untuk dapatkan Shaklee hari ini, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk WhatsApp)

Your Certified Shaklee Product Consultant

COD Shaklee Melaka

Pengeposan ke seluruh Malaysia


2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")