Thursday, 27 September 2018

Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama

perkembangan bayi semasa kehamilan trimester pertama

Tahniah, syukur alhamdulillah kepada mommies yang sedang tersenyum kegembiraan tika ini meraikan kandungan yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim. Sesungguhnya, tiada yang lebih gembira lebih dari mendapat khabar dari Allah akan menjadi seorang ibu kelak. 😍

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah."(Al- mu'minun : 12)

ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ
"Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim)."(Al- mu'minun : 13)

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik."(Al- mu'minun : 14)

Jom kita tengok, apa yang berlaku waktu trimester pertama ni.
"Hai adik baby, buat apa tu dalam perut ibu?" 😇

Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama

Trimester pertama merujuk kepada kehamilan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan. Syaza akan kongsikan perkembangan bayi kita bermula dari bulan pertama hingga bulan ketiga.

Bulan 1

baby sebulan dalam rahim



Jantung mula terbentuk. Bayi kita mula membentuk tiub neural. Waktu ini adalah waktu yang paling kritikal dan para ibu sekalian WAJIB mengamalkan asid folik bagi mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Banyak kajian dan nasihat dari pengamal kesihatan sendiri, akan kepentingan asid folik bagi mengatasi dan mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Akibat dari kecacatan ini hanya ialah spina bifida. 

Tips

  • Pastikan para ibu konsisten mengambil asid folik bagi elak kecatatan pada tiub neural


Bulan 2

baby dua bulan dalam rahim

Ratusan sel otak bayi sedang terbentuk setiap minit. Tulang rangkanya juga sedang terbentuk. 

Tips : 

  • Pantau pengambilan protein mencukupi setiap hari untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat
  • Ambil lemak sihat untuk asas kepada tisu baru
  • Konsisten kalsium bagi menyokong perkembangan tulang rangka


Bulan 3

baby 3 bulan dalam rahim

Sebahagian besar organ sudah terbentuk, termasuk mata.

Tips :

  • Vitamin B6 diperlukan bagi melegakan mabuk hamil 
  • Asid lemak omega-3 untuk menyokong perkembangan mata dan otak
  • kalsium bagi melegakan dan mengatasi sembelit

2 comments:

  1. kuasa allah kan... dari segumpal darah menjadi manusia bernyawa... syg nya ramai yg ingkar daripada bersyukur...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")