Thursday, 27 September 2018

Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua

 perkembangan bayi trimester kedua

Ok, selalunya bila dah masuk fasa kedua iaitu trimester kedua ni, para ibu dah kurang atau hampir hilang loya dan alahan. Syaza sendiri, waktu ni masih ada alahan namun dah berkurangan sikit, tak seteruk waktu pertama dulu.


Apa pun, lain badan lain ragamnya. Yang penting para ibu pasti sentiasa nak beri yang terbaik pada anak dalam kandungan especially bab penjagaan makanan dan pengambilan vitamin, betul? 😍

"Adik baby dah besar! Dah masuk trimester kedua, mari ibu teropong, adik baby buat apa tu?"

Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua

Trimester kedua merujuk kepada bulan yang ke-4 sehingga bulan ke-6. Wah biasanya fasa ni mulalah berat badan nak naik la, terpaksa minum air gula la hihi. Yang pasti semua itu pengalaman yang indah belaka. ^^

Bulan Keempat

bayi 16 weeks

Ini adalah peringkat pertumbuhan yang pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang.

Tips :

  • Protein diperlukan untuk membekalkan kalori tambahan yang anda perlukan
  • Isi padu darah bertambah 2 kali ganda sekarang, zat besi (iron) sangat diperlukan


Bulan Kelima

bayi 20 weeks

Tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang.

Tips :

  • Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang
  • Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi yang efektif, tingkatkan sistem pertahanan badan dan imunisasi serta tingkatkan tisu penghubung


Bulan Keenam

bayi 24 weeks

Otak dan peparu bayi berkembang dengan pesat. Berat bayi akan terus bertambah hingga waktu lahir.

Tips :

  • Omega-3 bagi sokong perkembangan otak bayi
  • Protein untuk perkembangan dan pertumbuhan


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")