Sunday, 9 September 2018

10 Tanda Kurang Kalsium & Cara Atasi


PENGENALAN

Kalsium merupakan mineral penting yang diperlukan tubuh badan kita. 99% badan kita menggunakan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat. Selain dari itu, kalsium turut berfungsi dalam rangsangan otak, proses pembekuan darah dan pergerakan otot.

10 TANDA KURANG KALSIUM

TANDA KURANG KALSIUM

Tanda seseorang kurang kalsium terbahagi kepada dua iaitu :
- Tanda Kecil
- Tanda Besar

1. Tangan Kebas. 

Tanda ini tidak akan hilang walaupun kita melakukan kerja-kerja rumah dan aktiviti lain. Seseorang akan kerap berasa kebas seperti tangan 'tak wujud'.

2. Kekejangan Otot. 

Leher, peha, kaki, dan bahagian otot utama akan rasa sengal, letih dan mudah kejang atau cramp. 

3. Senggugut. 

Dalam satu kajian didapati mereka yang mengambil kalsium secukupnya dapat mengatasi masalah senggugut mereka setelah sekian lamanya.

4. Kuku Rapuh. 

Masalah kurang kalsium kronik akan beri kesan pada kuku dan kulit. Kulit akan lebih kering dan gatal-gatal. Kuku mudah rapuh. Malah, kajian menunjukkan, kekurangan kalsium ada kaitan dengan eczema dan psoriasis.

5. Mudah Pitam dan Pengsan. 

Disebabkan kalsium penting dalam membantu proses saraf berjalan lebih baik, kurang kalsium akan menyebabkan seseorang sering berasa pening yang akhirnya sebabkan mudah pitam.

6. Depression, Anxiety. 

Pengambilan kalsium yang mencukupi mengelakkan seseorang daripada mengalami masalah depression dan anxiety. Suplimen kalsium sangat membantu dalam hal ini. Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil kalsium sebanyak 500 mg sehari dapat mengurangkan masalah depression dan anxiety ini.

7. Gigi Rapuh. 

Apabila kalsium kurang, badan akan mula 'menarik' kalsium yang ada dari gigi yang kemudiannya menjadikan gigi pula yang mudah rapuh. 

8. Perkembangan Terbantut Kanak-Kanak.

Pengurangan kalsium kepada kanak-kanak dan bayi akan menyebabkan gigi lebih lambat tumbuh.

9. Insomia Susah Tidur Malam. 

Selain dari insomnia, kurang kalsium juga akan buat seseorang rasa pening, tidak bersemangat dan lesu letih.

10. Osteoporosis. 

Ini adalah sangat serius. Kurang kalsium makan masa yang lama untuk mendapat gejala osteoporosis ini yang akan membuatkan tulang nipis dan mudah patah. Pemakanan hari ini menentukan sejauh mana cepat atau lambat untuk dapatkan osteoporosis ini.

KEPERLUAN KALSIUM SEHARI (MALAYSIA)


UmurKeperluan Kalsium (mg/sehari)
1-3 tahun700
4-9 tahun1,000
10-19 tahun1,300
20-49 tahun 1,000
50 tahun1,200
Ibu Menyusu & Mengandung1,000

Sumber Dari : Reccomended Nutrien Intake for Malaysia 2017

CARA ATASI KEKURANGAN KALSIUM

Makan makanan yang bersumberkan kalsium secukupnya (refer gambar).

tanda kurang kalsium

Ini menunjukkan bahawa, sebagai contoh sekiranya ibu mengandung yang memerlukan 1,000 mg kalsium sehari - mereka hendaklah memastikan dapat makan makanan ini sehingga cukup 1,000 mg sehari. Kalau mereka memilih untuk makan brokoli, maka perlu makan 14 cawan brokoli satu hari untuk cukupkan keperluan 1,000 mg sehari kalsium tadi.

Bagi yang mementingkan kesihatan harian, dapatkan suplimen kalsium dari Shaklee iaitu Ostematrix Shaklee.

tanda kurang kalsium
Ingin dapatkan Ostematrix Shaklee hari ini bagi mengatasi masalah kekurangan kalsium? Hubungi 018-768-4817 atau klik gambar di bawah.


Vitamin Syaza,
Certified Shaklee Consultant.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")