Thursday, 25 October 2018

10 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan

kemurungan

Ada banyak kes-kes yang melibatkan bunuh diri dan juga bunuh orang lain akibat kesan kemurungan melampau. Please, jangan ambil remeh kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau kenalan kita yang kita lihat ada tanda-tanda murung ni.

Hulurkan bantuan untuk dengari mereka.

Tips berhadapan dengan pesakit murung:

  • Banyakkan mendengar
  • Elak judge dan hakimi mereka di hadapan mereka dan di belakang
  • Bawa mereka berjumpa pakar psikiatri
  • Kenalpasti punca depression tersebut [melalui sesi luahan-dengar]

Kemurungan bukan akibat tak cukup solat, tak baca Quran dan yang sewaktu dengannya. Ianya adalah penyakit! Macam sakit-sakit yang lain. Sakit jantung, demam, sakit kencing manis. Ibaratnya begitulah.

Ianya satu jenis penyakit yang boleh dihadapi oleh semua jenis orang dan lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan umur. Senang cerita, Pak Lebai, pun boleh murung dan depress! Walaupun secara zahir kita kata seseorang tu nampak kuat iman gitu.

Kerana, murung ni sejenis penyakit yang boleh kena dan di uji pada setiap dari kita.

17 Artis Popular Mati Akibat Kemurungan 

1. Park Yong Ha 

artis mati kerana kemurungan

Park Yong Ha telah memulakan perjalanan karier sebagai seorang pelakon sejak 1994. Dan mula menempa nama, popular, bagi sebuah drama yang cukup menjadi kegilaan ramai; iaitu Winter Sonata pada tahun 2000.

Yong Ha telah ditemui mati oleh ibunya sendiri pada 30 Jun 2010 dirumahnya yang terletak di kawasan Nonhyeong-dong, Seoul, Korea.

Didapati telah menggantung dirinya dengan menggunakan wayar pengecas handycam. Menurut sumber, Yong Ha dipercayai menghidapi kemurungan dan tertekan akibat masalah perniagaan selain daripada kerana masalah penyakit kanser yang dihidapi ayahnya.

2. Robbin Williams

artis mati kerana kemurungan

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood ditemui mati selepas menggantung dirinya dengan menggunakan tali pinggang. Robbin tidak dapat menerima hakikat dirinya disahkan menghidap Parkinson dan tertekan dengan berita itu hingga ambil keputusan untuk bunuh diri.

3. Kang Doo Ri

artis mati kerana kemurungan

Persaingan sengit dalam industri hiburan Korea, membawa aktres jelita ini mati bunuh diri pada 2015. Awalnya pihak polis mendapati Doo Ri terlibat dalam kemalangan. Namun selepas siasatan dijalankan, nyata Doo Ri didapati ada unsur bunuh diri didalamnya.

4. Lee Eun Jo

artis mati kerana kemurungan

Eun Jo mati bunuh diri di usia yang cukup muda, iaitu 24 tahun, sejuru selepas tamat pengajian di Universiti Dankook. Ditemui mati di apartmen miliknya di Bundang, Korea Selatan pada Februari 2005.

Keluarga Eun Jo memberi maklumat bahawa, dia mengalami masalah kemurungan sehingga menganggu mentalnya dan telah menghidap insomnia (sukar tidur) semenjak melakukan adegan yang tak sewajarnya di dalam filem 'The Scarlet Letter'.

Baca Selanjutnya >>

5. Kurt Cobain

artis mati kerana kemurungan

Tahun 1994, vokalis kumpulan terkenal, Nirvana ditemui mati selepas menembak dirinya sendiri akibat masalah kemurungan dalam keadaan yang sangat tragis!

6. Jeong Da Bin

artis mati kerana kemurungan

Beberapa minggu sebelum ulang tahunnya, Da Bin didapati menggantung dirinya di dalam bilik air, rumah apartmen kekasihnya. Aktres jelita ini bukan sahaja terkenal di Korea, malah di Taiwan.

7. Lucy Gordon

artis mati kerana kemurungan

Lucy, pelakon filem superhero terkenal, Spiderman dalam Spiderman 3 telah menggantung dirinya sendiri dirumahnya pada 2009, akibat tekanan jiwa.

Baca Selanjutnya >>

8. U-Nee

artis mati kerana kemurungan


Di usia 26 tahun, U-Nee mati dengan menggantung dirinya akibat masalah tekanan jiwa melampau dari kerana popularitinya ketika itu sebagai seorang penyanyi dan pelakon terkenal Korea.

9. Chester Bennington

artis mati kerana kemurungan

Vokalis Linkin Park, sebuah kumpulan yang sangat popular ini, ditemui mati bunuh diri dengan cara menggantung dirinya sendiri. Kematian Chester menggegarkan dunia hiburan terutama bagi peminat Linkin Park sendiri.

Chester akui sewaktu hidupnya, dia mempunyai sejarah lampau sering di dera hingga pernah membuat keputusan membunuh diri ketika itu, ketika zaman kecilnya selain mempunyai masalah bersama dadah dan alkohol.

10. Jonghyun

artis mati kerana kemurungan

Penyanyi utama kumpulan SHINee, kematiannya akibat bunuh diri sangat mengejutkan! Luarannya tampak seperti tidak ada masalah murung. Tetapi hakikatnya Jonghyun menanggung beban yang berat sehingga ditemui mati akibat menghidu gas karbon monoksida melalui arang yang di bakar didalam bilik tidurnya.

Nota : Bunuh diri dalah haram dan di larang di dalam Islam. 

Baca Selanjutnya >>

3 comments:

  1. uish ramai jugak eh, yang shinee tu je sha tahu

    ReplyDelete
  2. kemurungan ini memang bahaya kalau tak dirawat.. memang struggle orang yang ada kemurungan ini..

    ReplyDelete
  3. Masalah kemurungan memang dah jadi penyakit serius sekarang nie...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")