Friday, 5 October 2018

10 Mitos Susu Badan Kita Sikit [Sebenarnya Tidak]

susu sikit

Anak menangis setiap jam, mak kita dah bising. Katanya cucu tak cukup minum susu sebab susu emak dia sikit. Mulalah si nenek ni nak sumbat cucu dengan nasi lembik, bubur air, biskut, nasi berlauk pun ada!

Si ibu dah stress, dengan sakit bersalinnya lagi. Anak menangis di tambah orang sekeliling, nenek dan suami pun sama terus berkata susu si ibu sikit, tak banyak. Si ibu yang pada awalnya nak bagi anak susu sepenuhnya hingga  tahun, jadi goyah, mula putus asa kerana terpedaya dengan mitos, anak menangis tanda susu sikit, tak cukup.

Ini hanyalah sebahagian dari situasi biasa yang selalu berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Akibat tidak ada ilmu, hanya menurut emosi, akhirnya kita, ibu yang tekad nak beri penyusuan pada anak kita hampir di cabut tekad tadi. 

Untuk menguatkan lagi tekad dan keazaman ingin menyusui bayi kita, jom kita sama-sama tengok dan baca satu persatu mitos susu badan sikit walhal sebenarnya tidak.

10 Mitos Susu Badan Kita Sikit

Perkara di bawah bukan tanda susu kita sikit :

1. Bayi kerap menangis 1 ke 2 jam sekali.

Bayi yang sihat akan minum susu dengan kerap untuk menyokong pertumbuhan badan mereka. Adalah normal dan sangat normal bagi bayi yang baru lahir untuk minum susu setiap 1 dan 2 jam sekali. Selain dari membantu pertumbuhan badan mereka, ia juga adalah untuk membantu ibu menghasilkan lebih banyak keperluan susu. Hisapan bayi akan merangsang kelenjar susu untuk bekerja mengeluarkan lebih banyak susu di masa akan datang. Beri bayi susu bila mereka menangis walaupun dalam selang masa sejam sekali. Itu adalah tabiat normal seorang bayi.

2. Payudara Tidak Mempunyai Lelehan Susu

Semakin anak kita pandai minum susu, semakin sikit atu tiada lelehan susu akan berlaku. Anak berjaya minum sepenuhnya.

3. Payudara Tak Bengkak

Di awal pantang, normal untuk bengkak susu berlaku. Lama kelamaan, payudara akan kembali lembut dan seolah kosong (sebenarnya tidak). Kelenjar susu ketika ini sudah tahu berapa banyak keperluan anak kita dan 'mereka' hanya menghasilkan susu mengikut keperluan anak kita masing-masing. 

4. Sesi Menyusu Tak Lama

Bayi yang dah pandai menghisap susu dan minum susu ibu mereka, akan mempunyai sesi minum yang lebih sedikit berbanding sebelumnya. Bergantung, ada bayi yang setiap sesi minum susu setengah jam, sejam, ada yang sedikit. Tapi ini bukan tanda susu anda kurang jika bayi anda hisap sekejap sahaja.

5. Payudara Anda Kecil

Jumlah susu bukan bergantung pada saiz payudara. Payudara besar adalah kombinasi di antara lemak dan tisu grandular. 

6. Bayi Kerap Bangun Tidur

Kebanyakan bayi yang baru lahir, tidak dapat membezakan malam dan siang. Normal bagi mereka bangun kerap  hingga 3 jam setiap malam, itu adalah tanda mereka nak menyusu dan susu pada waktu malam lebih baik untuk perkembangan mereka kerana waktu itu kalori dan khasiat susu lebih tinggi!

set menyusu shaklee

7. Bayi Tak Tidur Lepas Menyusu

Setiap bayi ada cara mereka sendiri untuk tidur. Ada yang lepas menyusu, terus tidur. Ada yang kena tepuk punggung, ada yang perlu di kendong dan belai. Bergantung. Ibu bapa perlu kenal pattern tidur mengikut kehendak bayi anda. Bayi tak tidur lepas menyusu bukan tanda susu sikit.

8. Bayi Nak Puting Selepas Menyusu

Adalah sangat tidak digalakkan memberi anak puting. Selain dari sebab gigi menjadi tidak tersusun akibat puting, puting hanya akan menyebabkan bayi keliru puting di antara puting sebenar di payudara dan tiruan. Hakikatnya, susu anda tidak sikit sekiranya bayi nak puting selepas menyusu, ianya cuma kerana mereka keliru puting. Elak memberi mereka puting, termasuk botol sekiranya tidak memerlukan di awal kelahiran.

9. Ibu Tak Rasa Susu Keluar Waktu Bayi Minum

Ada sesetengah ibu yang boleh rasa seperti renjatan halus ketika anak menghisap payudara mereka. Ada yang tidak. Renjatan tersebut lama kelamaan akan hilang sendiri. Ia cuma terjadi di awal bayi mul berlajar hisap susu anda. 

10. Susu yang dipam tak Banyak

Pam susu dan menyusu secara direct adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. Tak penting berapa banyak amaun susu yang penting amaun tersebut cukup untuk anak anda. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita membandingkan kuantiti susu kita dengan orang lain.

Kesimpulannya
  • Lain anak lain sikapnya dalam penyusuan
  • Jika berat badan anak naik dengan normal, susu anda cukup
  • Bayi yang buang air besar dan kecil normal setiap hari, makna susu anda cukup

Ibu, yakin dan positif! Ini adalah 10 mitos tentang susu badan sikit, yang sebenarnya tidak langsung menjadi sebab susu sikit.

Goodluck semua ibu-ibu. Jom kita breastfeed anak sehingga 2 tahun penuh.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")