Thursday, 4 October 2018

11 Tempat Wajib Lawat di Pulau Langkawi

Tempat Wajib Lawat di Pulau Langkawi

Syaza nak bawa suami dan anak Syaza sambut anniversary + birthday di Pulau Langkawi next year. Untung juga yer bila anak kita ada tarikh lahir yang dekat dengan ulang tahun perkahwinan kita. Dah niat, nak bawa suami dan anak jalan-jalan. Gigih kumpul dan menabung hasil bonus Shaklee dan simpanan sendiri. Hihi, alhamdulillah.

Suami Syaza sibuk sokmo. Kerja seorang jurutera yang macam tak pernah nak habis. Jadi, Syaza dah minta kebenaran siap-siap untuk fully take over semua planning. Actually best sebenarnya tak ada campur tangan beliau hahaha opss. Terlebih pula!

Bab bilik, resort, hotel wajib tanya. Beliau lebih detail dan teratur bab pemilihan penginapan ni. So yang tu I kena double check dengan beliau. Mengenangkan kisah betapa sibuknya beliau, buatkan hati semakin bulat tekad untuk kekal bersungguh with my Shaklee Business. Impian; one day, he is with me, doing this business together. Most important thing here is - time freedom. I will fight and get the freedom of time for you, sayang.

Alamak, ter-sweet sekejap, hihi. 

Ok, after doing some research, baca sana dan sini. Siap pakej catit dan catat taw. Maklumlah walaupun Syaza plan, but still, wajib bentang plan kepada big boss - suami. Ok, dah jom kita tengok dan baca sama-sama. Bismillah.

11 Tempat Wajib Lawat [Langkawi]

1. Kereta Kabel

This one; is a must! Terletak berhampiran Pantai Cenang dan Airport Langkawi. Selain dari nama kereta kabel, terkenal juga dengan panggilan Panorama Langkawi. Ia adalah kereta kabel terpanjang di dunia dengan jarak 2.2 km dan tercuram di dunia. Wah, excitednya. Masa ni la nak uji ketahanan mental diri sendiri.

Tiket yang di jual semuanya termasuk bersamanya tiket untuk masuk ke 3D Art Langkawi, SkyDome dan SkyTrex. Kalau nak tahu, awalnya Syaza fikir tak payah nak masuk 3D Art tu, sebab for me, itu cuma tempat bergambar yang biasa je macam 3D Art lain. 

Tapi, disebabkan dah termasuk bersama dalam tiket kereta kabel ni, apa salahnya kita enjoy bergambar, hehe. 

Dan satu lagi maklumat penting, kereta kabel ni ada dua jenis. Satu adalah jenis biasa. Kedua, adalah jenis luar biasa. Luar biasa macam mana? Kereta kabel dia, adalah dari jenis kaca. Gondola berkaca. Kaki bawah kita boleh nampak pemandangan di bawah. Kira, kiri, kanan, atas, bawah semuanya adalah kaca. So, goodluck bagi yang pilih gondola berkaca. I tak pilih, haha

Biasa je pun ketar lutut kot hahaha

Harga tiket (Malaysian) - klik sini untuk maklumat tiket lanjut 
  • Gondola Biasa
    • Dewasa RM 40
    • Kanak-kanak RM 30
  • Gondola Berkaca
    • RM 105/seorang
Bagi yang nak dapatkan fast lane, yang tak perlu beratur, tambah RM 50 bagi gondola biasa. Kalau tak, book ikut time slot yang available dan perlu beratur.

2. Underwater World

Ok, next is this one. Ada dekat kawasan Pantai Cenang. Ianya dalah akuarium yang terbesar di South East Asia dan telah wujud sejak tahun 1995. Sebaya dengan adik Syaza yang nombor 3, akuarium ni. Syaza memang pantang dengan perkataan 'terbesar', 'ter-itu', 'ter-ini'. Sebab bila ada 'ter' ni menunjukkan tempat tersebut special dan lain dari yang lain.

Harga tiket (Malaysian) - klik sini untuk maklumat tiket lanjut 
  • Dewasa RM 36
  • Kanak-kanak RM 26

3. Makam Mahsuri

Tempat bersejarah. Siapa tak kenal yang namanya Mahsuri. Pergi ke tempat bersejarah, wajib untuk kita tahu sedikit tentangnya. So, siapa dia Mahsuri ini? Beliau adalah lagenda di Langkawi, yang dikatakan telah dianiayai, dan di bunuh atas kesalahan yang tidak di buat. Disebabkan itu, sebelum di bunuh, beliau telah mengenakan sumpahan atas Langkawi [7 keturunan]. Darah yang mengalir dalam dirinya selepas di bunuh, dikatakan berwarna putih. Wallahu'alam.

Harga Tiket  - klik sini untuk maklumat tiket lanjut 
  • Dewasa RM 12
  • Kanak-kanak RM 6

4. Wildlife Park

Saja nak melawat. Bawa anak jalan-jalan, sambil tengok haiwan. Kenalkan dia dengan haiwan, one-by-one. But please, ibu kalau boleh nak elak si ular, huhu. Park ini terletak di kawasan Pekan Kuah.

Harga Tiket (Malaysian)  - klik sini untuk maklumat tiket lanjut 
  • Dewasa RM 24
  • Kanak-Kanak RM 14

5. Tasik Dayang Bunting

Special! Tasik ini menyerupai, perempuan atau wanita yang sedang hamil. Iklan sikit : Siapa pregnant mari usha Set Hamil Shaklee, Syaza dah cuba, sangat awesome (nak order WhatsApp je Syaza)! Nak suruh Tasik Dayang Bunting try, tak boleh, so suruh korang readers try, ok. Hihi ^^

Ok, so nak ke sini, perlu naik bot laju. Syaza survey, sama ada nak ke sini dengan Island Hopping atau naik bot ke tasik ni saja pun boleh. Syaza pilih untuk naik bot hanya tuju ke tasik ini sahaja.

Harga Tiket :
  • RM 35/seorang

6. Pulau Payar

Snorkelling time!

Perasan tak, dalam list ni Syaza tak masukkan Kilim Geoforest Park? Ok, tak apa kalau tak perasan. Syaza dah bagitahu. Syaza sebenarnya, nak masukkan dia dalam list, tapi disebabkan memikirkan Syaza plan untuk 2 malam je, jadi rasanya tak sempat kot nak tapaw sampai dua - Pulau Payar dan Island Hopping ke Geoforest Park tu.

So, within those two, I prefer Pulau Payar lebih lagi! Harga untuk ke dua-dua pakej ni, sama dan lebih kurang je. Tapi, Pulau Payar best sebabnya, dekat sana, adalah kawasan coral, ikan cantik-cantik, yang terjaga. Di situ cuma ada kakitangan Jabatan Laut yang bertugas, no rumah lain. Memang terjaga! ^^

Kalau nak tahu masa 1998, coral di kawasan Pulau Payar ni terjejas teruk kerana pemanasan melampau. Then, pihak berwajib ambil langkah pemuliharaan dan pemeliharaan, dengan menutup kawasan ini dari sebarang aktiviti pelancongan untuk memastikan ia kembali stabil dan terpelihara.

Pulau Payar ni macam Koh Lipe. Cantik, air biru, jernih! SubhanAllah.

Harga Tiket :
  • RM 130/seorang
8. Shopping Bebas Cukai

Oh, this one wajibul ghunnah. Wajib! Dah fikir nak grab macam-macam jenis coklat kat sini. Wuhuuuu. ^^

9. Tanjung Rhu

Tanjung Rhu, kawasan laut atau pantai dari jenis tanjung yang tak ramai orang, dan menenangkan. But based on my survey, ada beberapa kedai makan, cenderahati di tepi-tepi kawasan ni. Kalau nak rileks, tak nak di ganggu, especially yang baru kahwin tu, silalah ke sini yer.

Syaza nak ke sini sebab saja, nak tengok! ^^

10. Pantai Cenang

Woah, siapa tak kenal Pantai Cenang. Paling famous. Jom mandi-manda di sini dan melantak banyak-banyak ahaha (itu hobi Syaza). ^^

11. Dataran Lang

Trademark. Wajib datang sini dan amek gambar dengan pakcik Helang besar gedabak. Ia adalah bukti kukuh anda di Langkawi hahaha ")

Siapa plan nak bercuti Langkawi, semoga bermanfaat dengan itinerary yang Syaza kepilkan dalam bentuk tempat menarik di Langkawi ya!Yang Syaza senaraikan ini adalah pilihan based on plan Syaza untuk percutian kami sekeluarga nanti, inshaAllah ^^

Semoga bermanfaat.

4 comments:

  1. Pernah ke sana sekali, lama dah. Mgkin boleh dipertimbangkan tuk ke sana lagi 😁

    ReplyDelete
  2. teringin nak g langkawi.. blm pernah pergi lagi. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")