Wednesday, 3 October 2018

12 Manfaat Susu Ibu Kepada Anak dan Ibu

manfaat susu ibu kepada ibu dan anak

Cadangan daripada American of Pediatrics, mengatakan, penyusuan ibu adalah cara terbaik di dalam mengurangkan risiko anak kita dari mendapat berat badan berlebihan atau obesiti. Analisis dari 17 kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology menambahkan lagi bukti bahawa risiko untuk gemuk dan obes ketika di alam dewasa lebih rendah bagi bayi yang mendapat susu ibu waktu kecil. Manfaat ini paling banyak didapatkan dari bayi yang di beri penyusuan secara eksklusif.

Manfaat Susu Ibu Kepada Anak
  • Memberi semua nutrien penting yang diperlukan anak
  • Melindungi anak dari masalah alergi, mudah jatuh sakit dan obesiti
  • Melindungi anak dari diabetes dan kanser
  • Melindungi anak dari jangkitan kuman 
  • Senang di hadam 
  • Mengelakkan masalah sembelit, cirit birit dan perut kembung tak selesa
  • Berat badan anak dalam lingkungan sihat dan stabil
  • Kajian menunjukkan, ujian IQ untuk anak yang mendapat penyusuan ibu lebih tinggi dari yang selainnya

Pelbagai kajian di seluruh dunia membuktikan, penyakit berkaitan jangkitan kuman di perut, telinga, masalah pernafasan dan meningitis jarang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mendapatkan penyusuan ibu secara eksklusif. Penyusuan eksklusif membawa maksud tidak ada sebarang campuran makanan pejal, susu formula atau air sepanjang 6 bulan pertama!

Di samping itu, penyusuan susu ibu, bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak, dan bayi kita, malah, ibu yang menyusukan anak turut sama mendapat manfaat darinya.

Manfaat Susu Ibu Kepada Ibu
  • Mengurangkan risiko Diabetes Type ii
  • Mengurangkan mendapat risiko kanser seperti kanser payudara
  • Lebih mudah menurunkan berat badan
  • Menguatkan hubungan ibu dan anak

National Institutes of Health, menunjukkan, lebih dari 9,000 abstrak kajian dan kesimpulan mendapati, wanita yang tidak menyusukan anak atau berhenti menyusukan anak awal, mendapat risiko kemurungan atau meroyan lebih awal berbanding wanita yang menyusukan anak.

Baca Selanjutnya :

2 comments:

  1. Setuju.. susu ibu mmg banyak khasiat dan terbaik untuk si anak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")