Thursday, 11 October 2018

14 Tanda Gastrik

gastrik
"Sakitnya perut! Gastrik ke ni?"
Pengenalan

Gastrik atau gastritis adalah penyakit yang selalu menyerang bahagian perut dan ulu hati seseorang. Lapisan mukosa di dinding perut yang bertanggungjawab melindungi perut terganggu, ini antara definisi mudah bagi gastrik.

Asid hidroklorik digunakan dalam proses pencernaan makanan di dalam perut. Ianya hanya dirembeskan apabila ada makanan untuk dicernakan dan mengikut pola pemakanan rutin. Gastrik akan terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan di antara penghasilan asid hidroklorik dan ketahanan sistem perlindungan lapisan mukosa perut.

Punca Gastrik

Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin, tidak menjaga waktu makan, suka skip sarapan, gemar makanan pedas dan pengambilan alkohol berlebihan antara punca gastrik. Malah, jangkitan bakteria dan virus juga menjadi punca berlakunya gastrik atau gastritis ini.

[Baca Selanjutnya >> 5 Punca Utama Gastrik]

Tanda Gastrik

Gastrik jarang menunjukkan sebarang tanda yang jelas. Jika ada sebarang tanda, yang biasa ada ialah:
  • Muntah
  • Pening kepala
  • Pedih ulu hati
  • Kekejangan di bahagian otot perut
  • Sakit perut hingga efek belakang badan
  • Buang air tak lawas
  • Cepat kenyang walaupun baru mula makan
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Perut sebu
  • Kembung perut
  • Sendawa keluar angin bukan sebab kenyang
  • Najis berwarna hitam*
  • Muntah keluar warna gelap*

*Sila dapatkan rujukan doktor segera jika tanda ini sudah ada. Tanda ini antara tanda awal telah terjadi pendarahan dalaman dan perlu rawatan segera.

[Baca Selanjutnya >> Set Gastrik Shaklee]

2 comments:

  1. ms zaman sekolah dulu selalu dpt symptom2 di atas... skrg alhamdulillah dah x de lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur. Jaga-jaga anies, harap dia tak kembali lagi-- amin :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")