Monday, 8 October 2018

3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu

milk booster

Semakin kita bersama dengan seorang bayi yang kian membesar, semakin penting konsep demand & supply. Payudara perlu sentiasa dikosongkan sama ada dengan cara menyusu secara diret atau pam susu. Semakin kerap payudara kosong, semakin kerap susu baru akan dihasilkan. Ini adalah faktor utama dalam teknik penyusuan.

Milk booster membantu meningkatkan aliran susu sebanyak 30%.

Konsep demand & supply perlu dititikberatkan sepanjang fasa penyusuan ibu dan anak. Demand & supply beerti, aliran susu bergantung kepada tahap keperluan (demand) anak terhadap susu. Anak minum susu, maka ada susu. Itu trick dan tips paling simple!

Persoalannya, bagi mereka yang ingin mengambil milk booster dalam masa sama mengamalkan tips dan teknik penyusuan utama; demand & supply, bagaimana milk booster ini membantu di dalam meningkatkan susu?

3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu

1. Aliran Susu Meningkat Dalam Pantang

Sewaktu dalam pantang, diawalnya, ibu akan menghadapi dan berdepan dengan pelbagai kesukaran antaranya ialah kegagalan anak untuk belum pandai dan tahu menghisap susu dengan betul. Ini akan menyukarkan proses penghasilan susu. Peranan milk booster adalah untuk membantu ibu meningkatkan susu di samping berusaha membantu anak untuk praktis hisap susu dengan betul dalam mengaktifkan dan memberi signal kepada kelenjar susu untuk 'bekerja'.

2. Tingkatkan Hormon Oxytocin

Selepas 3 bulan dan ke atas, ramai para ibu berhadapan dengan susu drop dan hampir kering walaupun telah guna pakai teknik demand & supply. Hal ini terjadi kebiasaannya kerana, ibu sering stress dan tertekan serta tidak mempunyai tenaga yang mencukupi dalam mengurus diri dan anak sehingga beri kesan kepada susu sikit, drop dan sebagainya.

Disinilah peranan milk booster tertentu yang terbaik, dalam membantu ibu untuk lebih bertenaga dan lebih mudah mengawal stress,  dan akhirnya hormon oxytocin yang terlibat dalam kerja penghasilan susu akan kembali stabil. Aliran susu meningkat!

3. Bekalan Susu Mencukupi (EPMom)

Bagi ibu yang memilih untuk pam susu berikutan kerana tuntutan kerjaya terutamanya, adalah amat penting milk booster bagi memberi bantuan terawal dalam peningkatan susu. EP Mom, kebanyakkan masa dengan anak hanyalah sebelah petang hingga malam. Ini bermakna, rangsangan paling utama iaitu hisapan anak adalah kurang daripada rangsangan yang diberikan dari pam. Selain daripada menjaga waktu pam untuk mengikut jadual rutin harian, milk booster akan memberi ibu kepuasan kerana setiap susu yang di pam lebih pekat, banyak dan berkalori tinggi!



milkbooster


2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")