Friday, 5 October 2018

3 Tanda Susu Badan Sikit

susu sikit

Kejadian susu sikit sebenarnya sangat jarang berlaku sekiranya anda mengikut cara dan teknik yang betul dalam penyusuan ibu. Namun, kadangkala, ia boleh berlaku. Cara paling mudah nak kenal dan tahu susu badan kita sikit adalah dari pengamatan dan pemerhatian terhadap anak kita.

3 Tanda Susu Badan Sikit 

🔵 Masalah Berat Badan

Normal untuk newborn, hilang beberapa kgs sehingga 5% ke 7% dari berat badan sewaktu lahir dulu. Ada juga yang hilang sehingga 10% dari berat asal! Namun, selepas proses normal ini, mereka wajib untuk mendapat kenaikan berat badan sekurang-kurangnya 20 hingga 30g sehari dan kembali ke berat asal (seperti baru lahir) pada hari ke 10 hingga 14 kelahiran. Jika, anak anda kurang 10% atau lebih berat badan asal, dan dia tidak mengalami kenaikan berat badan secara normal, ini adalah tanda awal dan utama susu anda tidak mencukupi untuknya.


🔵 Kurang buang air kecil dan besar

Bilangan buang air kecil dan besar dalam masa sehari adalah indikator terbaik sama ada anak anda mendapatkan susu yang cukup atau tidak. Berapa kali yang dikatakan normal bilangan pembuangan ini? Bergantung kepada anak anda. Ada bayi yang 7 hingga 8 kali dan ada yang kurang dan lebih. Minimum, sekurang-kurangnya 4 kali sehari dengan keadaan najis yang normal.

set menyusu shaklee

🔵 Dehidrasi

Sekiranya anak anda mempunyai air kencing seakan warna teh pekat, mulut kering atau masalah kuning (jaundis; kulit dan mata kuning), atau anak anda tidak mahu menyusu, ini adalah petanda awal dia sedang mengalami dehidrasi atau kurang air melampau. Demam, cirit birit, muntah dan badan panas akan menyebabkan susulan dari ini. Susu ibu, 90% adalah air, sekiranya anak tak dapat susu yang cukup kerana susu anda sikit, mereka akan kena dehidrasi.

Baca Selanjutnya >> 

10 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah semoga bermanfaat kak sha ^^

      Delete
  2. kurang buang air pun boleh jd petanda ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaps. sebab tak cukup air (read : susu) dalam badan baby ^^

      Delete
  3. baru tahu juga tanda-tanda ini..

    semoga info ini bermanfaat pada masa yang akan datang

    ReplyDelete
  4. Anak saya dah setahun sebulan, berat normal tapi nampak kecil dari yang lain. Agaknya tak cukup susu jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat normal takde masalah ^^ nampak kecil tu biasa la tu sama ada baka atau memang dah begitu hihi. asalkan berat normal, ^^

      Delete
  5. Baru tau tentang ni. Thanks for the info syaza.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")