Wednesday, 10 October 2018

4 Mitos Milk Booster

MILK BOOSTER

Mitos adalah lawan kepada fakta. Dalam penggunaan milk booster, juga tidak lari dari beberapa mitos. Ibu wajib tahu supaya para ibu sentiasa berhati-hati terutama dalam pemilihan milk booster terbaik.

4 Mitos Milk Booster

1. Milk Booster 100% Membantu

Ini mitos pertama. Milk booster membantu sebanyak 30% dalam menghasilkan susu badan. Lebih 70% adalah usaha dan teknik ibu. Tanpa usaha dan teknik, milkb ooster berseorangan tidak akan berjaya.

Ia ibarat, ada kunci kereta tetapi tidak start enjin kereta. Adakah kereta boleh berjalan tanpa start enjinnya? 

Kunci = Milk booster
Start Enjin = Teknik Penyusuan
Kereta Berjalan = Penghasilan susu

Mudah, analogi ini. 

Teknik yang paling asas wajib ibu perhatikan dalam penyusuan badan ialah :
  • Demand & Supply
  • Kosongkan payudara selalu [pam/susu anak kerap]
  • Elak bengkak susu secara sengaja
  • Mulakan penyusuan awal


2. Milk Booster Hanya Protein

Ramai beranggapan hanya protein dalam bentuk ikan, daging, telur sahaja yang bantu naikkan susu badan. Hakikatnya, ada banyak makanan semulajadi yang membantu meningkatkan penghasilan susu selain dari protein semata.

Sayuran, buah, kekacang. Antara contoh ialah, daun Alfalfa, betik hijau, barli dan almond.

3. Milk Booster Menggemukkan

Tidak sama sekali jika kita memilih milkbooster terbaik seperti oat, kekacang, sayuran, ikan. Antara milkbooster yang sememangnya banyakkan susu tetapi akan menggemukkan ialah minuman malt dan coklat. 

Pilih yang terbaik kerana pilihan selain minuman sebegitu lagi banyak dan lebih berkhasiat.

4. Milk Booster Tidak Membantu Langsung

Milk booster sangat membantu. Syaratnya, gabungkan bersama skill dan teknik asas penyusuan paling utama iaitu demand & supply.

Bacaan selanjutnya


Klik di sini jika ingin mendapatkan MILK BOOSTER dari Shaklee

milk booster shaklee

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")