Monday, 22 October 2018

6 Jenis Kemurungan Popular Kerap Menyerang Rakyat Malaysia

kemurungan

Ada jenis kemurungan yang berbeza antara satu sama lain dan berkembang dalam diri seseorang kerana faktor unik tersendiri. Antara yang paling kerap menyerang seseorang ialah:

1. Dysthymia (Kemurungan Berpanjangan)

Sejenis emosi murung yang berpanjangan sekurangnya selama 2 tahun! Dysthymia adalah dari jenis kemurungan yang masih di tahap awal.

2. Kemurungan Psikotik (Mendengar Suara Halus)

Berlaku apabila seseorang menghidapi kemurungan di tahap kronik di tambah dengan keadaan psikosis. Psikosis adalah bila mana seseorang mendapat delusional, mendengar suara halus dan melihat sesuatu secara halusinasi. Suka berkhayal dan dengar yang tidak sepatutnya dan tidak wujud di alam realiti. Penghidap biasanya adalah pernah mendapat dysthymia dan tidak mendapat rawatan sebaiknya.

3. Kemurungan Selepas Bersalin (Postpartum Depression/Meroyan)

Orang Malaysia menggelarkan kemurungan selepas bersalin sebagai meroyan. Biasa terjadi kepada para ibu dan lebih serius dari sekadar 'baby blue'. Baby blue biasa terjadi seawal dua minggu selepas kelahiran kerana terkejut dengan persekitaran baru bersama bayi yang dilahirkan dan akan hilang selepas itu. Namun, meroyan bukan begitu. Wanita yang menghidapi kemurungan selepas bersalin sedang berhadapan dengan jenis murung yang di tahap kronik dan kritikal! Perasaan seperti sedih berlebihan, risau dan terlalu penat antara gejala dan punca awal meroyan ini. Ia akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani dengan baik.

4. Kemurungan Bermusim (Seasonal Affective Disorder)

Dikenali sebagai jenis murung yang akan datang ketika musim sejuk di mana keadaan cahaya matahari amat minimum. Kebiasannya, akan hilang ketika musim luruh dan bunga. Kemurungan jenis ini akan mengakibatkan seseorang menghadapi penambahan berat badan, waktu tidur terjejas. Jarang berlaku di Malaysia kerana biasa menyerang mereka di negara yang mempunyai 4 musim. Namun, dalam keadaan cuaca Malaysia yang tidak menentu, memungkinkan ini terjadi.

5. Kemurungan Bipolar

Bipolar, berbeza dengan murung, namun ia disertakan bersama di dalam senarai kerana seseorang yang memiliki gangguan bipolar mempunyai sejarah pengalaman lampau yang menyamai kriteria kemurungan major. Ini di panggil, kemurungan bipolar. Namun, terdapat juga, golongan bipolar yang mengalami keadaan terlalu mudah gembira dan terguris dalam satu masa - mood/emosi tak stabil yang di panggil mania (mood-maniac) atau yang lebih kurang serius dari itu iaitu hypomania. Antaa ciri bipolar ialah, hyperaktif, mudah gembira, mudah sedih, mudah marah dan emosi mudah naik dan turun dalam satu masa.

6. Kemurungan Disregulasi (Kanak-kanak & Remaja)

Biasa dihadapi ke atas kanak-kanak dan remaja. Tanda murung bagi mereka agak berbeza dengan golongan dewasa. Kemurungan ini sering berlaku kesan dari buli, perbandingan akademik, bentuk tubuh dan tekanan dari rakan sebaya.

4 comments:

  1. semoga dijauhkan dari penyakit kemurungan ni..

    ReplyDelete
  2. tapi tu laa kaan penyakit ni x bleh nampak dgn mata kasar... tau2 dah terjadi

    ReplyDelete
  3. Susah juga jika selalu murung..orang tengok pun tak best kan..

    ReplyDelete
  4. Yang no 3 tu kalau kena, orang selalu cakap mengada lah.. apa lah.. walhal bukan main-main tu.. boleh melibatkan nyawa mak dan juga anak..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")