Friday, 5 October 2018

9 Punca Susu Badan Sikit

susu sikit

Susu sikit, adakala, kita mungkin tidak sedar. Jika kita seorang ibu yang menyusui anak, perhatikan setiap satu dari perkara ini yang menyebabkan susu badan sikit. Kita ada tanda yang mana satu?

6 Sebab Susu Badan Sikit

1. Gaya Minum Susu (Hisapan) Salah

Keadaan mulut anak dan kedudukannya dengan aerola puting payudara mestilah berada di kedudukan yang betul supaya, rangsangan dari hisapan anak dapat memastikan kelenjar susu 'bekerja' mengeluarkan susu. Sekiranya cara hisapan anak salah, ini akan menyebabkan, kelenjar susu gagal berfungsi dengan baik bagi hasilkan susu untuk setiap sesi penyusuan. Apabila anak menghisap dengan gaya yang betul, kita boleh merasakan seluruh aerola dan puting kita tertangkup sepenuhnya dalam mulut anak.

Ajar anak untuk minum susu dengan gaya yang betul.

Selain itu, tanpa kita sedari, kadangkala, anak kita mungkin mempunyai masalah anatomi tidak sempurna di bahagian mulut yang mengakibatkan untuk mereka susah menyedut dan minum susu badan tadi. Sebagai contoh, adalah masalah tongue tie yang disedari hanya bila kita mendapati anak sangat sukar nak minum susu.

Periksa keadaan mulut dengan bawa anak jumpa pakar berkenaan sekiranya masalah anak sukar minum susu berlarutan.

2. Penggunaan Jamu dan Herba

Herba dan jamu adalah bersifat panas dan tidak sesuai diamalkan oleh wanita menyusukan anak. Ia hanya akan mengakibatkan susu menjadi semakin sikit kerana terdapat gangguan terhadap hormon yang bertanggungjawab melancarkan penghasilan susu.

Elak penggunaan jamu dan herba dalam tempoh penyusuan anak.

3. Perancang Keluarga

Ada sesetengah ibu, pengambilan perancang keluarga terutama dalam bentuk pil dan suntikan menyumbang kepada masalah susu sikit kerana ia menjejaskan hormon badan si ibu. Cara terbaik ialah, pastikan perancang keluarga pilihan adalah sesuai dengan tubuh badan kita. Berhenti dahulu pilihan perancang yang menyebabkan susu sikit dan dapatkan nasihat dari doktor. 

Dalam kes ini, anda mungkin sangat memerlukan milkbooster untuk memainkan peranan penting.

4. Diet

Diet melampau dan ekstrim akan menjejaskan penghasilan susu. Pastikan ibu mengambil makanan berkhasiat yang mencukupi, tidak skip sebarang waktu jadual makan dan minum air secukupnya. Apa yang ibu makan, anak akan dapat. Jadi, penting bagi si ibu untuk menjaga pemakanan agar susu yang terhasil tidak sikit, malah berkhasiat dan bernutrisi tinggi.

5. Ubat-ubatan

Pengambilan sesetangah ubat akan beri kesan pada susu untuk lebih sikit dari sebelumnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi sebelum menggunakan sebarang ubat apabila jatuh sakit. Sebaiknya, dapatkan rehat yang mencukupi (tidur bila anak tidur), dan amalkan pemakanan sihat serta konsisten dalam vitamin harian bagi mengatasi masalah cepat letih, stress yang menjadi punca awal untuk mudah jatuh sakit. 

6. Masalah Hormon

Mungkin ibu ada masalah polycystic ovary syndrome (PCOS), hormon tiroid tinggi atau rendah, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah hormon lainnya yang diawalnya beri kesan sukar mengandung. Hal ini akan turut membawa kepada masalah penghasilan susu yang lebih sedikit kerana penghasilan susu bergantung juga kepada signal yang diberikan hormon dalam badan kita.

Jadi apa yang kita boleh buat? Dapatkan rawatan yang bersesuaian dan bincang bersama pakar laktasi penyusuan di hospital-hospital bagi cara terbaik.

7. Tidak Menyusu Malam

Waktu malam adalah waktu emas, penghasilan susu ketika ini adalah sangat produktif. Susukan anak dengan lebih kerap di waktu malam. Di awal kelahiran, adalah normal anak kita ingin menyusu dengan kerap, dalam masa 1 ke 2 jam sekali. 

8. Pam Tidak Berjadual

Pastikan sesi pam adalah mengikut jadual yang sama setiap hari bergantung pada rutin masing-masing. Pam bila tidak bersama anak. Jika bersama anak, beri anak minum secara terus dari payudara.

9. Stress

Tertekan dan stress hanya akan menganggu keseimbangan hormon badan si ibu. Rembesan hormon yang terganggu secara langsung akan terus menyebabkan penghasilan susu di paras kritikal dan akhirnya sikit.

Jika tekanan berlarutan, bincang bersama pasangan dan orang yang dipercayai untuk mengatasi masalah stress tadi. Elak dari perkara negatif.

Baca Selanjutnya :

3 comments:

  1. good info.. nanti ejulz share kat wife :)

    ReplyDelete
  2. no 9 tu sy rs kerap dialami para ibu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")