Thursday, 4 October 2018

5 Cabaran Utama Ibu Menyusu | Real Struggle

cabaran utama ibu menyusu

Bila kita sebut tentang ibu menyusu kali pertama, tidak semestinya, ia merujuk kepada, seorang ibu yang baru kali pertama menjadi ibu. Tetapi, ia adalah menyeluruh untuk semua ibu yang pertama kali menimba pengalaman untuk menjadi ibu yang menyusukan anaknya sendiri.

Kerana, ada je yang dah anak 3, 4, 5 atau lebih lagi, tapi baru ada ilmu dan kesedaran tentang betapa pentingnya penyusuan susu ibu untuk anak kita. Jadi, sebenarnya, apa cabaran yang biasanya dihadapi oleh seorang ibu menyusu buat kali pertama?

5 Cabaran Utama Ibu Menyusu 

1. Sakit Nipple

Walaupun anak belum tumbuh gigi, bagi permulaan, agak sakit dan tidak selesa sehingga boleh menyebabkan berlakunya nipple sedikit luka dan melecet. Tetapi, jangan risau, kerana ini hanya sekejap je. Apabila anak kita dah pandai hisap, ia akan hilang dengan sendiri. 

Antara cara untuk atasinya ialah boleh dapatkan nipple cream dari farmasi. 

2. Bengkak Susu

Time anak kurang menyusu atau production susu adalah lebih dari demand anak, kita akan mendapat bengkak susu. Sepanjang Syaza menjadi seorang Shaklee Independent Distributor mendapati, mereka yang mengambil Set Menyusu Shaklee, kerana masalah susu sikit, lepas je amek milkbooster Shaklee, atas izin Allah, terus kena bengkak susu kerana susu melimpah ruah dengan banyak dan melebihi keperluan anak sehingga ada tahap boleh sedekah susu kepada anak orang. Maksudnya menjadi ibu susuan ^^

Cara atasi bengkak susu antaranya ialah dengan tuam breast dengan air panas dan ambil vitamin Lecithin.

3. Berjaga Malam

Kebiasaannya, anak kita akan minta susu pada waktu malam secara purata antara setiap 2 hingga 3 jam. Susu waktu malam, sangat berkhasiat dan berkalori tinggi. Jadi, bagi mereka yang mempunyai anak yang kuat konsisten hisap susu malam-malam, anda pasti memiliki anak yang sangat comel dan sihat kerana telah mendapat susu ibu yang berada di tahap khasiat paling tinggi - malam. Ini kerana, malam adalah sejuk, dan waktu sejuk merangsang peghasilan susu yang lebih pekat dan berkhasiat.

Dapatkan vitamin yang cukup agar badan kita always bertenaga sebab ingat, kita bukan biasa-biasa, kita luar biasa kerana bangun malam setiap 2 jam sekali untuk susukan anak. We need extra care; vitamin for mommies, untuk pastikan kita always energetic.

4. Kuat Makan

Seorang ibu yang menyusukan anak, akan kerap lapar. Especially jika anak sangat kuat menghisap susu. Yela, cuba bayangkan, apa yang kita makan, anak akan serap. Kalau kita tak makan, dan anak serap, apa yang tinggal pada badan kita? Secara fakta, ibu menyusu memerlukan lebih 500 kalori berbanding wanita biasa yang tak menyusukan anak. Ibaratnya, kalau orang lain makan ikan 2 ekor, kita kena 3 ekor. 

Dan, akibat paling besar kalau kita diet atau terlalu jaga makan adalah kemungkinan besar untuk susu kita drop adalah sangat tinggi. Apa kesan dari susu drop? Anak tak berapa nak kenyang kerana mendapat susu yang kurang kalori.

Persoalannya di sini, macam mana kita nak kuat makan tetapi dalam masa sama boleh achieve matlamat sekurang-kurangnya berada di paras berat badan ber-BMI normal? Dekat sinilah sebab utama para ibu sangat in love with Set Menyusu Shaklee.

Sebab, Set Menyusu Shaklee ni dah complete bersamanya set slim! So nak tak nak, any mommies yang consume Set Menyusu Shaklee dari Shaklee as their milkbooster akan terpaksa kurus dan slim tanpa sengaja. ESP, di ambil as breakfast dan dinner buat mommy rasa kenyang lebih lama dan Alfalfa Complex akan bantu kita untuk kurang craving pada benda manis.

That the trick! ")

5. Sakit Pinggang

Nampak remeh je point nombor 5 ni; alahai Kassim, sakit pinggang je pun. Like, seriously? Sakit pinggang ini boleh menunjukkan banyak tanda. Disebabkan kita menyusu anak, anak akan absorb dan serap semua kalsium dari badan kita. Jika kita gagal dapatkan sumber kalsium mencukupi untuk diri kita sendiri, potensi ke arah tulang rapuh dan mendapat osteoporosis adalah tinggi. 

Selain itu, posisi yang digunakan ketika menyusu, akan menyumbang ke arah sakit pinggang ini terutama jika menyusu di satu posisi terlalu lama atau anak yang kita susukan tu dah berat, kihkih (ni kalau posisi dukung atau duduk selalunya)

cabaran ibu menyusu anak
Terima kasih ibu sebab bagi kita susu paling sedap di dunia! Love you 💌

Baik, jadi ini adalah serba sedikit antara 5 cabaran utama bagi seorang ibu yang menyusukan anak. Sesungguhnya benarlah firman Allah di dalam Surah Luqman, ayat 14, ertinya,

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

Jelas diterangkan tentang kepayahan dan kesusahan yang dialami seorang ibu menyusu di dalam surah ini. Sesungguhnya ganjaran dan pahala sangat besar di sisi Allah bagi wanita yang menyusui anaknya sendiri.

Bacaan Selanjutnya

4 comments:

  1. plg selalu sy dgr bengkak susu... x dpt bayngkan sakitnya..e.ven time period pun dah rs skt inikan pula menyusukan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyusukan anak, tak sakit ^^ langsung tak sakit hehe. Bengkak susu tu datang sesekali je. macam contoh waktu anak tak sihat, atau kita tak sihat, atau salah makan, atau susu terlebih banyak sebab amek set menyusu shaklee ^^ jauh beza tu period and menyusu hihi

      Delete
  2. x sabar tunggu baby ejulz lahir.. doakan wife n anak ejulz sihat k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. ejulz support breastfeeding baby tak? ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca, share pendapat, pandangan dan tinggalkan komen serta support Syaza. I'll BW to your blog, soon! XOXO ")